12

446 30 18
                                    

Hi geng!
Cantik kan cover book BeMine yang baru ni. Haa kalau korang berkenan korang boleh request kat liceberry. Dia buat dah la cantik😍 laju pulak tu.

Thanks ye liceberry for the beautiful cover😍💜

Thanks ye liceberry for the beautiful cover😍💜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

°•°•°•°•°•

Kening dinaikkan seraya menyoal dengan memberi isyarat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kening dinaikkan seraya menyoal dengan memberi isyarat. Kakinya kemudian di silang keatas, menyambung kembali meneliti kertas2 kerja yang terganggu.

Skyla melabuhkan punggung disofa berhadapan dengan Taehyung. Raut wajahnya tidak tenang sejak Hoseok dan Jiae hilang tidak dapat dikesan.

Taehyung mengangkat sedikit wajahnya. Wajah Skyla ditatap dengan iris hazel nya. Bibirnya mengukirkan senyuman. Nampak comel wajah Skyla tika risau.

Skyla masih tidak perasan akan sepasang mata yang sedang memerhatikan gelagat nya. Bibir bawahnya digigit. Akibat terlampau tidak tenang, Skyla menggigit kuat bibirnya hingga berdarah.

"Auch! " Skyla segera mencapai tisu dan mahu mengelap bibirnya. Tetiba Taehyung duduk disebelah Skyla. Tisu di tangan Skyla dirampas. Perlahan lahan Taehyung membantu mengelap cairan darah di bibir Skyla.

Mata Taehyung asyik merenung bibir Skyla. Taehyung tiba2 mendekatkan wajahnya pada Skyla.

Skyla yang terkejut segera menjarakkan wajahnya.

"Err Taehyung. Apa awak cuba lakukan ni? " Skyla mematikan hasrat Taehyung. Tangannya menolak dada Taehyung.

"Bibir Kau merah. Buat aku geram. " Kata Taehyung dengan suara garau nya yang keras.

Serta merta pipi Skyla menjadi merah. Semerah buah epal. Dada bidang Taehyung menjadi mangsanya.

"Aduh! Jangan pukul kuat sangat. "Taehyung mengerutkan kening tanda sakit.

"Biarlah. Awak suka sakat saya kan. "

" Sebab sayang la aku suka sakat. " Taehyung ketawa kecil kerana dapat menyakat gadis itu. Skyla sempat menjeling Taehyung sebelum dia beredar dari situ.

Sudah beberapa kali Skyla menolak luahan hati dia. Dia perlu memenangi hati Skyla agar Skyla terima cinta nya dengan apa cara sekali pun. Walaupun dia tahu hati Skyla hanya pada Hoseok seorang.

Pasal Hoseok. Taehyung tidak berniat pun mahu mencari nya. Biarkanlah Hoseok tu. Elok mati pun apa salahnya.

Taehyung mengeluarkan fail kertas didalam almari. Beberapa keping gambar dikeluarkan dari fail. Ianya gambar Jiae dan Hoseok di satu villa terpencil. Senyuman sinis Taehyung terlakar. Gambar2 itu didapati dari perisik rahsia Taehyung, tanpa pengetahuan Skyla.

Taehyung membawa semua kepingan gambar lalu dicampak kedalam tempat bakaran. Minyak dicurah, kemudian Taehyung mencampak api. Api yang marak membakar hangus semua gambar.

Dengan wajah yang tanpa perasaan, Taehyung merenung api yang sedang marak membakar gambar Hoseok dan Jiae.

"Sayang.. " Hoseok menjengah kedalam bilik yang menempatkan Jiae. Tubuh Jiae yang sedang baring membelakanginya didekati. Sebaris senyuman menghiasi bibir Hoseok. Sudah hampir seminggu dia dan Jiae menyembunyikan diri di villa milik mendiang bapanya.

Jiae mengerekot seperti seekor ulat.

"Sayang.. Tidur lagi ke? " Hoseok duduk di birai katil. Tetiba telinganya menangkap suara Jiae mengerang.

Segera Hoseok memeriksa Jiae. Bahu Jiae disentuh. Jiae memegang bahagian perutnya.

"Jiae, awak sakit ke? " Hoseok melutut disebelah Jiae. Penuh peluh di dahi Jiae, menunjukkan dia sudah menahan sakit yang lama. Diseka peluh Jiae dengan tangannya.

"Ho-Hoseok. Perut saya sakit. " kata Jiae dengan terketar suaranya. Hampir sahaja suaranya tidak dapat didengar Hoseok.

Jiae memejam matanya menahan sakit yang amat. Sesekali Jiae mengerang, bahagian perut masih ditekan. Sebelah tanggannya mencengkam baju Hoseok.

"Hoseok.. sa- sakit. " Tanpa menunggu lama. Hoseok mencempung tubuh Jiae. Kunci kereta dicapai. Dengan berhati hati Hoseok meletakkan tubuh Jiae dibahagian belakang kereta.

"Darah apa ni? " Pelik melihat cecair merah dilengannya. Tubuh Jiae didalam kereta dikilas.

"Arghhh! " Jiae mengerang semakin kuat. Hoseok seakan panik, segera memboloskan diri kedalam kereta.

Dengan laju Hoseok menekan pedal, kereta meluncur laju meninggalkan kediaman. Hoseok melihat Jiae dari cermin pandang belakang. Jiae masih dalam keadaan mengerekot kan tubuhnya.

"Sakit! Ugh!" Bahagian perut masih ditekan. Air mata Jiae jatuh berjujuran kerana sakit yang melampau.

"Sayang.. Tahan sikit lagi. " Pedal minyak ditekan kuat. Segala kereta didepannya dipotong dengan bahaya. Makin kuat Jiae mengerang makin gelisah Hoseok.

Dalam fikiran Hoseok Jiae mahu membunuh diri kerana sudah tidak tahan bersamanya. Jika itu benar sangkaannya dia rela mati bersama Jiae.







:::::

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


:::::

[C]BeMine Where stories live. Discover now