Tubuh Jiae dihempas diatas katil. Hoseok menggigit cebisan kain lalu ditarik kain itu menjadi lebih kecil. Jiae sudah menangis ketakutan. Kedua tangan Jiae ditarik kasar, lalu Hoseok mengikat tangan Jiae. Kakinya juga diikat.
Skyla segera masuk kedalam bilik Hoseok. Takut pula Hoseok mencederakan Jiae.
"Keluar Skyla! Kau keluar! " Skyla terpaku. Terkejut dengan jerkahan Hoseok. Turun naik nafas Hoseok. Wajahnya juga tidak seperti selalu. Lebih menakutkan.
Tanpa membalas, Skyla lantas keluar dari bilik Hoseok dengan teragak agak. Hoseok berjalan mendekati pintu lalu dihempas pintu bilik dan menguncinya.
Jiae terkejut, wajahnya sudah lencun dengan air mata. Dia takut dia akan Diapa apakan oleh Hoseok. Itu yang berada difikirannya. Hoseok menghampiri Jiae. Dia melabuhkan punggung disebelah Jiae.
"Sayang. Aku dah cakap jangan cuba lari. Kau nak aku betul betul rosakkan kau. Hmm? " kata Hoseok sambil tangannya bermain main dengan rambut Jiae. Matanya liar memandang tubuh Jiae. Memang dia geram melihat tubuh Jiae. Tapi dia masih tidak mahu merosakkan Jiae. Yang tempoh hari, Skyla sempat menghentikan perbuatannya.
Cepat Jiae menggeleng laju.
"Hoseok... Aku mohon, lepaskan aku. "
"Tidak sayang." Hoseok menangkat dagu Jiae. " Kau milik aku Jiae. Milik aku. " Hoseok menjengilkan matanya memandang Jiae. Hoseok tersenyum sinis.
Hoseok naik keatas katil. Tubuh Jiae dipeluk dari belakang. Jiae memejamkan matanya bila Hoseok menolak tubuhnya baring.
"Jangan takut sayang. Aku takkan apa apa kan kau. " bisik Hoseok betul betul disebelah telinga Jiae. Dia mengemaskan pelukannya. Ubun ubun Jiae dikucup Hoseok.
"Aku sayang kau Jiae. Tapi kenapa kau khianati aku. Apa salah aku. " lembut suara Hoseok sambil wajahnya ditundukkan melihat Jiae.
"Aku minta maaf Ho- " kata kata Jiae terhenti bila Hoseok menolak tubuhnya.
"Semudah itu kau minta maaf. " Hoseok ketawa hambar. Lalu dia menarik tangan Jiae yang berikat. Diseret Jiae kesatu tempat.
"Hoseok! Awak nak bawa kemana ni! " jerit Jiae bila mereka menuruni anak tangga ke tingkat bawah tanah. Suasana gelap membuatkan hati Jiae berdebar debar. Nafas nya seakan tersekat.
"Kau duduk sini. Tempat ni layak untuk kau. " kata Hoseok. Dia menolak tubuh Jiae, kemudian Hoseok meninggalkan Jiae keseorangan disitu.
Jiae jatuh terduduk. Dadanya dipegang. Dia sangat takutkan gelap. Bila dia berada ditempat gelap dia akan sukar bernafas.
"Ho- hoseok. Tolong.... " Tubuh Jiae lemah jatuh kelantai. Matanya dipandang redup kearah Hoseok yang meninggalkan dia. Selepas itu pandangannya menjadi gelap.
❤
"Abang mana Jiae? Kenapa dia tak ada dalam bilik? " Soal Skyla bila dia terlihat Hoseok baru sahaja naik dari tingkat bawah tanah.
Hoseok tergelak kecil.
"Sebabkan dia nak lari. Abang letak dia di bawah. " kata Hoseok tanpa perasaan lalu dia berjalan meninggalkan Skyla.
Skyla terkejut mendengarkan itu. Skyla tahu yang Jiae tidak boleh berada ditempat gelap.
" Abang bodoh. Abang nak Jiae mati ka? " Segera Skyla berlari ketingkat bawah tanah. Hoseok mengerutkan dahinya dan dia juga mengikut Skyla ketingkat bawah tanah.
Sampai disana, Skyla lihat Jiae sudah tidak sedarkan diri. Segera dia cuba mengangkat tubuh Jiae untuk dibawa keluar.
Hoseok yang lambat sampai melihat kegigihan Skyla mengangkat tubuh Jiae. Lalu dia menolak Skyla dan mengendong Jiae. Hoseok tidak tahu apa sebabnya tapi dia tetap membawa Jiae keluar dari situ.
Tubuh Jiae diletakkan perlahan diatas katil.
"Apa sebenarnya yang jadi? " soal Hoseok. Wajah Skyla ditenung meminta jawapan.
Skyla mencekak tangan kepinggang. Wajah Hoseok disebelahnya ditoleh dengan geram. " Tak cukup lagi ke abang seksa Jiae. Sekarang nak bunuh dia pula! "
Hoseok mengerutkan dahinya. Tidak mengerti apa yang dikatakan Skyla. Dia mahu membunuh Jiae? Dia tak berniat pun nak bunuh Jiae. Dia sayangkan Jiae.
"Kalau abang cuba nak bunuh Jiae lagi. Skyla takkan teragak agak laporkan abang pada polis. " kata Skyla memberi amaran. Memang dia benci pada Jiae. Tapi mereka sudah bersahabat lama. Tidak sanggup dia melihat Jiae kesakitan. Tapi apa yang Jiae lakukan pada Hoseok juga dia tak boleh maafkan.
Skyla berjalan keluar meninggalkan Hoseok. Hoseok mendekati Jiae lalu dicium dahi Jiae lama. Sungguh dia sayangkan Jiae dan tak sanggup untuk membunuh Jiae.
❤
Jari tua itu menekan butang lonceng buat kebeberapa kali. Tapi masih tiada balasan dari tuan rumah.
"Jiae.. Omma ni. " kata wanita separuh abad itu didepan pintu rumah Jiae.
Tiba tiba seseorang keluar dari rumah sebelah.
"Makcik. Saya rasa dia dah pindah. Sebab saya nampak dia bawa banyak barang keluar. " kata Jiran rumah Jiae. Kemudian dia masuk semula kerumahnya selepas memberi informasi.
Wanita itu terkejut lalu mengeluarkan telefon. Nombor Jiae didailnya. Tapi hanya operator yang menjawab nya.
Hati nya resah dan risau. Kemana anak gadisnya telah pergi. Tidak pernah dia berkelakuan begini. Hatinya serta merta tidak sedap. Seperti ada sesuatu yang menimpa anak gadisnya itu.
:::::
YOU ARE READING
[C]BeMine
Romance+Seorang gadis diganggu oleh bekas teman lelakinya yang terlalu obses mengenainya. "I will make you mine" - Hoseok Don't play with someone heart, dear💔 (COMPLETE PART 1) ©2020