1🕷️MAYA

32.6K 284 39
                                    

Bunyi bising tukang kebun sedang memesin rumput di halaman rumah, mengejutkan tidur Maya yang nyenyak.

Eye cover bercorak bulu cheetah yang menutupi matanya ditolak ke atas. Dia mengeluh.

'Pagi gini ada saja yang tak puas hati dengan aku! Nak tido pun tak senang! Urghh!' Getus hatinya penuh geram.

Maya bingkas bangun dan mengadap cermin besar di dalam kamarnya. Rambutnya disikat rapi sambil membelek mukanya. Garis-garis halus di bawah matanya membuatkan dia berdecit.

"Aku dah ada kuli sekarang... So.. Tak perlu nak sakitkan mata aku lagi mengadap skrin laptop memanjang!" Maya mengomel sendiri.

Rumah banglo dua tingkat itu hanya diduduki olehnya dan dua orang pembantu rumah. Tukang kebunnya, Uncle Mark tidak tinggal bersama. Maya tidak suka dengan kehadiran ramai lelaki di sampingnya.

Lolita dan Makcik Annie merupakan pembantu rumahnya yang setia. Segalanya baik buruk perangai Maya, sudah cukup dihadam oleh mereka.

"Lolita... Air aku.." Kemunculannya di dapur secara tiba-tiba mengejutkan Lolita.

"Baik mem..." Tertunduk kepala Lolita apabila menyedari Maya menjengah dapur secara tiba-tiba.

Maya mengerling dengan ekor mata reaksi Lolita, si gadis muda yang baru bekerja dengannya. Ikutkan hati, dia hanya mahu yang tua-tua sahaja! Tak banyak songeh! Dia terima gadis itu disebabkan Makcik Annie yang rekemen!

Secawan black coffee diletakkan di atas meja kopi. Maya duduk menyilang kaki sambil membelek telefon. Mesej tidak penting dibaca dan dipadam.

Tret! Tret!

Panggilan masuk dari seseorang yang amat dikenalinya. Ah! Dia tidak masa untuk bercakap dengan orang tua itu!

Maya : Mmm... Hello..

George : Hello my dear, Maya...

Maya : Ada apa call I? Busylahh... Busy tau takk!

Maya mengeluh kuat. Sengaja membiarkan lelaki di hujung talian itu mendengar jelas.

George : Garangnya anak daddy pagi-pagi nie... Makan tebuan ke?

Suara lelaki itu kedengaran bersulam dengan gelak kecil. Maya merengus lagi.

George : Lunch dengan daddy harinie... Mommy pun ada..

Maya mencebikkan mulutnya.

Maya : Busy.. Malas..

George : Kalau daddy nak mati ker.. Baru Maya datang agaknya..

Suara Tuan George kedengaran sayu. Sengaja dipancing emosi anaknya.

Maya : Urghh! Yelah! Yelah!

Tuttttt!

Panggilan telefon dimatikan oleh Maya sebelum sempat ayahnya membalas semula. Tuan George hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"So... Jadi ker anak awak tue join kita lunch nanti?" Puan Gina menegur Tuan George sambil memegang majalah kegemarannya. Tuan George sedang bersantai di ruang hadapan rumah mereka dengan secangkir teh panas.

MY SEX SLAVEWhere stories live. Discover now