Chapter One

6 0 0
                                    

Aku menggenggam sampul surat yang berada di tangannya. Mulutku riuh menjerit. "Mum, surat dari Matt Entertainment dah keluar!" teriakku kuat sehingga Madam Hunter keluar dari rumahnya sambil membetulkan cermin matanya yang berada di puncak hidungnya. Madam Hunter hanya sekadar menggelengkan kepalanya melihat diriku yang asyik mengibarkan sampul surat itu ke udara. Aku hanya mengendahkan dirinya yang bertongkat lalu masuk ke dalam rumah.

"Mum! Mary dah dapat suratlah!" teriakku lagi sehingga ada tangan yang merampas sampul surat itu dari tanganku. Aku yang baru sahaja ingin memarahi pemilik tangan yang merampas sampul surat itu tersenyum melihat pemilik tangan itu ialah Mum.

Mum membuka sampul surat bersama tangan kirinya yang memegang senduk. Tangan kanannya mengeluarkan surat dari sampul dan mula menggerakkan bibirnya membaca. Suaranya itu tidak kedengaran. Bibirnya menyimpul senyuman penuh makna.

"Mum, Mary diterima jadi trainee mereka ke?" soalku, resah melihat senyuman Mum yang seakan ingin memberitahu aku ditolak. Jika aku ditolak, aku harus bekerja di naungan syarikat H Holding dan melupakan cita-citaku. Jika sebaliknya, maka Mum dan Dad harus menerima cita-citaku yang ingin menjadi seorang pelakon.

"Kamu diterima menjadi trainee mereka. Selamat, Mary," ucap Mum dengan gembira. Mum kelihatan senang melihat aku dapat menunaikan cita-citaku sejak aku berumur seawal enam tahun. Aku terkejut mendengar berita gembira itu sehingga lututku mencecah ke lantai simen yang sejuk.

Bibirku ditarik sehingga ke telinga. Wajahku berseri-seri mendengar berita gembira. Aku tak mimpi kan? Pupilku mengembang. "Sudah, bangun. Nanti kamu beritahu ayah kamu," ujar Mum dan menghulurkan surat itu kepadaku. Aku mengambil huluran surat itu dari tangan Mum dengan baik. Mum berlalu dari ruang tamu itu pergi ke dapur bersama-sama senduk di tangannya.

"Oh my goodness! Macam mana kuah ni boleh hangus?!"

Itulah Mum, seorang yang kelam-kabut. benda yang kecil pun dibesarkannya. Sekejap, benda yang kecil? Bukan, maksud aku.. Argh! Maknanya, kami tak akan ada lauk malam ni! Nak makan apa ni? Haih, kenapalah surat ni ada masa Mum memasak?

Kring... Kring...

Laju kakiku melangkah ke telefon rumah yang berbunyi di atas meja kecil di sudut ruang tamu. Gagang telefon diangkat. Jari telunjukku laju menghampiri punat mengangkat panggilan. Telefon itu dilekapkan ke telinga kananku.

"Hello, ini rumah Collins. Siapa di sana?" ujarku. Tawa yang melatar belakangkan panggilan di antara kami berdua membuat mataku membulat.

"Dad?"

"Ini mesti kamu tidak melihat nama sebelum mengangkat," tawa Dad. Kepalaku mengangguk laju. Kebiasaannya, aku tidak akan mengangguk, tetapi akan menjulingkan kedua pupilku ke atas. Tetapi, memandangkan hari ini hari bahagiaku, maka aku hanya akan diam sahaja.

26 Julai 2015.

Hari yang akan aku ingati sampai bila-bila. Tidakku menyangka aku akan dapat menyambut hari lahirku dengan berita gembira ini.

"Dad, Mary dapat tawaran menjadi trainee kepada Matt Entertainment." Laju sahaja aku berkata kepada Dad tentang berita gembira yang baru sahaja aku terima tadi. Aku dapat rasakan Dad akan terlopong besar sehingga Caroline menyuruhnya menutup mulut.

"Darling, tutup mulut itu," ujar Caroline dengan penuh keibuan di corong telefon. Kan sudahku bilang! Dad selalu begitu.

"Dad sudah boleh lupakan niat Dad untuk menyuruh Mary bekerja di bawah syarikat Dad," ujarku, riang dengan kekalahan Dad yang tidak pernah aku dengar seumur hidupku.

Oh, tidak! Hanya dengan Mum sahaja Dad kalah. Tidak menyangka pula sekarang ini Dad sudah terkalah denganku.

"Hmm, jika begitu yang kamu mahu, Dad tunaikan sahajalah. Selamat, Mary. Oh ya, selamat hari lahir. Semoga kamu kekal bahagia, Mary sayang. Hadiah nanti Dad akan beri kepada Mary," ujarnya. Aku dapat mengesan di setiap bait-bait katanya seperti sedang kecewa. Aku tahu dirinya begitu menginginkan diriku bekerja di syarikat, bukan menjadi seorang pelakon.

Hanya di ucapan selamatnya sahaja, ada sedikit kegirangan. Selain itu, hanyalah kesedihan.

Maafkan Mary, Dad. Tapi, ini impian Mary.

"Bye, Dad."

Aku menutup panggilan.

°•°•°•°•°•°

There goes my heart beating,
Cause you are the reason,
That I still breathing,
I'm hopeless now.

I climb every mountain,
I swim every ocean,
Just to be with you,
And fix what I've broken.

Ooo,
Cause I need you to see,
You are the reason.

"Little Mary, you're awesome. I'm proud of you."

Puji Roxanne, atau aku lebih senang menggelarkannya Roxy. Roxy mendatangiku dengan sejambak bunga mawar merah di tangannya. Kelihatan Roxy asyik menghirup bau harum bunga mawar yang segar. Tergeleng-geleng kepalaku melihatnya.

"Little Roxy, thank you for your compliment. I think it's better for you to stop doing like that in front of me. As you know, I'm single since born. So, don't make me jealous with you flowers from Davies!" lantangku berkata kepada Roxy yang sudah tersenyum sinis kepadaku dengan bibirnya seperti Angelina Jolie. Raut wajahku kini bertukar menyampah melihat senyumannya itu.

"Oh, say someone who already take Smith's ring and wear it in front of me," ujar Roxy sambil matanya ralit mengerling ke jari manisku yang memakai cincin Smith.

"I have my own reason, Roxy. It's because he left at the restaurant last night. So, I take his ring with me," jelasku, tidak mahu Roxy berfikir bukan-bukan tentang hubunganku dengan Karl Smith, pelakon kacak yang membintangi drama bersamaku. Roxy mengukirkan senyuman yang mengejek kepadaku.

"Roxy!" jeritku lantang sehingga studio ini bergema dengan jeritanku. Roxy mula menghamburkan tawanya atas reaksiku memarahinya itu.

"So, I take it as a yes," ujar Roxy lalu berlalu dari ruangan itu. Mukanya tersembul di muka pintu. "Oh, have fun with Smith," ujarnya lagi lalu menutup pintu studio.

"I hate you, Roxy!" Sekali lagi, jeritanku membelah atmosfera di studio yang sepi itu.

Aku meneguk air dari botol hijauku dengan rakusnya bagi menenangkan jiwaku yang berapi-api mendengarkan ejekannya. Aku tak inginlah dengan Karl Smith itu! Karl Smith itu seorang playboy! Mana mungkin aku ingin menyerahkan hatiku begitu sahaja kepada si pencurang. Aku ingin fokus dengan kerjayaku yang sedang meningkat naik selepas drama pertamaku bergandingan dengan Xavier Scott. Kini, namaku mengharum di persada antarabangsa. Sebut sahaja Maria Watson, sudah pasti kebanyakan orang mengenaliku.

Once upon a time, a painter having only canvases and colors, but he loved an actress,the one who loved flowers.So he put on sale his paintings, his humble abode and so bought a whole ocean of flowers.

One million, one million
a million red roses,
through the window, through the window,
by the window you discover.
He who loves you, he who loves you,
he who loves you for real
will change all his life
in flowers for you.

At the window she asks herself it was really something - like a grandiose spectacle, the place is full of roses. His soul is frozen for a moment: who is this funny lover? And in a corner, all shaking, the handsome boy lowers his eyes.

To the refrain

The beautiful meeting was brief, she left at night, but in his life there was the wonderful field of roses. The paintings of the painter become famous, now had only one theme, a square covered with flowers, a beautiful window who loves him.

To the refrain

AthenaWhere stories live. Discover now