4🕷️MENGENA

27.1K 302 76
                                    

"Urmmm?" Lelaki itu menoleh ke arah belakang sambil mengetatkan ikatan tuala pada pinggangnya.

Pandangan mata mereka saling bertaut. Dahi lelaki tampan itu berkerut seribu.

Maya Sandra menelan liur.

Tanpa berfikir panjang, wanita anggun itu mengundur selangkah. Dia perlu beredar dengan segera! Tombol pintu itu dipulas dengan sebelah tangannya dengan keadaan dirinya yang masih berhadapan dengan lelaki misteri itu.

"Heyy!! Wait!"

Bam!!

Lelaki itu lebih pantas bertindak. Daun pintu yang sudah terkuak sedikit, ditolak keras.

Maya Sandra menjegilkan matanya pada lelaki separuh bogel itu.

"Aku nak keluar! Ke tepi!" Ditolak selamba tubuh tegap lelaki itu yang ternyata lebih tinggi dari tubuhnya.

Tidak berganjak.

Lelaki itu tersenyum sinis. Dipandang Maya Sandra atas bawah. Jegilan mata bundar Maya Sandra hanya dipandang sepi olehnya. Sengaja dia mengusap lembut dadanya yang masih bersisa titisan air.

"You masuk bilik I tanpa kebenaran... Then nak tunjuk garang pulak kat sini... Heh... " kata-kata sindiran lelaki itu membuatkan Maya rasa terbakar. Sengaja lelaki itu merenung tajam mata Maya Sandra.

"Look... Aku tak heran bilik kau nie lah... Bilik aku lagi besar dari nie!! Tak payah nak tunjuk lagak sangat!" Sengaja Maya cuba menyakitkan hati lelaki itu.

Lelaki tampan itu mendekatkan hidungnya pada leher jinjang Maya Sandra. Dihidu-hidu.

"Ahhh... Victoria's Secret.. Bombshell.. Nice one..." Lelaki itu tergelak kecil.

Air muka Maya berubah serta merta. Terasa nilai harga dirinya diperkecilkan oleh lelaki itu. Sesuka hati menghidu lehernya!

"Sapa benarkan kau cium leher aku??? Tepiilahhh!" Wanita itu mula berkeras dengan menolak sekali lagi figura tegap di hadapannya.

Tubuh Maya Sandra kini tersandar rapat pada daun pintu. Kedua belah tangan Maya ditekap rapat pada pintu. Nafasnya berubah rentak. Dia geram!

"Ohh... Nampak sangat kau perempuan yang tak ada adab... Kau masuk bilik aku, then nak berkeras dengan aku pulak! Aku memang takkan..."

Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, Maya Sandra merungkai kasar tuala yang terikat kemas pada pinggangnya. Lelaki itu terpempan seketika.

"What the...."

Pantas Maya membuat kerja. Dalam pada lelaki itu tunduk untuk mengambil tualanya, Maya terlebih dahulu membuka pintu dan berlari keluar.

"Woiiii!!! Shittt!!"

Suara tempikan dan carutan lelaki itu hanya membuatkan Maya Sandra berdecit. Rimas!

"Orang gila!" Tercetus kata-kata itu di bibir sensualnya.

Puas Maya ke sana ke mari mencari jalan keluar setelah turun dari lif yang sama. Akhirnya dia bertemu dengan salah seorang pembantu rumah.

"Miss Maya terus berjalan ke lif sebelah sayap sana yaa... Di situ ada penjaga lif sedang menunggu..." Penuh sopan pembantu rumah itu menerangkan pada Maya.

"Ohh... Okay.." Ringkas sahaja jawapannya. Tiada ucapan terima kasih.

Setibanya Maya di pintu utama, dia melangkah masuk dengan penuh angkuh. Suasana di dalam Mansion Kassyno agak berbeza. Tidak sama seperti kasino yang pernah dihadiri olehnya.

Beberapa orang lelaki duduk di sebuah meja poker. Salah seorang dari kumpulan lelaki itu memegang rantai.

Mata Maya membulat. Seorang gadis muda berpakaian latex yang seksi, duduk melutut di bawah lantai;di sisi kaki lelaki itu.

MY SEX SLAVEWhere stories live. Discover now