BAB 1

33 1 0
                                    

" Dahla asyik kalah fed up aku main. " Ash tergelak melihat muka tak puas hati Dalia.

" Kau je yang tak reti main sebab tu asyik kalah je dari tadi. " Lagi seronok Ash mengutuk Dalia. Dalia menjeling dari tepi.

" Kau ingat kau pro sangat lah sampai cakap aku tak reti main? " Dalia mengambil beg sandangnya dengan kasar lalu bangun dari tempat duduknya.

" Kau nak pergi mana pulak?" Tanya Ash bingung. Alahai marah pulak Dalia dengan dia. Dalia tak menjawab. Dia terus berjalan pergi tanpa menghiraukan soalan Ash.

" Marah betul ek kau dengan aku? Rileks la Lia aku-" Tak sempat Ash bercakap Dalia pantas memotong bicara.

" Aku nak baliklah. Buang masa je lepak dengan kau dari tadi. Nanti ibu tanya pulak dah la tinggal kita berdua je dari tadi. Nisa pun dah lama balik tadi." Beritahu Dalia. Jujur dia pun rasa hendak pulang kerana bimbang jika ibunya risau kerana keluar terlalu lama. Lagipun tak manis la berdua dengan Ash. Awalnya tadi mereka lepak bertiga di cafe itu namun Nisa awal lagi sudah pulang dahulu kerana ada hal yang tak dapat dielakkan.

" Sejak bila kau rasa buang masa pulak lepak dengan membe kau ni? Em takpelah-"

" Kau jangan nak mengada eh aku cepuk jugak karang." Balas Dalia garang.

" Kau ni garang betul Lia, patut sampai sekarang takde boyfriend lagi." Kata Ash sekadar mengusik. Dalia menjulingkan mata ke atas tanda malas nak melayan kata-kata daripada Ash.

" Aku takde boyfriend sebab memang aku taknak, "

"Yeke?" Ash mengusik lagi.

" Kau pehal? Patutla takde girlfriend perangai annoying gini kan... "

" Aku tunggu kau lah....." kata Ash bersahaja.

" Hah? "

" Takde apa lah kau cakap nak balik kan jomlah aku hantarkan bahaya kalau kau balik naik grab sesorang." Kata Ash sambil menuju ke keretanya.

" Haah bagus jugak jimat duit aku ehek," Dalia juga menuruti Ash yang sudah mendahuluinya ke hadapan tempat letak kereta.

Suasana sepi antara mereka berdua hanya kendengaran bunyi dj radio berceloteh. Dalia dari tadi hanya bermain dengan telefon. Sesekali Ash menjeling dari sisi.

" Kau senyum-senyum dah kenapa?" Tanya Ash kepada Dalia.

" Saja nak senyum tak boleh? " Ash tergelak. Dalia ni memang asyik nak dingin je dengan dia sejak dari tadi. PMS agaknya.

" Marah pun comel," Dalia mencebik. Ash memang selalu menyakatnya. Sudah jadi hobi Ash agaknya untuk menyakat Dalia.

15 minit kemudian mereka pun sampai di rumah Dalia. Dalia keluar dari kereta selepas mengucapkan terima kasih kepada Ash kerana menghantarnya pulang. Usai Dalia menutup pintu kereta, Ash menurunkan cermin tingkap di bahagian penumpang yang diduduki Dalia sebentar tadi.

" Dalia," panggil Ash dari dalam kereta.

Dalia berpusing semula kebelakang setelah terdengar Ash memanggilnya.

" Ye kenapa?" soal Dalia sambil menjongketkan sebelah kening.

" Jangan lupa," kata Ash

" Lupa apa?"

" Practice game tu sampai pro nanti boleh main duo dengan aku," kata Ash berseloroh. Dalia terus menayangkan penumbuk kepada Ash. Ash ni menyempat je nak mengata dia lagi.

Padahal Dalia baru je main game tu memang la nampak noob sikit.

Hak alah

" Dah dah balik sana, drive elok-elok..." pesan Dalia.

" Sayang jugak kau dekat aku kan?" Ash tersenyum kambing.

"Perasan!" kata Dalia lalu terus masuk melalui pagar rumahnya.

Ash hanya memerhati sehingga bayang Dalia tidak lagi kelihatan. Kemudian dia pun menaikkan kembali cermin tingkap kereta.

" Aku dah lama jatuh hati dekat kau Lia," gumam Ash perlahan sambil tersenyum. Ya memang Ash mempunyai perasan terhadap Dalia sejak mereka di bangku sekolah menengah lagi. Tapi Ash takut nak mengakuinya kerana bimbang Dalia akan menjauh darinya setelah meluahkan perasaannya kepada Dalia.

Dalia AmyliaWhere stories live. Discover now