영원의소녀
(Gadis Keabadian)______________________
"Guys, now we found the eternity that we want for a long time"
______________________
Hueningkai / 휴닝카이
Ngenggggg!!! Kringgg!!!! Ngenggg!
"Yah! Yeonjun Hyeong! Apa yang sedang berlaku?"soal Hueningkai.
"Tak tahu!"jawab Yeonjun dengan nada yang agak risau. Mereka mula berlari ketengah-tengah kawasan bilik tarian itu.
"Yahh! Apa dah jadi ni?!!" Jerit Yeonjun. Mereka berempat mula mendapatkan Yeonjun.
"Yahh! Terkejut aku!"kata Taehyun.
Hueningkai mula memandang sekelilingnya.
'Apa yang sedang berlaku ni?'soal Hueningkai didalam hati. Kemudian dia terpandang pintu bilik itu. Pintu bilik itu terbuka luas sehingga dia dapat melihat koridor dan lif.
Suasana dikawasan itu amatlah bingit dek kerana bunyi bising siren dan loceng kebakaran berbunyi. Hueningkai. Masih lagi memerhati lif itu. Sedang dia memerhati lif itu, tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang berwarna putih berada di lif tersebut.
'Eh..apa tu?'bisik hati Hueningkai. Dia segera berlari ke pintu bilik itu. Lif yang berada dihadapannya ditenung lama.
'Nak pergi ke tak nak? Nak ke tak nak?'fikir Hueningkai lagi. Dan akhirnya jawapannya ialah untuk pergi kearah lif tersebut.
Dia mula berlari secepat mungkin. Tiba-tiba..
Kawasan itu menjadi gelap. Hueningkai mula berhenti berlari.
'Yah, waeyo? Apa pulak ni?'soal Hueningkai kehairanan. Dia mula melihat sekelilingnya.
'Kenapa gelap?'bisik hati Hueningkai lagi.
Tiba-tiba ada satu cahaya yang datang menyinari. Mata Hueningkai agak silau jadi dia menghalang cahaya itu dengan melindungi matanya menggunakan lengannya.
'Cahaya apa tu? Patutkah aju pergi? Hurm..pergi jelah'bisik hati Hueningkai. Lalu dia mula berlari mendapatkan cahaya itu memandangkan dia duduk dalam sebuah tempat yang agak gelap. Akhirnya dia penat berlari dan dia berhenti berlari. Dia menungkat tangannya di lututnya untuk menahan lenguh.
"Huh, huh,"
Terngucap-ngucap Hueningkai dibuatnya.
Tiba-tiba datang sebuah laluan , tangga, dan pintu secara mengejut. Pada mulanya,pintu itu tiada disitu. Hueningkai amat terkejut dengan kemunculan laluan,tangga dan pintu itu.
"Ehh..pintu apa ni? Aku rase tadi takde.."kata Hueningkai seorang diri.
"Hurm..aku nak cuba masuk lah pintu tu.."kata Hueningkai lagi. Tanpa melengahkan masa, Hueningkai mula melangkah kearah tangga itu. Satu persatu anak tangga itu dinaikinya.
Sehinggalah dia tiba betul-betul dihadapan pintu itu.Tanpa ragu-ragu, pintu besar itu dibukanya.
"Hana, deul sed!"kata Hueningkai. Lalu pintu itu terbuka. Sebaik sahaja pintu itu dibuka, angin lembut mula menerpa wajah tampan, putih, mulus Hueningkai. Rambut Ikal Hueningkai berterbangan dek kerana tiupan angin itu. Matanya sengaja dilindungi menggunakan lengannya kerana cahaya itu amat silau dan menyakitkan matanya.
Dia melangkah keluar daripada pintu itu.
"Tempat apa ni? Cantik nya" kata Hueningkai tanpa sengaja.
Tiba-tiba matanya mula tertumpu kepada sebuah pintu putih yang besar. Pintu itu kemudiannya terbuka. Hueningkai masih lagi memerhati.
"My heart sank into a maze of memories
Save me
The deepest part of the eternal dream
Deep sleep blue secret"Sebaik sahaja pintu itu dibuka, maka terpampang lah wajah-wajah hyeongnya. Hueningkai tidak menyangkakan itu. Perasaannya mulai bertukar teruja sebaik sahaja melihat wajah mereka berempat
"Don't go breaking my heart
Don't go
Fragmented world
In the Forggotten Diary of the Two
Take me with that secret""Hyeong!"panggil Hueningkai.
"Iya"sahut Yeonjun.
"Kita dekat mana?"soal Hueningkai.
"Dekat tempat yang penuh dengan kebahagiaan dan kebahagiaan ini milik kita buat selama-lamanya!"beritahu Yeonjun.
Jarak pintu yang diduduki Hueningkai dan Hyeong-hyeongnya amatlah jauh. Hueningkai bertanya lagi.
"Hyeong! Kenapa saya disini, dan hyeong disana?"soal Hueningkai.
"Kalau begitu, datanglah kesini" pelawa Yeonjun.
"Nae" balas Hueningkai. Maka Hueningkai mula melangkah kearah Mereka berempat.
'Hyeong, saya datang!'bisik hati Hueningkai dan , satu, dua..tiga langkah..
"I want to end this world"
Tbc..
🐻:hohoho baidewehh sec ni bnyak part percakapan hohoh enjoy nau gaiss.
P/s: jgn lupa vote and comment! 사랑해 SL☄💕
YOU ARE READING
[COMPLETE✔]ETERNALLY •A TXT fanfiction•based on official MV•
Fanfiction"Etenally" perkataan didalam bahasa Inggeris yang bermaksud "untuk selama-lamanya". Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan 5 orang remaja yang ingin mencari sebuah kebahagian buat selama-lamanya kerana setelah sekian lama mereka merana. Dapatkah...