S ~ [bulan]

1.2K 91 4
                                    

"Yeay! Kita dah smpai laut!!!!! " jerit Faiz gembira

Aku hanya menggeleng.Macam budak-budak.

Memanglah dia gembira dan semangat semacam, sebab bukan dia yang bawak kereta.Aku yang kesian tengok Zikry bawak kereta.

Lama mereput dalam kereta sementara perjalanan kitaorang nak sampai ke pantai Morib Kuala Langat di Selangor.

🍁

"Iman,join la kitaorang mandi nie hah." Jerit Faiz sedang bermain bola di dalam air bersama Hairah.

"Takpela, mandilah dulu. Nanti aku datang"

"Alah. Biar jela Zikry dengan Zahid yang panggang bbq semua tu. Jum la turun cepatt!! Air sejuk nie." Kata Faiz lagi.

"Eyy..

"Pergilah Iman, biar saya panggang, nanti dah siap saya panggil"

"Haah,Kitaorang kan ada" ujar Zahid pula

Aku menjeling Zahid.

"Nanti kalau ada apa-apa panggil saya tau!" aku memandang Zikry dan terus berlari kearah pantai.

Dushhh~

Aku melompat kedalam air. Kami bermain bola didalam air.

"Nak join" ujar Zahid yang sudah basah

"Mana Zikry?" Aku bertanya

"Dia suruh aku mandi dulu. Nanti aku tukarla shif dgn dia" ujar Zahid selamba

Aku tanpa berlengah, aku berlari keatas pasir mendekati lelaki itu.

Aku memegang badan aku kesejukan. Angin meniup lebih kuat. Aku makin menggeletar.

Badan aku basah kuyup ditutup oleh Zikry. Lelaki itu menyelimutkan aku dengan tuala.

"Lain kali cakaplah nak keluar. Saya bagi tuala" ujar lelaki itu kembali ke arah tempat pemanggang.

Aku tersenyum simpul. Dalam merajuk masih kisah eh pasal aku. HAHAHAHAHA

.

"Woit, naik jum makan! " laung Zikry dari jauh.

Faiz, Zahid Dan Hairah naik kedaratan. Mereka berlari pantas mengambil tuala sambil membaluti tubuh masing-masing.

"Lepas makan nie, mandi, tukar baju. Kita dinner dekat kedai depan tu." Zikry memberi arahan

"Kau taknak mandi ke Zikry? Petang lagi nie. Bolehlah nak mandi lagi satu round kalau nak. " ujar Faiz dengan mulut penuh dengan udang dan sosej

"Takpalah.Dah nak masuk asar lagipun.Esok pagi jela aku mandi kalau aku nak. Lepas kemas nie dah siap mandi semua kita pasang khemah.

Yang lain hanya mengangguk mendengar kata putus dari lelaki itu.

🍁

Selepas habis makan malam. Semua berbalik pada khemah. Jam terus mengenjak pada pukul 10.00 malam.

Hairah Dan Faiz sudah lena dibuai mimpi didalam khemah. Penat sangat bermain air siang tadi.

Zahid. Aku tak tahu dia pergi mana lepas makan malan tadi. Terus laju membawa kereta keluar dari kawasan pantai. Mungkin mencari snack untuk esok. Nantaklah. Untuk apa aku peduli?.

Aku membuka zip khemah perlahan-lahan. Lalu keluar dan berjalan terus kearah pantai.

Aku melihat bulan dan bintang yang menghiasi langit. Aku merenung keatas setelah melabuhkan duduk keatas buaian yang diikat diantara dua pokok.

Aku tidak keseorangan. Ada juga beberapa pengunjung yang keluar dari khemah untuk berendam kaki.

Aku hanya membuai diri melihat ombak pantai yang menghentam daratan.Sunyi.Sepi.Tenang.

Slurp.

Aku memandang kiriku. Zikry sedang duduk diantara air dan daratan. Menunggu ombak membasahkan lelaki itu.

Aku tak rasa mahu dekat dan bersembang dengan lelaki itu sekarang. Aku cuma mahu duduk memerhatinya dari jauh.

Lelaki itu sedang menguis-nguis pasir pantai sambil tangannya tak berhenti bermain air laut.

Kalau diberi peluang.Ingin saja dia membawa lari lelaki itu sekarang. Biar menikah malam ini jugak dipejabat agama.

Tidak kisah jika orang kata aku perigi cari timba, penculik teruna orang, obses. Sebab aku memang nak sangat lelaki itu jadi miliknya.

Tapi, sekarang semua terhalang. Seperti tiada yang ingin memberi aku kebahagiaan yang aku mahu.

"Ma, tengok bulan tu. Cantikkan. Macam mama! Selalu menceriakan hari Iman" kata seorang kanak-kanak kecil yang berada didalam pelukan ibunya

"Eyy pandai anak mama. Jadi Iman kenalah jadi bintang.Selalu ada dengan mama. Takdelah mama sorang-sorang." Ujar perempuan itu

"Apanie. Iman takkan tinggalkan mamalah. Kan Hairah! Kitaorang akan jadi bintang hati mama sampai bila-bila.Kitaorang sayang mama banyak-banyak." Kanak-kanak itu memeluk mamanya lebih erat. Bagaikan tidak mahu lepas.

Kanak-kanak yg satu lagi hanya mendiamkan diri sambil memeluk erat mamanya.

"Mama, kenapa papa selalu tak ada masa dengan kita?papa buat apa?" Ujar kanak-kanak yang hanya berdiam diri sedari tadi.

"Papa sibuk. Nanti kalau papa ada masa, dia luanglah masa untuk kita ye sayang"

"Mama tipu! Mama banyak kali cakap macamtu. Tapi papa tetap takde masa untuk Hairah. Benci mama!" Si kecil itu berlari masuk kedalam rumahnya membentak kaki.

"Hairah! Apa cakap macam tu! Kalau nak benci, pergilah benci papa. Papa yang takde masa untuk kau. Jangan nak salahkan mama. Aku koyakkan mulut kau nanti!! " jerit si Iman sekuat hati.

"Iman, kenapa ckp camtu dekat kakak? Nanti mintak maaf balik" si mamanya menegur

"Tapi..dia yang

"Iman, iman baikkan? Kalau Iman baik, Iman minta maaf balik yea. " ujar mamanya lagi

Si kakaknya itu selalu salahkan mamanya jika papa yang tiada masa. Padahal Salah papanya. Kenapa nak libatkan mama. Benci!

'Kenapalah orang baik selalu ditindas, dipersalahkan.Kenapa orang jahat selalu menang?'

Tanpa sengaja aku terbicarakannya kuat.

"Sebab orang baik, Allah sayang. Tu dia bagi ujian yang berat. Supaya senang masuk syurga. Tapi seberat manapon nampak masalah tu. Orang tu tetap boleh hadap walaupun jatuh berkali-kali. Sebab Allah beri ujian yang sesuai ikut kemampuan hamba dia"

Aku menoleh kekiri. Suara lelaki itu menyentakkan lamunan aku tadi. Hilang bayangan mama ku dari mata.

"Bila awak ada dekat sini?" Ujar aku terkejut

"Lamalah jugak. Seronok betul tengok orang tu termenung. Cute je" ujar Zikry sambil tersenyum

"Hah?" Aku blur. Dia baru puji aku ke tadi ?

"Takde apalah. Masuklah dalam khemah. Sejuk nie. Nanti selesema pulak.Bye, goodnight. Sweet dreams sweetie "



TO BE CONTINUE;3

MISS MAFIA AND MR BADBOY ?Where stories live. Discover now