Chapter Two

6 0 0
                                    

"Action!"

Aku berada di atas kerusi kayu sambil menyelak buku cerita. Aku yang memakai cermin mata itu kelihatan naif di pandangan kamera. Reaksi terkejut terpapar saat pintu utama dihempas kuat. Terbangunku dari kerusi seketika. Lelaki yang berwajah bengis itu mendatangiku. Aku mula gerun dengan lelaki bengis.

"Mana duit aku?!" Jerit George Collins lakonan Dustin Lee Hoffman di hadapanku. 

"Duit itu kan sudah saya beri minggu lepas, ayah. Minggu ini saya sudah tiada lagi duit."

Takut-takut watak Irene itu berbicara kepada ayahnya George Collins. Menunduk kepalanya menekur lantai kayu yang dipijak oleh kakinya yang memakai selipar berbulu berwarna merah jambu pemberian ibunya, Joy Collins. Tangan George yang menghentak kuat meja kayu itu menjungkitkan kedua bahunya. Kepalanya diangkat serta-merta pupilnya bersabung dengan pupil milik George.

"Aku nak duit 300! Nanti aku ada duit aku beri pada kau! Jangan nak kedekut dengan ayah kau ni!" ujar George yang setiap hari kerjanya berjudi dan meminum arak. Sekiranya menang berjudi, pasti akan berjudi lagi dan lagi. Meminum arak bukan lagi kebiasaan malah menjadi kewajipan seorang George untuk menikmati araknya sambil berjudi.

"Masalahnya, duit itu ayah pergi main lagi. Duit yang saya beri bukan sedikit, banyak juga. Seribu itu saya boleh buat makan saya sehingga sebulan. Cukup-cukuplah ayah! Pergilah mencari kerja jika nak duit! Bukannya meminta macam orang miskin!"

"Cut!" Bergema jeritan itu membelah atmosfera ruangan ini.

"Maria, kamu sepatutnya berkata, "Kasihanilah saya, ayah." Kembali semula. 1, 2, 3, action!" ujar pengarah terkenal itu, Charles James.

"Masalahnya, duit itu ayah pergi main judi lagi. Duit yang saya beri bukan sedikit. Seribu itu saya boleh buat makan saya sehingga sebulan. Cukuplah ayah! Kasihanilah saya, ayah," ujarku dengan nada merayu sambil pupilku galak melihat 'ayah'ku yang masih lagi memandang tajam kepadaku. Tangannya naik untuk menamparku. Aku memejam mata saat tangannya dilayang angin ke pipi mulusku. Berkerut wajahku saat mendengar George mendesis kesakitan. Perlahan-lahan, kelopak mata dibuka. Tertera muka Felix Adams lakonan Karl Smith dan tangannya menahan pergelangan tangan George dari menampar pipi kiriku.

"Cut!" Bergema kembali suara itu memecah molekul di udara. Kami bertiga berpaling ke arah suara yang menjerit tadi.

Charles James.

"Baik, kita pergi ke scene seterusnya," ujar Charles James. Semua orang mula mengambil props keluar dari ruangan ini. Karl Smith mula mendekati aku yang berdiri teguh di tempatku daripada tadi.

"Tak mahu keluar ke, tuanku?"

Sinis sahaja suara yang terkeluar dari bibir seksi Karl Smith. Naik menyampah aku mendengar suara yang keluar dari mulutnya. Mataku dijuling ke atas. Kaki mula bergerak pergi dari tempat yang aku berdiri sejak dari tadi lagi.

"Mahu ke mana, tuan puteri?"

Again.

"Kau nak apa, Karl?" ujarku, pasrah dengan keadaan Karl yang asyik mengganggu aku yang malas ingin melayan dirinya.

"Aku nak kau jadi date aku malam ni," ujar Karl yang membuatku mengeluh. Kontroversi yang melanda diriku sejak drama pertamaku membuatku lebih berhati-hati.

"Aku tak mahu rosakkan nama baik kau," ujarku, tentang dirinya seorang buaya darat hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja. Selebihnya, mengingat dirinya suci. Malah, peminatnya menggelar dirinya Modern Walking Buddha kerana dirinya berasal dari Negara Gajah Putih. 

Smith itu nama keluarga bapa tirinya, sedangkan nama keluarga ibu kandungnya, Klaew. Nama Karl sebelum berjumpa dengan tukang tilik ialah Atid Klaew. Tukang tilik itu menasihati ibu Karl untuk menukar nama Atid itu kepada Karl. Jadi, itulah serba sedikit tentang Karl Smith yang diketahui kebanyakkan orang termasuk aku.

"I still want you to be my date tonight." Kaki panjangnya mula mendekati tubuh lampaiku yang masih tidak berganjak dari tempat ini lagi.

Karl, kau akan merosakkan nama baik kau sebaik sahaja kau menyambut tangan aku, dan aku takkan biarkan itu terjadi.

"Tapi, aku tak nak, Karl. Apa yang aku mahukan sekarang, kau berdiri jauh daripada aku," tolakku. Mungkin dengan penolakanku kali ini dia akan memahami yang kami lebih baik menjadi rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu. Kali ini, Karl makin merapatiku dan aku langsung tidak menjauhkan diri darinya. Kekal statik seperti tiang sahaja.

"Thirak, jangan menolak aku lagi, kerana aku tidak akan sesekali mengalah dalam membuat kau sembah cinta kepada aku."

Tegas dirinya berkata kepadaku membuatku terkejung. Bulu romaku meremang mendengar butir bicaranya yang kedengaran dominan. Ketegasan seorang Karl Smith tidak boleh ditolak lagi olehu. "Thirak itu apa?"

"Kalau kau nak tahu, jadi date aku malam ni."

"Baik, kalau dengan itu boleh membuat aku tahu maksud thirak, aku akan jadi date kau." Sebaik sahaja aku menuruti katanya, kedua hujung bibirnya menaik. Senyuman manisnya yang menjadi kegilaan ramai gadis ditayang kepadaku. Mengharap aku jatuh menyembah dirinya. Tanpa diketahuinya, manisnya membawa padah.

Kaki panjangku mula berjalan lenggang itek sehingga keluar dari ruangan ini. Sebaik sahaja aku tiba di ruangan ini, salah seorang pembantuku mendatangiku bersama kertas skrip dan air mineral di tangan. 

*****

Kakiku bersilang sambil menilik jam tangan di pergelangan tangan kananku. Sudah 10.24 malam. Janji 10 malam, alih-alih Karl tidak tiba pun pada 10 malam. Keluhan dilepaskan daripada bibir delimaku. Baru sahaja aku  ingin bangun dari tempat dudukku, Karl datang dengan rambut serabainya. Nafasnya sekejap terbit dari bibir seksinya, sekejap hilang. Kelihatan Karl seperti marathon ke kafe ini.

"Maaf sebab lambat." Kelihatan Karl seperti hilang nafas sahaja. Termengah-mengah nafasnya diiringi dengn dada tegapnya naik turun.

"Karl, ikut aku. Tarik nafass.." Jari jemari runcingku mula mengikut ritma udara yang menyedut masuk ke dalam hidungku.

"Hembuss..." Aku mengulangi perbuatan ini sehingga Karl kelihatan baik-baik di pengamatanku.

"Duduk," pelawaku sambil punggungku mencium kerusi restoran ini. Karl menepuk kedua tangannya dan seraya itu pelayan lelaki menghampiri meja kami.

"Order sir," ujar pelayan lelaki itu sambil memberikan kami dua buku menu. Aku mula menyelak helaian demi helaian. Kelihatan Karl sudah selesai memberi menu pilihan kepada pelayan itu.

"And you, young lady?" soal pelayan lelaki itu, mesra pada halwa pendengaranku.

"I would like Spaghetti Aglio Olio and Americano. Thank you."

Berlalu pelayan lelaki itu dari meja kami selepas mengambil dua buku menu daripada kami. Aku hanya sekilas melihat wajah Karl yang asyik memandangku dengan wajah yang agak tegang. "Don't say to me that you're jealous." Wajahnya tadi mula mengendur mendengar pernyataanku. 

"Thirak means sweetheart, darl."

"When I call you sweetheart, means you're mine." Ternaik hujung bibirku mendengar ayat posesifnya. Lelaki... Semuanya sama. Tidak berbeza mana pun. Belum lagi aku mengucapkan cinta, mahu dikurungnya aku di dalam penjara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 31, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AthenaWhere stories live. Discover now