BAB 3

10 1 0
                                    

"Ibu nampak Ash tu baik budaknya," kata ibu Dalia kepadanya ketika mereka sedang bersantai diruangan rehat di halaman rumah mereka.

"Aik? Ibu ni kenapa tiba-tiba puji si Ash tu?" tanya Dalia pelik. Seriuslah ibu? Ash tu dahla suka sangat menyakat dirinya. Ada saja benda yang menjengkelkan dibuatnya kepada Dalia.

"Ibu tengok cara dia berkawan dengan Dalia pun ibu tahu Ash tu orangnya macam mana,"

Dalia mencebik. Ya Allah kalaulah ibu tahu Ash tu macam mana bila dengannya.

"Ash tu annoying la ibu, ada je benda dia nak sakat Lia...." Adu Dalia kepada ibunya sambil tangan ligat mengusap kucing yang berada di atas ribaannya.

Puan Roslia tersenyum melihat anaknya. Haih, dah besar panjang pun tetap sama je perangai. Mengalahkan budak kecil.

"Ibu tengok dia okay je, kamu je yang rasa dia tak okay,"

"Itu kalau depan ibu, kalau dengan Lia kerjanya nak cari pasal je." Dalia sudah muncung sedepa. Tak suka ibunya asyik memuji Ash.

Tak habis Ash jelah yang dipuji.

"Sepanjang berkawan dengan Ash, tak pernah kan dia ambil kesempatan dekat Lia?" soal Puan Roslia kepada anak tunggalnya itu.

"Tak....berani dia nak ambil kesempatan dekat Lia? Lia smackdown kan je Ash tu." Kata Dalia tegas. Berani Ash nak apa-apakan dia? Apa ingat Dalia tak boleh lawan balik? Ini Dalia Amylia okay!

"Syukurlah, ibu tahu....tengok dia pun tahu dah...dia bukan lelaki jenis macam tu." Balas Puan Roslia.

Suasana sepi seketika sebelum Puan Roslia bertanya, "Lia sukakan Ash?" Dalia tergelak kecil.

"Ibu ni.....kitorang dah berkawan sejak sekolah lagilah ibu, takkanlah Lia boleh sukakan dia pula kan? Lia, Nisa dengan Ash memang dari dulu lagi kalau pergi mana-mana mesti bertiga dah macam belangkas je," terang Dalia.

"Mana tahu kalau Dalia ada hati dengan Ash ke kan..."

Ah tak mungkinlah.

Tiba-tiba Dalia teringat kembali akan mimpinya tempoh hari. Dalia tergelak.

----

"Nisa!" panggil Ash. Eh kebetulan pula terjumpa Nisa dekat Watson. Dia pergi sini pun sebab adiknya menyuruhnya membeli clay mask jenama Freeman. Lagipula tadi dia keluar sebentar kerana ada urusan untuk diselesaikan.

"Eh Ash, kau buat apa dekat sini?" soal Nisa terkejut tiba-tiba pulak si Ash ni menegurnya dari sebelah.

"Beli barang sikit adik aku pesan. Tadi aku keluar settlekan kerja. Kau datang sorang je ke?"

"Taklah, aku datang dengan mak aku tadi cuma mak aku pergi tengok-tengok barang lagi ha dekat sana," Ash mengganguk perlahan.

"Kau kenapa rushing sangat haritu balik? Ada hal apa je?" soal Ash ingin tahu. Nisa terburu-buru balik ke rumah masa diorang tengah lepak dekat cafe tempoh hari. Bila dah tinggal Ash berdua je dengan si Dalia tu memang awkward habis la ceritanya. Mana pernah diorang keluar berdua je selalu mesti bertiga sekali dengan Nisa.

"Nanti ada masa aku cerita eh? Panjang sangat nak cerita kat sini pun," jelas Nisa apabila diajukan soalan begitu oleh Ash.

"Oh ha takpe faham, nanti bila-bila kita lepak lagi sebelum aku balik KL balik." Oh ya Ash sekarang bekerja di Kuala Lumpur sebagai pengurus kewangan.

"Kau cuti sampai bila je?" tanya Nisa ingin tahu. Gaya macam cuti lama lagi je Ash ni.

"Sampai Sabtu depan ha, " Nisa mengganguk. Oh lama lagi cuti.

"Ah takpelah aku nak gi cari barang yang adik aku pesan, japgi bising pulak dia kalau tak dibeli barang yang dia nak sangat tu."

"Oh ha ya takpe pegilah cari dulu....nanti kita set masa balik nak jumpa dekat mana semua," beritahu Nisa ringkas.

"Okay cun...." balas Ash lalu terus bergerak ke bahagian barang yang hendak dicari olehnya itu.




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dalia AmyliaWhere stories live. Discover now