"A- aku takut ...kenapa tiba tiba semua ni berlaku ? - Yeji perlahan bersuara , dia masih terkejut .
Jejaka tadi membawa Yeji ke sebuah bilik yang agak selamat untuk mereka sembunyi . Hospital itu memang sudah kacau bilau . Doktor , jururawat , cleaner entah hilang ke mana . Sudah jadi zombie ? Wallahualam.
"Sit here , dont worry zombie tak pandai naik tangga or lift ..." - Ujar jejaka itu sambil menanggalkan mask hitam yang dipakainya tadi.
"Nama aku Minho . Lee Minho ."- Jejaka
"Sekarang bukan masa untuk berkenalan laaaa ! Huh dah la paksa aku ikut kau sampai ke sini ! Kenapa kau nak selamatkan aku ha ? Aku tak kenal kau and kau tak kenal aku !" - Marah Yeji panjang . Dia masih tak sedar yang jejaka itu sudah cukup baik sebab selamatkan dia dari diserang zombie . Masa diorang berdua dekat Wad Kecemasan , zombie dah mula masuk ikut pintu depan .
"Semua orang dah lari selamatkan diri , aku rasa tinggal kita and pesakit pesakit yang tak sedarkan diri je ada dalam hospital ni . Kebetulan aku nampak kau boleh termenung luar tingkap , nasib kita sempat lari . Orang dah tolong ni bersyukur la sikit . " - Minho
Pesakit yang tak sedarkan diri .
Mendengar ayat itu , Yeji jadi tak keruan memikirkan keadaan Lia yang masih di dalam wad kecemasan . Dia masih selamatkah dari zombie . Ryujin , Yuna dan Chaeryong ...apa dah jadi dengan mereka semua ? Yeji sudah tak senang duduk memikirkan mereka yang tah berada di mana. Luluh hatinya , perasaan takut kehilangan rakan rakannya kian membuak dalam hati.
"Kawan kawan aku !! Macam mana dengan diorang ?? Diorang selamat ke dari zombie ??!! Aku nak pergi cari diorang !" Yeji memberitahu Minho yang sedang mencari kalau kalau ada barang yang boleh diorang guna untuk defend dari zombie .
"Jangan . Kita tak tahu berapa banyak zombie dalam hospital ni . Sini pon belum tentu selamat . Kita stay dalam bilik ni dulu, bagi keadaan tenang then baru cari diorang ." - Minho tenang bersuara . Terserlah perilakunya yang berani dan tenang dalam masa yang sama .
"Ahhh kisah apa aku ! Aku nak cari kawan kawan aku laa . Aku tak sanggup nak biar diorang jadi zombie . Aku tetap nak cari-
Belum sempat dia melangkah kaki keluar dari bilik , mereka ternampak kelibat zombie berjalan dengan keadaan posture badan yang menakutkan , tangan kanan kudung , muka diselubungi dengan darah .
Nasib baik , zombie tu tak perasaan kewujudan mereka di dalam bilik ."Shhhhhhh!!" -Minho menutup mulut Yeji dengan tangannya . Tak mahu sedarkan zombie tadi . Suara Yeji boleh tahan kuat .
Minho membawa Yeji bersembunyi di sebalik katil yang berada dalam bilik . Untuk keselamatan , mana tahu zombie tadi datang balik . Kalini Yeji menurut sahaja apa yang disuruh oleh Minho . Dia sudah pasrah dengan keadaan sekarang dalam masa yang sama masih berfikir tentang kawan kawannya .
"Kau cakap zombie tak akan naik tingkat atas ! Habis tadi tu apa ?" - Marah Yeji sambil memandang tajam muka kacak Minho .
"Slow sikit suara kau tu bongok ! Nanti zombie tu dengar . Mana aku tahu zombie boleh sampai sini . Sekarang ni kita kena cari jalan nak keluar dari hospital ni ." - Minho membalas dengan jelingan tajam . Asyik kena marah je dari tadi .
"Nak cari jalan keluar macam mana ?? Hospital ni dah penuh dengan mayat hidup tu . Kita takkan boleh keluar dari siniii laa..." -Mata Yeji mula berair . Dia takut yang dunianya akan berakhir di sini .
"Relax boleh tak . Jangan takut , jangan nangis . Aku tak pandai pujuk perempuan la"- Minho
Yeji tak endahkan percakapan lelaki itu . Dia masih dalam dunia kerisauan . Air mata mula turun macam air terjun . Ya dia memang betul betul takut .
"Kau bagitahu nama kau dulu , lepastu kita keluar dari sini perlahan lahan . Aku protect kau , jangan risau . Kalau ada zombie nak attack, kita guna benda tu untuk lawan diorang ." - dia menunjukkan jarinya ke arah payung dan batang penyapu .
Agak lama dia membiarkan Minho bercakap seorang diri . Dari sudut hatinya juga timbul rasa sedikit yakin yang lelaki tu memang boleh dipercayai .
"Just call me Yeji .......kau betul betul nak tolong aku ? Kalau betul kau nak tolong aku , kita pergi cari kawan kawan aku dulu boleh ? Aku takkan tinggalkan hospital ni tanpa diorang ...." -Yeji bersuara sambil mengesat air matanya .
"Okay Yeji , kita akan cari kawan kawan kau sampai jumpa then kita keluar dari hospital ni . " - Minho bersuara tenang .
Yeji mengangguk. Hatinya kian tenang . Sekurang kurangnya dia berasa sedikit selamat bersama dengan Minho . Minho juga sudah berjanji untuk protect dirinya.
Mereka perlahan lahan berjalan keluar dari bilik . Mata mereka meliar liar ke sekeliling. Nampaknya kelibat zombie sudah tak kelihatan . Mungkin zombie tadi sudah pergi jauh .
"Line clear" - Minho memberi isyarat kepada Yeji .
Yeji mengikut Minho yang sudah mula berjalan keluar dari bilik . Tangannya mencengkam kuat sekaki payung dan bersedia untuk pertahankan diri kalau diserang zombie .
Tiba tiba Yeji perasaan ada sesuatu yang mengekori mereka dari belakang . Dia menolehkan kepalanya . Memang sah ! Zombie tadi menuju ke arah mereka berdua .
"ARGHHHHHHHHHHHH ZOMBIE !!!!!" -Yeji menjerit kuat .
Minho yang tadinya fokus untuk cari jalan keluar terkejut dengan aksi Yeji menjerit sampai nak terkeluar anak tekak. Dengan pantas dia memegang tangan Yeji dan berlari sekuatnya menuju ke lift yang tak jauh dari situ . Zombie tadi turut mengejar mereka dengan rakusnya . Aksi kejar mengejar terhenti apabila mereka sempat masuk ke dalam lift . Nasib menyebelahi mereka lagi kalini , kalau tidak sudah bertukar mayat hidup la . Minho dan Yeji tercungap cungap menarik nafas . Sungguh drastik kejadian tadi .
"Allahuakbar ...n-nasib s-sempat lari ..." -ujar Yeji dengan suaranya yang tersekat sekat dek penat berlari . Dia memandang Minho yang sedang mengelap peluhnya di dahi . Cap turut dibuka menampakkan brown hairnya . Yeji menatap keseluruhan wajah Minho yang tak didedahkan sepenuhnya dari awal pertemuan mereka .
"It just a beginning ...bila pintu lift ni terbukak , kau akan nampak lagi ramai . So be careful . Kita terus lari pergi wad kecemasan. Kalau diorang nampak kita , lari je jangan menjerit dulu ." - jelas Minho dengan nada yang masih tenang sambil menyarungkan cap di kepalanya semula.
Yeji masih memandang Minho . Apa yang dipandang pon tak tahu la . Mungkin terpaku melihat wajah lelaki kacak bernama Lee Minho itu .
"Hoi aku tengah cakap dengan kau ni . Kau pandang aku macam tu apahal ? " -sergah Minho . Sebenarnya dia sedar yang gadis itu dari tadi memandang wajahnya .
"Okay aku follow je kau ...tapi kau protect la aku dari zombie zombie tu semua" - Yeji akhirnya bersuara .
"Ye la ." - Minho
Eh eh jantan ni . Tadi bukan main nak tolong aku . Lepas kena kejar terus tak semangat ? Hurm tak boleh harap bethol !
For all reader , HI dan selamat berkenalan !
Ni first story yang saya tulis , jadi confem confem akan ada kekurangan hehe . You guys feel free to vote okay ? Support sikit first story author hehe <3 Borahaeeeee
YOU ARE READING
Run !
AdventureLari untuk terus hidup . Sama seperti dalam filem Train To Busan , kini kota Seoul pula diserang wabak bahaya . Perjalanan sekumpulan remaja untuk selamatkan diri mereka dari diserang zombie . Mampukah mereka bertahan dan selamatkan diri ? Straykid...