Taehyung tidak jemu memandang gadis kecil molek dihadapannya. Sambil menongkat dagu matanya tidak lepas dari melihat setiap pergerakan Skyla.
"Apa yang awak nak beritahu saya? " straw dibawa kebibir. Air coke Mc freeze disedut.
"Cantik. " Taehyung masih leka merenung bidadari dihadapannya. Sampaikan Skyla bertanya langsung tidak didengar.
Skyla melambai lambai dihadapan muka Taehyung. Mahu menyedarkan nya. Taehyung mula sedar dan dia segera menangkap tangan Skyla.
Skyla cuba untuk menarik semula tangannya, tapi Taehyung dengan senyum petaknya tidak mahu melepaskan tangan Skyla.
"Awak nak beritahu saya apa? " dengar sahaja soalan dari Skyla, Taehyung perlahan lahan meletakkan tangan Skyla diatas meja. Rambutnya yang menutup mata dikuak keatas.
"Mengenai Hoseok. "
Bersinar mata Skyla bila nama Hoseok disebut. Membuatkan dia ingin tahu lebih tentang abangnya yang hilang tanpa jejak itu.
"Aku dah jumpa tempat persembunyiaan dia. Dan aku dah pun buat laporan. Tunggu sahaja pihak polis maklum pada aku. Dan kita akan bertindak. " melihat Skyla yang tersenyum sedikit sebanyak hati Taehyung menjadi sedih. Hoseok sahaja yang mampu buat Skyla tersenyum.
❤
Jiae keluar dari biliknya setelah berjam jam dia mengurungkan diri. Dia tercari cari seseorang. Seseorang yang semakin hari membuatkan hati seorang Jiae berdebar. Ke ruang tamu tiada. Di dapur juga tiada. Jiae termangu seketika. Dia melabuhkan punggung disofa. Keadaan diluar pula sudah mula hujan. Kemana Hoseok telah pergi.
Jiae menoleh kearah pintu. Berharap Hoseok membuka pintu dan hasrat hatinya mahu memeluk tubuh sasa itu.
Sedar akan ketelanjuran akal fikirannya. Jiae cepat2 menggelengkan kepala. Kepalanya diketuk perlahan.
"Kawal diri kau Jiae. " nafas ditarik dalam kemudian dihembus lembut. Mata masih setia memandang kearah pintu yang tertutup rapat.
Suasana menjadi gelap akibat langit yang ditutup dengan awan gelap. Tetiba satu pancaran kilat menyambar dan membuatkan seluruh rumah menjadi gelap.
Jiae menjadi gelisah. Dia sangat takutkan kegelapan. Bila berada ditempat gelap, Jiae akan mengalami kesukaran bernafas. Dadanya dipegang dan dipukul beberapa kali. Air matanya mengalir deras bila dia rasakan dadanya sesak seperti dihempap dengan benda berat. Adakah kematian semakin hampir dengannya.
"Hoseok ah. " rintih Jiae.
Jiae menjatuhkan diri kelantai. Dia mengesot ngesot kearah pintu. Dadanya yang semakin sesak dipegang. Tercungap cungap Jiae cuba mencari udara. Hampir matanya mahu tertutup, pintu yang tadi tertutup dibuka. Muncul Hoseok di muka pintu.
Melihatkan Jiae dilantai dengan keadaan lemah, lantas Hoseok bergegas kearah Jiae. Tubuh Jiae dicempung Hoseok. Lalu diletakkan tubuh gadis itu diatas sofa. Jiae membuka matanya, dia lantas menarik Hoseok kedalam pelukannya. Dihamburkan tangisannya kepada Hoseok.
"Maafkan aku Jiae. Aku keluar beli makanan tadi. Tak sangka hujan menjadi lebat macam ni. " kata Hoseok.
Lembut cara percakapan Hoseok membuatkan Jiae semakin tenang. Kepala Jiae diusap lembut. Jiae pula semakin memperketatkan pelukannya.
"Saya takut. Jangan tinggalkan saya seorang lagi. " kata Jiae dalam esakannya.
Hoseok tersenyum manis. Tangan Hoseok mula naik dan pinggang Jiae dirangkulnya.
Jiae melepaskan pelukannya. Wajah kacak Hoseok ditatapnya. Walaupun dalam keadaan yang samar2. Hoseok dapat melihat wajah Jiae yang kini sedang menatapnya dalam. Mereka merenung sesama sendiri dalam masa 5 minit.
Akibat tidak tahan direnung Jiae memalingkan wajahnya. Tidak tunggu lama, Hoseok memegang dagu Jiae lalu menolak wajah Jiae agar memandangnya kembali. Satu ciuman singgah dibibir Jiae. Lama.
Matanya dipejam lalu membalas ciuman Hoseok. Leher Hoseok dipeluk mahu mendalamkan lagi ciuman.
Setelah berbalas ciuman. Hoseok mengangkat tubuh Jiae dengan gaya bridal. Bilik tidur Jiae dituju. Perlahan lahan butang baju Hoseok dibuka Jiae.
Tirai ditutup awal pada hari itu.
:::::
YOU ARE READING
[C]BeMine
Romance+Seorang gadis diganggu oleh bekas teman lelakinya yang terlalu obses mengenainya. "I will make you mine" - Hoseok Don't play with someone heart, dear💔 (COMPLETE PART 1) ©2020