" Pernah awak semua nak faham kenapa saya ambil jalan ni? "
×××××××××××××××××××
Seorang wanita cantik sedang menatap dirinya di cermin dengan pandangan sayu, banyak tanda keunguan bercak di leher putih miliknya. Entah milik siapa segala love bite itu mengingatkan hampir setiap hari dia ada pelanggan.
Dia menghembusksn nafas, mula benci dengan dirinya, memang hidupnya mewah dilimpahi dengan segala kemewahan, mahu lelaki petik saja jari beratur nak dekat dia.
Tetapi setelah lama berada dalam dunia gelap ini dia mula sedar akan ada sesuatu yang hilang dalam hatinya iaitu rasa kasih sayang, dia tidak dapat semua itu kerana manusia memandangnya hina seolah-olah dia ini terlalu jijik untuk didekati.
Dia sudah sedia maklum masuk saja dunia begini akan susah nak keluar dan mental kena kuat menahan segala cacian, makian dan hinaan dari masyarakat.
Tapi pernah tak awak semua tanya dan faham kenapa dia memilih jalan ini? Jawapannya tidak ini kerana kita hanya manusia biasa menilai dari luar tidak di dalam. Sekali tengok sudah tahu orang itu bagaimana walhal mungkin dalam hati orang itu menyesal pilihan hidupnya.
Seiring waktu berjalan dia Lee Sunmi pelacur berkelas tinggi, menempati tangga pertama pilihan lelaki- lelaki tapi betulah kata orang jika dah bosan akan dibuang.
Sekarang ramai wanita memasuki bidang ini kerana bidang inilah satu- satunya cara paling mudah untuk dapat duit dengan hanya menjual badan senang kan?
Jadi disebabkan itu dia seakan dilupakan, jika dulu setiap malam jadualnya padat tetapi kini tidak lagi selang sehari baru ada. Kedudukannya terancam.
×××××××××××××××××
Sunmi melabuhkan punggung di tembok tinggi itu, hari ini dia tiada niat untuk ke kelab malam untuk bekerja, dia minta cuti sebulan bagi menenangkan fikirannya yang mula serabut.
Dia menoleh ke kiri seorang wanita tengah termenung tidak jauh darinya, Sunmi terus menyapa orang itu dengan menepuk bahu orang itu.
" Maaf tanya awak menung apa? " Tanya Sunmi
" Kisah silam saya " jawab orang itu
" Oh nampak macam gelap je masa silam tu " sambung Sunmi
" Nama saya Kim Hyuna awak pula? " Wanita itu tiba-tiba memperkenalkan diri pada Sunmi
" Saya Lee Sunmi "
" Awak nak dengar kisah saya? " Tanya Hyuna.
" Boleh juga "
" Dulu saya seorang pelacur tangga teratas macam awak "
" Macam mana awak tahu saya- " belum sempat ayatnya dihabiskan Hyuna sudah memotong.
YOU ARE READING
THE QUEEN | Female K-pop Idols
Acak[ yes women more weak than men but we can use our minds to defeat them and make them bow to us ] [ if not yourself tried save yourself than who will? ] [ the pillar must not break ] [ stand for yourself, speak it louder, be brave and bring the just...