별의노래
(Lagu Hebat)_____________________
"Should I look for the
path to look for the eternity?"
_____________________Choi Soo Bin / 죄수빈
Soobin mula melalui koridor itu. Namun koridor itu kelihatan agak pelik. Semakin lama semakin jauh dirinya dengan pintu bilik itu. Dia menoleh kearah pintu itu. Dan akhirnya..Dia tiba disuatu tempat yang tidak dikenalinya. Kepalanya agak pening akibat pertukaran kawasan. Soobin sedang duduk disebuah kawasan yang sepertinya pernah dilalui ketika usianya kecil. Kawasan itu amatlah menghairankan dirinya. Dia mula berjalan sekitar kawasan itu sambil menoleh kearah kiri dan kanan. Orang-orang disitu langsung tidak dikenalinya.
Dan akhirnya..
Dia berhenti disuatu tempat. Kawasan itu berumput. Dikakinya pula terdapat sebuah dadu, dan dua helai kertas yang kelihatan seperti sebuah petunjuk bagi sebuah teka-teki. Dia mula merenung kearah dadu tersebut. Lalu dadu itu mengeluarkan sebuah gelombang . Dia mula melutut dan menyentuh dadu itu. Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berlari sambil memegang sebatang kon aiskrim. Kanak-kanak lelaki itu berlari menuju kearah Soobin. Kanak-kanak itu memakai hoodie berwarna biru dan berseluar jean. Sedang kanak-kanak itu berlari, tiba-tiba dia terlanggar Soobin dan menyebabkan aiskrimnya terjatuh diatas rumput. Soobin menoleh kearah kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak itu turut berbuat sedemikian. Soobin mula bangkit daripada duduknya. Dia mula merenung kearah kanak-kanak tersebut.
'Kenapa aku macam pernah lihat dia?' Desis hati Soobin. Wajah kanak-kanak itu ditatap lama.
'Dia..seperti..H-hueningkai!'desis hati Soobin lagi. Dia mula meneliti budak lelaki tersebut.
Matanya mula tertumpu dengan cara pemakaian kasut kanak-kanak tersebut. Matanya mula terbeliak.
'A-adakah...dia..Hueningkai ketika kecil?'Soobin menyoal dirinya sendiri. Lalu kanak-kanak itu meninggalkan Soobin bersendirian disitu. Soobin agak terkaku. Dia masih bingung dengan teka-teki ini.
Dia mula melutut kembali.
Air matanya mula mengalir membasahi pipinya."Please stop..this recurring nightmare every night..your hand that just out of reach..Now tell me.."
Tiba-tiba sahaja datang sebuah cahaya putih daripada sebuah kegelapan kawasan. Makin lama makin hampir cahaya itu. Cahaya itu akhirnya memunculkan seorang wanita yang berpakaian putih. Wanita itu mula menghampiri Soobin dan memeluk Soobin.
"The name lingering on my lips..the meaning of this sad dream..my heart deep in memories maze..save me..eternal dream, the deepest abyss"
Soobin amat takut dengan mimpinya. Dia begitu takut akan nama yang bermain dibibirnya akan menjadi sebuah mimpi buruknya. 😢
"Kalian semua, jangan tinggalkan aku.."rintih Soobin.
TBC..
🐻: Attention to all readers please turn on Eternally by TXT and please make sure it repeat . Thanks!
YOU ARE READING
[COMPLETE✔]ETERNALLY •A TXT fanfiction•based on official MV•
Fanfiction"Etenally" perkataan didalam bahasa Inggeris yang bermaksud "untuk selama-lamanya". Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan 5 orang remaja yang ingin mencari sebuah kebahagian buat selama-lamanya kerana setelah sekian lama mereka merana. Dapatkah...