끝날의밤
(Terima kasih akhirnya)_______________________
"What happen there ? Should I explore?"
_______________________
Choi Soo Bin / 최수빈Soobin sedang berkhayal dengan fikirannya. Didalam khayalannya, dia ternampak makhluk jadian. Dia mula aneh dengan wajah-wajah makhluk tersebut. Wajah-wajah makhluk itu amatlah menyerupai mereka berlima. Dia mula melihat sekeliling kawasan itu.
"A-aku dekat mana ni?"soal Soobin sendirian. Mulutnya ternganga melihatkan keadaan kawasan itu. Amatlah teruk. Keadaan kawasan itu seperti baru dihempap sesuatu yang menyebabkan bangunan di kawasan itu runtuh. Dia mula melihat kearah seorang lelaki yang berambut kuning seperti buah lemon yang sedang berdiri ditengah-tengah. Satu nama mula meniti bibirnya.
"Yeonjun hyung.." . Buku yang berada ditangannya digengam erat. Tanpa melengahkan masa, dia mula mengahampiri lelaki berambut kuning seperti buah lemon itu yang dianggap sebagai 'yeonjun'. Sebaik sahaja dia berada dibelakang lelaki itu, dia mula menepuk bahu lelaki itu. Lelaki itu mula berpaling kearahnya. Soobin agak terkejut melihatkan keadaan lelaki itu. Wajah lelaki itu berlumuran darah. Soobin berasa amat takut lalu dia terundur kebelakang dan akhirnya dia jatuh.
"Arghhh!" teriak Soobin. Tiba-tiba lamunannya mati. Dia agak terkaku. Dia mula melihat sekelilingnya.
'I-ini.. bilik latihan tarian' bisik hatinya. Kelihatan Hueningkai sedang menari manakala Yeonjun pula menjadi pelatihnya. Beomgyu pula sedang merakam sesuatu menggunakan telefon pintarnya yang berwarna biru muda. Taehyun..dia pula sedang mendengar lagu kegemarannya sambil duduk diatas sebuah bangku.
Soobin..dia pula berada ditengah-tengah tanpa berbuat apa-apa.
Sedang Hueningkai menari , secara tidak sengaja kasut yang dipakainya tertanggal daripada kakinya kerana kasutnya dipakai tidak begitu kemas malah hanya menyarungkannya dan memijak dibahagian belakang kasutnya. Kemudian Hueningkai mula menyarung kasut itu kembali dan menyambung tariannya. Beomgyu pula sibuk merakam aksi-aksi mereka didalam bilik itu.
Soobin mula menggenyeh kedua-dua belah matanya. Lalu dia mula bangkit daripada tempat yang didudukinya. Dia mula menghampiri tingkap bilik latihan itu. Berdirinya dia dihapan tingkap itu, dia mula mengintai disebalik tingkap itu.
'Takde orang' bisik hatinya. Lalu tingkap itu ditutup kemas. Sebaik sahaja tingkap itu ditutup,matanya mula tertumpu kearah pintu bilik latihan tarian itu. Dia mula menghampiri pintu itu secara perlahan-lahan. Sebaik sahaja dia berdiri dihadapan pintu itu, dia perlahan-lahan membuka pintu itu. Sebaik sahaja pintu itu dibuka, maka matanya tertumpu kepada sebuah lif yang selaras dengan pintu bilik itu. Soobin menoleh kearah belakang lalu menoleh kembali kearah lif tersebut. Secara tiba-tiba lif itu terbuka sendiri walaupun tiada sesiapa yang berdiri dihadapan lif itu dan hanya Soobin sahaja disitu. Soobin mula hairan dengan keadaan lif tersebut. Perasaan ingin tahu itu mula membuak-buak didalam kepalanya. Lalu Soobin mengambil keputusan untuk menghampiri lif tersebut. Selangkah Soobin melangkah, lif itu mula tertutup sendiri. Makin hairan Soobin dibuatnya. Tiba-tiba lampu dilif itu mula menyala. Soobin cuba menghampiri dan...
Lampu itu mula bekedip-kedip. Soobin mula berlari mendapatkan pintu bilik itu kembali dan segera memasuki bilik itu. Pintu bilik itu ditutup kemas. Sebaik sahaja dia memasuki bilik itu, kelihatan lampu bilik itu turut berkedip-kedip. Mereka semua mula hairan.
"Yah! Kenapa ni?!"soal Yeonjun hairan . Begitu juga yang lain. Mereka mula berjalan kekanan kekiri seperti orang gila. Jam mula bergerak secara aneh. Disitu, mereka dapat melihat sebuah kejadian aneh yang mana kegelapan pada kedipan lampu itu ialah seiring dengan kegelapan diri mereka. Mereka mula cemas. Kelihatan Yeonjun ditumbuhi tanduk dikepala. Soobin ditumbuhi telinga seperti 'elf' . Taehyun pula berubah corak matanya menjadi lebih garang. Hueningkai ditumbuhi sayap dan Beomgyu ditumbuhi sesuatu yang seperti ekor dibelakang badannya. Tiba-tiba ditingkap-tingkap bilik itu mula terukir dengan kata-kata.
"Remember my name"
"I can't breathe"
"I need to get out"
"Don't go up to the stairs"Melihatkan keadaan sekeliling itu, Soobin mula berlari kearah pintu bilik itu dan mula melihat kearah tingkap yang disediakan dipintu itu. Lif yang berhadapan dengan bilik itu dipandang. Lalu pintu itu dibuka oleh Soobin. Matanya masih tertumpu kearah lif tersebut. Tangannya dihalakan kearah lif itu juga. Tiba-tiba Soobin ditarik keluar daripada bilik itu. Angin pada waktu itu amat kencang hingga menjatuhkan sebotol air mineral yang tidak ditutup daripada sebuah meja.
Soobin?
Hilang..
YOU ARE READING
[COMPLETE✔]ETERNALLY •A TXT fanfiction•based on official MV•
Fanfiction"Etenally" perkataan didalam bahasa Inggeris yang bermaksud "untuk selama-lamanya". Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan 5 orang remaja yang ingin mencari sebuah kebahagian buat selama-lamanya kerana setelah sekian lama mereka merana. Dapatkah...