BAB 1

102 1 0
                                    

"Dengar semua, esok akan berlangsungnya hari sukan sekolah, jadi yang mana bertugas sebagai tukang tangkap gambar, bersedia dekat padang okay, tangkap gambar peserta, tetamu undangan, guru-guru dan juga peserta pembarisan"

"baik puan !!! "

selesai sahaja mesyuarat bagi kelab photography yang dikendalikan oleh Puan Zaimah, kesemua ahli kelab tersebut bergegas menyusun strategik bagi mengelakkan kelam kabut ketika menjalankan tugas dan aku, Naim, ditugaskan untuk menangkap gambar bagi peserta pembarisan

**********

"weii Naim, pembarisan start pukul 8:30 pagi, snap gambar masa diaorang tengah berarak tau"

"yaa Cik Hadlinda, dah 3 kali kau ulang" aku mengeluh, dah 3 kali si lin ingatkan aku, maklumlah, president kelab photography, everything must be perfect.

aku pun mula bergerak ke rumah sukan unggu, menangkap gambar seperti biasa, dan sesi menangkap gambar berterusan sehingga ke rumah sukan terakhir iaitu rumah merah

ketika aku menangkap gambar pembarisan rumah merah, model lelaki rumah sukan tersebut bersuara terhadap aku

"thanks cutety" ucap jordan

' apa cina ni, ucap terima kasih aku boleh terima, panggil aku cutety... hurmm' bisik hati kecil aku

"ohhh, its okay, memang tugas saya" aku berpura-pura membalas ucapannya

aku segera bergerak ke kantin untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak sekolah bagi petugas hari sukan sekolah.

aktiviti - aktiviti hari sukan sekolah berjalan dengan lancar, aku dan rakan petugas ku lepak di kawasan rehat berhadapan dengan surau sekolah

"Naim, tolong tangkapkan gambar kitaorang" pinta Hanif

"ok.."

aku terus menangkap gambar Hanif dan juga teman wanitanya, Aliycia, seorang perempuan sabah beragama kristian yang mempunyai rupa paras yang mampu menawan hati para lelaki, sejujurnya aku tidak suka menangkap gambar detik - detik manis mereka, sebab ? yaa mesti aku mempunya sebab, aku bukan la lelaki yang biasa, aku lelaki yang tidak mampu mencintai wanita, aku lelaki yang hanya mencintai kaum sejenis ku, erti kata lain, aku ni GAY, yaaa aku gay, aku Homosexual, dari kecil perasaan songsang sudah menikam hatiku

lagi satu sebab aku tidak suka menangkap gambar Hanif dan juga Alycia kerana aku telah menyukai Hanif sejak darjah 4 sehingga sekarang umurku mencecah 17 tahun, agak lama bukan??? itu la hakikat bagi lelaki sejenis aku, kaum gay seperti aku, mampu jatuh hati dengan lelaki tetapi tidak mampu meluahkan.

"Nah.. tengok la cantik ke tak, nanti aku send dekat telegram" kata ku, walaupun hati aku sakit, terseksa tengok diaorang mesra depan aku, tapi aku memilih untuk berlagak seperti biasa, berlagak seperti tiada apa yang berlaku

"haii cutety, nak tengok gambar tadi boleh??"

aku ditegur oleh model lelaki rumah merah tadi, dah nama pun model, mesti la tinggi, aku yang hanya berbekalkan setinggi 167 CM tu terpaksa mendongak kepala keatas dek kerana model itu terlalu tinggi, jauh tingginya dari aku

"erghh... Nah.. tengok la" balas ku dengan acuh tak acuh, bukan apa, si cina ni pelik, suka panggil aku Cutety

" i nak gambar ni, nanti send dekat whatsapp yaa"

aku semakin pelik, aku bukannya ada nombor phone dia, macam mana nak send gambar

"ermmm, saya tak kenal awak, macam mana pulak saya boleh whatsapp awak" balas ku

"nama saya Jordan, boleh panggil Jordan atau kalau nak mesra boleh panggil baby" kata Jordan sambil tersengeh sengeh seperti kerang busuk

"btw... you jangan risau, i dah ada nombor telefon you, si Lin bagi kat i, malam ni i chat you okay ??" Jordan terus menghilangkan diri dari pandangan mata aku

tanpa disedari, ada sepasang mata yang memandang Jordan dengan pandangan yang marah, penuh kemarahan, pandangan tersebut milik Hanif.

aku dengan perasaan yang membara terus menerjah ke arah si Lin

"WEIIIII !!! KENAPA KAU BAGI NO PHONE AKU KAT SI CINA TU" bentak aku sambil merengek

"dia yang nak weii, beria dia mintak, dia tu macam 'sesuatu' , seram aku" balas Lin

aku hanya mendiamkan diri, tak mampu berkata kata

selesai sahaja program sukan sekolah, aku terus balik ke rumah dah menjalani hari-hari seperti biasa

**********

selepas sahaja mandi, aku terus baring di atas sofa di ruang tamu, jam menunjukkan sudah pukul 8, aku melayani sosial media ku

"Ting" bunyi yang menandakan ada satu mesej baru masuk

"Haii Cutety,  this is Jordan, your lovely husband, save no i okay"

"apa benda mamat ni" aku mengeluh

dengan pantas aku terus menghantar gambar si Jordan ketika perarakan Pembarisan di sekolah pagi tadi

"Ting"
"Ting"
"Ting"
"Ting"

bunyi mesej baru masuk bertalu talu, aku hanya membaca dan abaikan saja

lalu aku bergerak ke beg sekolahku untuk mengulang kaji kerana peperiksaan besarku SPM bakal hampir, aku taknak la hampakan ayah aku, aku nak tunjukkan kebolehan aku kepada Arwah mamaku meskipun Arwah mamaku sudah meninggal selama 7 tahun.

sebelum aku mengulangkaji, aku melayani "Instagram" ku dahulu dan aku terpandang satu gambar sepasang kekasih dengan caption
"terima kasih kerana sudi menjadi ayah untuk anak dalam kandungan i, Love you so much"

air jernih mula berlinangan di mata.. mula menitik tanpa sedar

gambar tersebut adalah gambar Hanif dan juga Alycia

Alycia dah pregnant walaupun masih belum berkahwin

Perit, siksa, derita aku mencintai kaum sejenis ku, orang yang aku sayang, yang aku cinta dari umurku 10 tahun sampai kini umurku 17 tahun selama 8 tahun aku mencintai dia, kini dia telah menjadi hak milik orang lain, aku redha , hakikatnya aku dan Hanif tak akan bersama meskipun jika Hanif menyukai ku kembali,  aku akan menolaknya kerana hubungan ini akan membawa kami ke kemusnahan, hubungan yang dilaknat Allah, masihkah kau lupa tentang Kaum Nabi Luth ???

Jadi aku mengambil keputusan untuk move on dan fokus untuk SPM yang akan menjelang lagi 5 Bulan

Halalkah cinta ku ?Where stories live. Discover now