Section 3

65 13 1
                                    

약속
(Pelantikan)

___________________

"What will happen in the future?"
___________________

Choi Yeonjun / 죄연준

Keadaan Soobin kembali seperti tadi. Kini dia berada dibilik latihan itu kembali. Namun situasinya tidak berubah, lampu berkelip-kelip dan mereka berada didalam ketakutan.

Yeonjun amat hairan dengan keadaan sekelilingnya. Dia memusingkan badannya melihat sekelilingnya. Dia melihat setiap kali lampu itu berkelip, maka dia akan berada ditempat yang lain.

"Hei apa tu?"soal Yeonjun ingin mengetahui. Sedang lampu berkelip-kelip, secara tiba-tibanya dia merasakan dia berada ditempat lain.

"Ehh aku dekat mana ni?"soal Yeonjun kehairanan. Dia masih lagi meneliti tempat itu. Tempat itu amatlah gelap,hanya satu kawasan sahaja yang diterangi dengan cahaya lampu dan disitulah tempat Yeonjun berdiri. Dia melihat sekeliling lagi. Kosong.

"Mana mereka? Mana chingu saya? Saya dekat mana?"soal Yeonjun bersendirian. Soalannya langsung tidak dijawab oleh sesiapa. Malah hanya sunyi sepi sahaja kawasan itu.

Tiba-tiba datang satu cahaya lain daripada satu kawasan lain. Yeonjun terpana dengan cahaya itu.

"Eh, cahaya apa tu?"

Dia mula menjejaki cahaya itu dari mana. Sehinggalah dia tiba disuatu gerbang. Dia fikir, dia dapat keluar daripada tempat gelap itu dengan melalui gerbang itu, jadi dia mula melalui gerbang itu.

"Hana, Deul, Sed!"ucap Yeonjun. Maka dia pun tibalah disuatu tempat. Sangkaannya tadi meleset apabila melihatkan kawasan itu. Terbuntang mata Yeonjun melihat kawasan itu.Namun dia masih mahu meneroka kawasan itu. Yeonjun mula menaiki sebuah tempat yang agak tinggi menggunakan tangga yang sudah hampir runtuh itu. 

"Tempat apa ni?"soal Yeonjun bersendirian. Dia mula meneliti kawasan itu. Hairan dia dibuatnya. Kawasan itu, amatlah buruk, ia juga kelihatan seperti dihempap oleh sesuatu. Bangunan-bangun disitu juga habis runtuh.

"Apa semua ni? Kenapa.." kata-kata Yeonjun mati sebaik sahaja dia melihat sesuatu. Dia mula menghampiri kawasan itu dan hanya memerhati dari atas.

"Siapa tu?"soal Yeonjun lagi sebaik sahaja dia melihat ada seorang lelaki dihempap oleh serpihan bangunan yang hancur itu. Oleh kerana kawasan itu gelap, jadi dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas.

Tidak lama kemudian, ada petir menyambar. Cahaya petir itu, amatlah terang sehinggakan dia dapat melihat wajah lelaki tersebut.

Yeonjun berasa amat terkejut sebaik sahaja melihat wajah lelaki itu. Matanya terbuntang.

'Itu...kenapa..wajah dia mirip aku? Adakah itu aku?'soal Yeonjun kepada dirinya sendiri.

Dia mula menoleh kearah tempat yang dia datang. Kawasan itu amat gelap dan hanya ada sepasang mata yang besar dan bersinar sedang memerhatinya. Mata itu berwarna biru bagi sebelah kanan dan berwarna biru disebelah kiri. Mata itu kelihatan seperti mata seekor seekor kucing.

Yeonjun kehairanan memandang sepasang mata itu.

"Apa tu?"

Tbc..

[COMPLETE✔]ETERNALLY •A TXT fanfiction•based on official MV•Where stories live. Discover now