13

410 29 14
                                    

Tangan yang memegang lengannya ditepis kasar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan yang memegang lengannya ditepis kasar. Pandangan maut dilemparkan oleh Jiae pada Hoseok. Tetapi Hoseok tidak terkesan langsung dengan pandangan itu. Buatkan dia lagi tergoda adalah. Hoseok tersemyum walaupun Jiae hanya membalas dengan jelingan.

Jiae berjalan di depan Hoseok dengan sangat lemah. Lega hati Hoseok bila kesakitan yang Jiae alami hanya la hanya sakit senggugut. Patut la berdarah tadi. Hoseok menggosok belakang kepalanya. Rasa segan sungguh bila dia merempuh klinik sambil mengendong Jiae yang dalam ketika itu sudah lemah dan berdarah. Sudah, doktor tu ingat Hoseok dah lakukan jenayah.

Hoseok mengangkat wajahnya lalu dipandang kearah Jiae. Kebetulan Jiae juga sedang memandang Hoseok. Lalu keduanya bertatapan tanpa mengeluarkan sebarang suara. Tiba2 keadaan menjadi sejuk akibat cuaca yang kian mendung.

Jiae memeluk tubuhnya yang berbaju nipis. Tanpa berlengah Hoseok segera menanggalkan kameja lalu disarungkan pada tubuh Jiae.

Jiae menunduk lalu mengemaskan kameja yang dipinjamkan Hoseok. Bibirnya dikemam, ingin mengucapkan terima kasih tapi tidak terkeluar dari mulutnya.

Ego

Lalu keduanya mendiamkan diri sehinggalah mereka pulang semula ke Villa.

Taehyung mengejar Skyla yang kian jauh dari nya. Marah betul Skyla bila menjumpai gambar Hoseok dan Jiae diatas lantai. Salah Taehyung kerana tidak mengapuskan bukti dengan betul.

"Skyla, tunggu! " Kakinya makin laju mengejar Skyla. Tetapi tiada tanda Skyla mahu berhenti. Dia juga melajukan langkah. Tiba di satu persimpangan. Tanpa perasan akan ada kenderaan, Skyla dengan laju nya mahu melintas.

"Skyla! " Taehyung meluru laju kearah Skyla. Lengan Skyla ditarik dan dibawa kedalam pelukannya. Dapat rasa deru nafas Taehyung yang berat di telinga Skyla.

"Aku minta maaf, Skyla. Aku tak sepatutnya sembunyikan dari kau. Aku bersalah. " kata Taehyung dengan nada serba salah.

Skyla mula teresak esak di dada Taehyung. Tangannya dipukul dada bidang Taehyung.

"Sanggup awak tipu saya, Taehyung. " Tubuh Taehyung ditolak Skyla. Terdorong Taehyung kebelakang.

"Kenapa! awak tak bagitau saya yang awak sudah jumpa dimana Hoseok sembunyi dengan Jiae! Kenapa Taehyung! " Jeritan Skyla menarik perhatian orang sekeliling.

"Sebab.. "

"Sebab apa Taehyung! "

"Sebab aku sayang kau, Skyla. Tapi kau tak nampak semua tu. Dimata kau hanya ada Hoseok! Hoseok Hoseok sahaja. " Naik seoktaf nada suara Taehyung bila nama Hoseok disebut. Nampak diraut wajah Taehyung yang dia tersangat sakit bila dia sentiasa disisi Skyla dikala susah dan senang. Tetapi Hoseok juga dicari dan dipuja puja.

"Tolong beri aku peluang untuk- " kata kata dicantas Skyla.

"Cukup Taehyung, saya hanya anggap awak sebagai kawan sahaja. Tak lebih dari tu. Tolong faham. "

Taehyung menundukkan pandangannya. Kakinya mengundur beberapa tapak. Kemudian dia memusing badan dan meninggalkan Skyla.

Air mata yang sudah kering diseka dengan jarinya. Matanya memandang pada batang tubuh Taehyung yang kian jauh.

Kenapa sukar sangat hati seorang Skyla mahu menerima lelaki ikhlas seperti Taehyung.







:::::

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

:::::

[C]BeMine Where stories live. Discover now