SOUND OF DEAF : JENROSE

104 20 35
                                    

" Mereka pekakkan telinga tidak mahu mendengar sebarang kebenaran "

×××××××××××××××

Dua orang wanita muda berdiri di hadapan lelaki- lelaki yang merupakan rakan sekerja mereka.

" Perkenalkan ini Jennie Kim dan sebelah dia Chaeyoung Park, mereka pekerja baru kita, jangan buli diorang kalau tak nak mandul " ujar ketua bahagian human resources

" Ni pertama kali kita terima dua pekerja perempuan " ujar seorang lelaki sambil mengenyit mata pada Chaeyoung namun Chaeyoung hanya memandang tanpa perasan.

" Ya sebab diorang lagi mahir dari kau " perli ketua itu selamba manakala yang sedang diperli terus terdiam manakala Jennie dan Chaeyoung cuba menahan gelak.

" Baiklah awak berdua duduk sana dan selamat bekerja "

" Terima kasih "

×××××××××××××××

Chaeyoung membetulkan skirt pendeknya lalu masuk ke sebuah bilik yang bertanda ' interview room ' .

Sementara itu di tempat lain Jennie memerhati rakan sekerjanya itu di balik CCTV yang telah dia godam, sudah tentu perkara ini tidak disedari oleh pengawal dalam bilik CCTV itu.

Chaeyoung keluar dari bilik temuduga dengan senyuman manis yang sebenarnya ada maksud lain disebaliknya.

Di dalam bilik temuduga itu pula seorang lelaki muda yang merupakan CEO di syarikatnya, dia bertekak dengan dua orang kepercayaannya kerana dia telah memutuskan untuk menerima Chaeyoung bekerja sebagai pembantu peribadi dan tidak mengadakan temu duga untuk calon lain.

Disebabkan itulah dua orang penting di syarikat lelaki muda ini marah padanya, tak temuduga orang lain dah terima Chaeyoung.

Dasar lelaki mata keranjang, sebab Chaeyoung seksi, berwajah cantik dan nampak macam inesen dia terus terima.

" So? Kau dapat kerja tu? " Soal Jennie

Mendengar soalan dari Jennie di balik airpods yang dia pakai dia tersengih sinis.

" Ini Chaeyoung lah seduce men just a simple Unnie " jawab Chaeyoung bangga dengan dirinya yang berjaya menggoda lelaki tadi hanya dengan pakaian dan muka yang kononnya budak baik.

" As expected from Chaeyoung Park " puji Jennie

" Okay lah Unnie esok aku mula kerja so hari ni aku nak beli baju "

" Aik baju yang ada tak cukup? "

" Unnie baju yang ada baju biasa tak macam yang aku pakai sekarang, nak jayakan misi ni terpaksa aku beli "

" Haha tabah lah ya "

" Bye Unnie "

××××××××××××××××

Chaeyoung melangkah masuk ke bangunan pencakar langit dengan berasa megah, berita dia terima oleh CEO muda itu CEO juga tidak mengadakan temuduga dengan calon lain menjadi topik hangat.

" Perempuan murah ada hati nak boss kita " ujar seorang pekerja wanita penyambut tetamu.

" Yelah aku dengar dia goda boss kita semalam "

" Ee tak tahu malu betul "

Chaeyoung tersenyum manis menunju kearah mereka, dia sebenarnya nak lempang tiga perempuan itu tapi disebabkan ini ialah misi jadi dia perlu bersabar.

THE QUEEN | Female K-pop Idols Where stories live. Discover now