EPISODE 1 - MISI: HALUAN

1.5K 54 11
                                    

Nota Pendek :

1. V.O membawa maksud voice over, iaitu percakapan didalam hati watak.

2. 3 tanda bintang membawa maksud perubahan latar tempat tapi masih pada latar masa yang sama. 4 tanda bintang membawa maksud perubahan latar tempat dan latar masa.


SRT CYBERAYA - PETANG 2.10 PM

FADE IN

KRINGGGGGGGGG!!

Loceng sekolah berbunyi. Sesi pembelajaran untuk hari ini telah pun tamat.

ALI

" Cun! Cuti sekolah dah start, boleh aku sambung main game Detektif Jebat sampai dapat highscore lepasni."

Satu buku berkulit keras terbang lalu hinggap tepat di muka Ali.

ALI

" Adoi! "

PUAN MUNAH

" Kamu merepek apa ni Ali?! Kamu ingat kamu dapat keputusan cemerlang sangat ke macam pelajar lain? Jangan buat-buat lupa kamu kena ikuti Program Kelas Tambahan Subjek Sains bagi seluruh Cyberaya! Cikgu nak kamu ada di dataran sekolah sebelum pukul 8.30. Semua pelajar dari seluruh Cyberaya akan berkumpul di sana. Ingat ya pukul 8.30, jangan lambat! "

ALI

" Maaf cikgu, saya terlupa. "

Balas Ali sambil menggosok mukanya yang masih berbekas akibat lemparan buku dengan kelajuan cahaya tadi. Puan Munah masih memberikan renungan tajam kepadanya.

PUAN MUNAH

" Asyik lupa je kamu ni. Kalau cikgu dapat tahu kamu cuba mengelat, cikgu takkan teragak agak untuk gagalkan kamu! "

Ali menggangguk akur. Kelihatan Viktor sedang menunggu Ali di pintu hadapan kelas. Ali memasamkan muka lalu berkata,

ALI

" Eish cuti sekolah pun takkanlah ada kelas jugak. Leceh lah macam ni. Kau lain la Viktor, boleh main Detektif Jebat puas-puas cuti ni. "

Viktor menggelengkan kepalanya kemudian membalas,

VIKTOR

" Itulah kau, orang lain belajar betul-betul baru rileks masa cuti ma, ini kau terbalik. Nanti sebelum Peperiksaan Awam Tahun 6, kita study sama-sama okay? Jomlah aku cau dulu ya. Jumpa nanti lepas seminggu. Nanti kau tengok aku punya highscore jauh potong kau ya. "

Ali mencebik mulutnya,

ALI

" Errr okay Viktor. Jumpa lagi seminggu. "

Ali memanggil comot yang sedang tidur dihadapan pagar sekolah lalu menaiki skuter untuk pulang ke rumahnya. Comot serta-merta memanjat bag sekolah Ali dan mengikutinya pulang ke rumah.

****

STADIUM PERDANA CYBERAYA - PETANG 5.00 PM

FADE IN

PENGULAS PERLAWANAN A

" Perlawanan ragbi di antara dua powerhouse iaitu Cyberaya Rugby Team menentang Azure City Rugby Team sedang rancak berlangsung. Ribuan penonton membanjiri stadium ini, termasuk satu individu yang begitu terkenal di bandar ini, Menteri Pertahanan Cyberaya, Dato' Rama dan juga keluarganya. Sepertimana yang diketahui ramai, Dato' Rama merupakan peminat tegar pasukan ragbi kita, dan kita berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran Dato' dan seisi keluarga. "

Ejen Ali Season 3Where stories live. Discover now