chapter 1

28 2 0
                                    

Matahari di bumi Korea kian menerbit. Kini masa untuk penduduk di kota Seoul bangun dari tidur untuk bekerja . Nampak seperti hari hari biasa , semuanya berjalan seperti lancar , tenang dan aman suasana .

KRING KRING KRING KRING

Perlahan mata ku dibuka seraya tangan cuba menggapai jam loceng . Jam menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi.

"Nasib baik jam ni bunyi , kalau tak naya lagi terlepas training." - Yeji

Yeji terus bangun dan membuka langsir tingkap biliknya , ingin mendapatkan cahaya matahari untuk segarkan matanya yang masih mengantuk . Lantas dia berjalan pergi ke katil sebelah . Niat nak kejutkan bedmate dunia akhirat dia .

"Lia , wake up . Dah pagi ni cepat siap !" - Yeji

Berkali kali juga Yeji sabar kejutkan Lia yang tidur tak ingat dunia tu.

"Eh kau ni tahun bila nak bangun hah ?? Letih dah aku kejutkan kau ni ." -Yeji

Namun Lia masih tak bagi sebarang respon . Yeji memerhati seluruh tubuh rakannya yang lansung tak bergerak walau seinchi . Padahal macam nak runtuh katil Yeji kejutkan dia .

"Lia kau tidur mati ke ape ni , dah dekat 10 kali aku kejut kau . Jangan main main kang lambat masuk training ." - Yeji

Masih tiada respon

"Ha sudah, memang sah dia pengsan , argh apa aku nak buat ni ??!!" -Yeji jadi lagi cemas setelah melihat wajah rakannya yang pucat itu.

Yeji terus berlari keluar dari bilik untuk memberitahu rakan rakannya yang berada di dorm yang lain.

"KORANG !! LIA PENGSAN !!! " - jerit Yeji

"Eh kau biar bethol??" - Yuna bersuara

"Kau nampak muka aku main main ke , jomlah bawak dia pegi hospital !" -Yeji

At hospital

"Yeji , calm down babe ... she will be fine trust me. Kita tunggu sampai doc keluar " - Ryujin

"True tho , by the way aku ngan Yuna nak pegi cafe nih , yalls nak order apa apa tak ."- Chaeryoung

"Its okay , aku tak rasa nak makan lagi, Ryujin kalau nak follow diorang makan just go okay ? Aku tunggu kat sini." - Yeji

"Okay la aku ikut diorang . Kalau kau rasa nak makan apa apa just call me okay ?- Ujar Ryujin sambil mengusap rambut rakannya yang masih risau tentang keadaan Lia .

Mereka pon beredar dari Wad Kecemasan dan berjalan menuju ke cafe yang tak jauh dari ruang menunggu itu .

Yeji akhirnya bangun dari kerusi dan berjalan ke arah tingkap besar hospital itu. Matanya tiba tiba tertumpu pada tempat turunnya pesakit yang menaiki ambulans.
Nampak macam riuh rendah . Orang ramai makin berkerumun untuk lihat apa yang berlaku .

Keadaan bertambah kucar kacir selepas pesakit yang berada di dalam ambulans tadi tiba tiba lari keluar . Suasana dari tenang terus jadi kelam kabut , semua orang turut menjauhkan diri dari pesakit yang hilang kawalan . Mukanya kebiruan .  Ada juga darah yang mula keluar dari hidung dan mulutnya . Yang lagi mencemaskan , pesakit tu mula menerkam salah seorang pegawai kesihatan . Terserlah yang pegawai kesihatan itu digigit oleh pesakit hilang kawalan betul betul di bahagian lehernya . Perkara yang sama berlaku kepada pegawai kesihatan tadi . Dia mula hilang kawalan dan mula menggigit orang awam yang masih berada di situ .

"Allahuakbar ! Apa yang jadi nih ???!! " - Yeji menjerit setelah melihat kejadian yang cukup aneh di depan matanya . Pelbagai perkara bermain di fikirannya , apa yang terjadi ? Kenapa tiba tiba jadi kucar kacir ?

Tiba tiba tangan mulus nya dipegang kuat oleh seseorang . Dia terjerit kecil lalu dibawa oleh jejaka yang berpakaian serba hitam . Kejadian tadi cukup buat dia terkejut , sekarang dibawa lari pula oleh makhluk Tuhan mana tah .

"Eh kau ni siapa ??? dah kenapa tiba tiba tarik aku lari ??? Gila eh ??? - tanya Yeji sesudah mereka masuk ke dalam lift . Sempat dia mengerling ke arah nombor lift yang terpapar . TINGKAT 6

"Eh pekak ke apa dia ni , dah la tarik orang sesuka hati ! Apa masalah kau ni ha ? " - Yeji

"Kau nampakkan apa yang jadi kat luar tadi ?" -jejaka tadi

"Yes i saw everything , so what ? Sekarang ni aku tanya kau apahal kau bawak aku masuk dalam lift ? Aku tak kenal kau pon " - Yeji

Ting ! Sudah sampai ke tingkat 6

Jejaka tadi masih memegang tangan Yeji yang masih sakit dek ditarik kuat tadi . Yeji dah tak tahan , lagi orang marah lagi dia buat . Dah la tanya tak jawab dari tadi . Dia lepaskan pegangan tangan jejaka tadi dengan kasar . Mata nya terus melirik ke arah semua nurse nurse yang berlari lintang pukang ( takdela lintang pukang sngt ) . Apa yang terjadi sebenarnya ni . Tanya mamat tah dari pelusuk mana ni bukan reti nak jawab.

"Kat sini selamat sikit . Kau stay sini aku nak pergi check tempat lain ."- Jejaka itu bersuara buat kali yang kedua. Payah bethol nak bukak mulut bercakap.

"Eh tunggu ! Boleh tak kau bagitahu aku apa yang jadi sebenarnya ! Kenapa hospital ni tiba ii jadi huru hara ha ?? And kenapa kau heret aku ke tingkat 6 ni ???" - bertalu talu soalan keluar dari mulut Yeji yang masih terpinga pinga .

"Sekarang ni negara kita dah tak selamat. Even dalam hospital ni. Tujuan aku heret kau ke sini sebab nak lari daripada diorang tu semua ! Aduh muka dah cantik , otak tu proses bagi elok sikit . Kau sendiri nampak kan pesakit n pegawai kesihatan tadi mula gigit orang awam ." - terang jejaka tadi panjang . Maklumlah dari tadi diam tak besuara.

Eh eh sedap sedap kau mengutuk aku eh ? Memang otak aku ni slow sikit berfungsi .

"Apahal diorang main gigit gigit ???" - Yeji

"Kau pernah tengok movie Train To Busan ??" -tanya jejaka itu

"Pernah"

"Dalam movie tu ada zombie kan ? "

"Ada"

"Ha yang kau nampak tadi tu, zombie la"

HAAAAA ZOMBIEEEE ??????!!!!!

"Kau buat lawak apa nih ha ?? HAHAHA tak kelakar ok !" - Yeji

Sekali lagi tangan Yeji dipegang kuat . Jejaka tu nak heret Yeji kemana pula kalini ?

"Stop ittt !!" - Yeji

"Kau tengok tu , tak percaya lagi yang negara kita dah kena attack dengan zombie ??" - Jejaka

"Oh My God ..." - Mata Yeji membulat besar tatkala melihat suasana di luar hosp . Sebijik macam dalam movie ! Ada yang masih berlari tak cukup tanah kerana dikejar , kereta di carpark terbakar , "zombie" yang tadinya tak percaya ditatap lama lama . Bethol ka apa yang dia lihat nih ? Memang ZOMBIE ! Seram wajah mereka masih boleh dilihat .

"Kalau aku tak bawak kau lari dari situ , kau dah kena baham n jadi zombie dah aku rasa ." -jejaka

Yeji masih terkedu . Masih berfikir apa ini semua realiti atau imaginasi . Tapi hakikatnya semua itu memang berlaku . Bumi Seoul yang awalnya tenang , tiba tiba bertukar 360° . Sungguh ngeri .

Tbc ....



Run ! Where stories live. Discover now