EPISODE 2 - MISI: ALICIA

792 28 4
                                    

TAHUN 2002

BANGUNAN PERDANA

FADE IN

Satu bangunan yang tersergam gah dan indah, pusat pentadbiran bagi bandar Cyberaya. Tempat dimana pengasas Cyberaya, Dato' Othman merancang segala sistem pentadbiran secara sistematik.

Dato' Othman menyusun kertas kerjanya yang berselerak. Kemudian beliau bangun dari kerusi kulit yang ditempah khas dan berjalan ke arah bilik mesyuarat Virtual yang berada di sebelah kiri pejabatnya.

Kebiasaannya, bilik ini digunakan untuk bertemu dengan barisan peneraju, tetapi disebabkan hal yang ingin dibincangkan oleh Ketua Teras kedengaran agak penting, bilik ini diberi pengecualian hari ini.

Sesampainya di bilik tersebut, dapat dilihat sebuah alat pemancar hologram terletak di tengah-tengah meja mesyuarat tersebut bertanggungjawab memancarkan imej ketua-ketua Teras.

Ejen Zain, ketua Teras Neuro yang bijaksana lagi tangkas membaca gerakan lawan.

Ejen Dayang, ketua Teras Tekno yang mahir hal teknologi dan sistem pentadbiran Cyberaya melalui mainframe.

Ejen Ganz, ketua Teras Kombat yang paling hebat dalam pertempuran jarak dekat.

Ejen Djiin, ketua Teras Inviso yang mahir menyelinap dan sangat sukar dijangka.

Mereka semua beroperasi dilokasi yang berbeza, bagi mengelakkan sistem pertahanan Cyberaya lumpuh serta merta sekiranya serangan mengejut berlaku. Hanya perhubungan jarak jauh digunakan bagi urusan mesyuarat dengan ejen senior MATA mahupun perbincangan rahsia antara ketua teras yang lain.

Ejen Zain mula membentangkan ideanya, setelah mendapat persetujuan oleh Ketua Teras yang lain, iaitu cuba mewujudkan satu jawatan dibawah Ketua Teras yang khusus untuk merancang dan mengagihkan misi untuk para ejen-ejen MATA.

Dato' Othman yang dari tadi sibuk menumpukan perhatiannya pada kertas kerjanya itu mula mengalihkan perhatiannya. Dia memandang Ejen Zain dengan penuh rasa ingin tahu.

DATO' OTHMAN

" Jadi siapa yang kamu cadangkan? "

Ejen Zain mencari sesuatu di dalam komputernya sebelum menghantarkan fail tersebut kepada Dato' Othman yang kemudiannya dipancarkan juga dalam bentuk hologram.

EJEN ZAIN

" Ramachandran. Atau secara rigkasnya dipanggil sebagai Rama. Saya rasa orang yang paling layak untuk monitor agensi MATA ni sudah tentunya Menteri Pertahanan Cyberaya sendiri. Logik bukan? "

Dato' Othman mengurut janggutnya sekejap, memikirkan cadangan yang diberikan oleh orang kanan yang amat beliau percayai dengan masak-masak. Tapi masih terdapat sedikit rasa ragu-ragu dalam fikirannya.

DATO' OTHMAN

" Kamu rasa dia seorang yang boleh dipercayai dengan tugas seberat itu? "

EJEN DJIIN

" Baik kau fikir betul-betul Zain, bagaimana kalau dia ada agenda dia sendiri? "

EJEN ZAIN

" Jangan risau Djiin, aku takkan teragak-agak untuk tamatkan riwayat sesiapa saja yang cuba mengkhianati MATA dari dalam. Walaupun orang tu kawan baik aku sendiri. "

Ejen Djiin terdiam, hanya memandang tajam Ejen Zain. Intimidating betul ayat Zain tadi, fikirnya dalam hati.

Ejen Dayang kemudiannya pula menyerahkan intel yang diterimanya semalam.

Ejen Ali Season 3Where stories live. Discover now