Aku telah melakukan kesilapan yang amat besar.
Aku sengaja pusing-pusing satu rumah.
GRRR...
Oh kegelapan rupanya.
"Aku nampak kau." kata aku kepada kegelapan.
Aku terus kejar dia.
⊙⊙⊙
Kringgg!!!
Kringgg!!!
Ada orang telefon aku ke?
Aku terus berlari ke dapur.
Belum sempat aku nak angkat, telefon dah off.
"A call from private number."
Telefon masih menyala.
Keringgg!!!
Aku terus angkat telefon lalu berkata, "Hello?"
Tak ada sesiapa jawapan.
Tak ada apa -apa berlaku.
Kringgg!!!
Aku terus angkat telefon sekali lagi.
"JUNGWOO!"
Uih sakit telinga aku.
Bodohlah siapa main-main ni.
⊙⊙⊙
Seperti biasa, tiada lampu pada waktu malam.
Aku sengajalah nak jenguk bilik bawah tanah.
Sekali aku dah turun, pintu tertutup.
Aku terus berlari memanjat tangga ke atas.
Pintu terkunci tho.
"Bagi aku keluar! Bukalah pintu ni!"
Ada sesuatu berdiri di belakang aku.
⊙⊙⊙
Ding Dong!
Eh?
Aku terus berlari ke depan pintu.
Ding Dong!
Baru teringat yang pintu terkunci!
"Maafkan saya! Pintu terkunci!"
Ding! Ding! Ding! Ding! Ding!
"Saya tak dapat buka pintu ni! Berhenti tekan loceng banyak kali boleh tak?! saya di sini!"
Ding! Ding! Ding! Ding! Ding!
⊙⊙⊙
Mata aku ralit menghadap komputer.
"psst"
Aku memandang kamera aku.
"Did you just "psst" at me?" soal aku.
Kamera aku ni macam ada sesuatu.
Apabila aku menyentuh kamera aku, ia lesap.
Ke mana kamera aku pergi?
Aku bangkit dari tempat duduk aku untuk mencari kamera aku.
Lahh...
Kat belakang aku.
Okay ianya sangat pelik.
Aku pergi ke arah kamera aku untuk mengambilnya.
Sekali lagi ia lesap.
Apa yang dah berlaku?
Ke mana pula dia pergi ni.
Tiap aku mendekat diri aku ke kamera, mesti lesap.
"Aaaaaargh!! KEMANA KAU PERGI?!"
Akhirnya aku telah jumpa kamera aku yang terletak di atas katil aku.
Nasib baik tak lesap dah.
"Kau!"
Aku terus menoleh belakang.
Kegelapan!
"Hentikan semua ni, kegelapan!"
Kegelapan terus masuk ke bilik sebelah.
Perlahan - lahan aku berjalan ke bilik sebelah.
Tak ada apa-apa.
Lega aku.
Aku patah balik untuk turun ke tingkat bawah.
Secara tiba-tiba pandangan aku menjadi luas.
Wah! Bestlah!
Terasa seperti aku mengecil.
Aku pusing satu rumah dengan gembiranya.
Aku terpandang komputer aku.
Seperti ada yang tak kena dengan skrin komputer itu.
Apabila aku menyentuh skrin komputer itu, kegelapan keluar dari celah skrin komputer.
Aku terus berlari ke dapur dan mengambil pisau. "Jauhkan diri dari aku!"
Aku berjalan secara perlahan-lahan.
Heh aku bawa pisau, dia pergi sorok pula.
Aku ternampak seperti orang bodoh. "COME ON YOU GOT ANYTHING BETTER THAN THAT?"
Sejurus aku cakap macam tu, lampu rumah terpadam.
Oh, tidak.
Aku tak patut cakap macam tu.
Ya ampun...
Aku terus guna lampu kamera. " Mana kau?! Aku penat!"
BAM!
Bunyi apa tu?
"Jungwoo."
Siapa panggil aku?
Aku takut.
Bunyi pintu buka tutup tampa henti.
" Juungwooo..."
Eeee aku geram ni.
"Jungwoo."
"Kau kat mana, huh? Tak kelakar lah! Hentikan permainan ni!" kata aku kepada sesiapa jelah yang memanggil aku.
Kenapa aku biarkan diri aku dalam keadaan begini?
Aku ternampak kegelapan dan aku terus kejar dia.
Dia lari dengan laju sekali.
"Kau patut malu dengan diri sendiri."
"Aku boleh dengar kau. Hentikan!"
"Kau adalah kegagalan."
"CUKUP! AKU KATA CUKUP!"
Aku masih mengejar kegelapan.
Aku dah penat.
"HAHAHAHAHA!!!" Cerminan aku yang bertopeng berdiri di hadapan aku sambil ketawa.
Ke- Kenapa semua makhluk berdiri di hadapan aku?
Wanita itu, lembaga dan kegelapan sekali.
Aku terus melarikan diri.
Entah ke mana lagi aku nak lari.
Ternyata cerminan aku sedang mengejar aku sambil membawa pisau.
YOU ARE READING
[C] Home➣Jungwoo
HororTerperangkap di sebuah rumah yang telah pun terkunci. Amat tenang pada waktu siang tetapi amat seksa pada waktu malam. Pelbagai gangguan dia hadapi di dalam rumah itu. Bagaimana hendak keluar dari rumah itu? ↷ [warning!] contain mental disorder that...