EPISODE 5 - MISI : BEBAS

378 18 10
                                    

[ FLASHBACK 3 WEEKS BACK ]

HUTAN DI UTARA CYBERAYA - PAGI ( KHAMIS )

FADE IN

Rizwan memeluk tubuhnya. Kelihatan di sebelahnya terdapat Lucia dan Professor Akram tak jauh dibelakang.

Di depannya pula, terdapat Dos yang sedang menaip sesuatu pada komputer riba yang diletakkan di atas sebuah meja kayu. Dia mengeluarkan pendrive yang digunakan tempoh hari, mencucuknya ke komputer riba yang sedang digunakan.

Professor Akram menghirup kopi yang baru dibancuh Dos sebentar tadi. Lucia pula masih berdiri mencengkak pinggangnya, memerhatikan tingkah laku Dos.

Rizwan? Dia seperti masih memikirkan sesuatu yang menggusarkan mindanya.

Lucia yang melihat Rizwan dalam keadaan serba tak kena itu menyapa bahunya, lalu menanyakan,

LUCIA

" Kau dah kenapa ni Rizwan? Gelisah semacam je aku tengok. "

Soal kawan sepasukannya dulu itu. Setelah bekerjasama hampir 5 tahun bersama, Lucia kenal sangat air muka Rizwan itu. Pasti ada perasaan ketidakpastian dalam hatinya. Namun, Rizwan masih mendiamkan diri.

LUCIA

" Kau tak yakin apa yang kau buat ni betul? "

Rizwan masih mendiamkan dirinya lagi, tapi dapat dilihat anak matanya mula memandang ke arah sebelah kiri, di mana Lucia sedang berdiri.

Lucia hanya tersenyum hambar.

LUCIA

" Untuk seseorang berasa keliru dengan pilihan sendiri itu perkara biasa. Tapi lainlah kalau ramai orang keliru dengan pilihan mereka sendiri, itu baru luar biasa. "

Lucia memandang sejenak ke arah cawan kopi Professor Akram. Seorang yang dulunya merupakan orang penting sejak penubuhan MATA sendiri namun dibuang kerana melakukan sesuatu yang luar dari kehendaknya. Lucia sambung memandang Rizwan kembali.

" Lagipun, tak ada berpatah balik dah sekarang. Sekali kita dah pecah masuk , lebih baik kita habiskan apa yang MATA mulakan. Kalau kawan aku takde hal, aku pun no problem. Okay? "

Ungkap Lucia sambil tersenyum, menenangkan Rizwan yang kelihatan gusar. Rizwan mengangguk dengan perlahan tanda mengiyakan.

Anak matanya kembali memandang Dos, Dos membalas pandangan Rizwan itu. Dia faham apa yang ingin diungkapkan oleh Rizwan.

DOS

" Segala plan dan blueprint penjara tu dah aku copy. Sekarang kita perlukan rancangan yang rapi untuk tembus masuk. "

Dos memusingkan laptopnya ke arah mereka bertiga yang berada dihadapan. Dia menekan butang Enter lalu mengakses maklumat sulit mengenai blueprint lokasi yang ingin dituju mereka.

" Sasaran kita nanti adalah penjara Cyberaya, tapi, ini bukan penjara federal yang biasa yang terletak di berhampiran pelabuhan tu, tapi ini penjara dengan Maximum Security terletak 10 kilometer dari pelabuhan, di tengah-tengah laut, khas untuk menempatkan kumpulan penjenayah paling berbahaya yang pernah wujud dekat Cyberaya ni. "

RIZWAN

" Jadi macam mana kita nak ke sana? Dengan helikopter? "

Dos hanya menggelengkan kepala.

DOS

" Aku pun tak pasti, aku sendiri pun belum pernah ditempatkan di penjara tu. Apa yang pasti, kita kena masuk dengan cara senyap dan keluar dengan cara senyap jugak. Lagipun, memasuki saja radius 5km dari penjara tersebut, adalah mustahil untuk elakkan diri dari dikesan pengawal. "

Ejen Ali Season 3Where stories live. Discover now