aku jalani hari aku seperti biasa, sekolah, ulang kaji, makan, lepak, tangkap gambar, sepanjang 3 bulan ni, ada juga Jordan kacau aku, tapi aku buat bodoh je
"weii Naim, asal aku perasan kebelakangan ni kau dingin je dengan Hanif "
"mana ada, biasa je" balas aku kepada Mel, Mel adalah kawan dan jiran aku sejak darjah 3, nak dikatakan kawan baik pun tak juga, tapi kami sekelas sejak form 3, walaupun kami tak berapa rapat, tapi segala masalah Mel dengan boyfriendnya akan diceritakan dekat aku, yaa la, aku kan laki, mesti la aku tahu selok belok perasaan lelaki
ohh iya, aku bukan sengaja melayan Hanif dengan layanan yang dingin, aku cuma bagi layanan yang biasa biasa saja, layanan sebagai kawan, kalau sebelum ni aku melayan Hanif dengan layan yang istimewa, sekarang adalah waktunya untuk melayan Hanif sebagai layanan kawan, waktu yang sesuai untuk aku moveon dan move forward.
Gila kah aku kalau melayan Hanif dengan layanan yang istimewa, hubungan homosexual takkan berakhir dengan baik, ingat, homosexual boleh berubah, bukan kekal selama lamanya, ini semua ujian, dan aku mampu mengatasinya, ingat kah kamu tentang kamu Nabi Luth yang menerima azab akibat hubungan terlarang ini ???
**********
"kau pakai baju apa graduate nanti"
"weiii cantiknya baju kau"
"weiii nervous pulak aku"
"nak makeup tebal ke nipis ehh"begini la keadaan kelas aku yang bisik, pelbagai soalan diutarakan prihal majlis graduasi yang bakal berlangsung dalam tempoh 2 minggu yang akan datang
"Weiii Naim, kau pakai apa masa graduasi??" soalan tersebut diutarakan oleh Nad atau nama panjangnya Nadia, rakan sekelasku
"baju hitam, blazzer hitam, vest hitam, seluar hitam, kasut kulit hitam" jawab aku dalam nada yang bermalas malasan
"kau ni Naim, kau tu putih melepak, kau comel nak mampos, jangan cakap perempuan pun cair, lelaki pun cair tengok kau, kenapa hitam juga yang kau pilih" komen Nad yang serba tahu tentang fashion
"aku malas la nak cari baju" balas ku dengan nada yang malas, aku serius, aku sungguh malas nak memikirkan tentang majlis yang akan berlangsung
"nanti aku bawak baju, aku make over kau, kau tunggu je tau" balas Nad
aku hanya mengiyakan sahaja
**********
"Asalamualaikum" kedengaran salam berkumandang dari arah pintu utama rumah
aku dengan pantas menuju ke pintu utama untuk melihat gerangan manusia yang memberi salam tersebut
ehhh???
terpapar wajah Aqil, abang sedara ku yang belajar di China
pelik, macam mana dia boleh muncul dirumah ku"waalaikumsalam, masuk la bang" aku menjemput abang Aqil memasuki rumahku
"abang nak tumpang tidur rumah Naim boleh??? lagipun Naim duduk rumah sorang kan, sebab Pak Lang dan maklang dengan family abang Aqil pergi bercuti dekat Paris, jadi abang sorang je dekat rumah, boleh kan???" Abang Aqil meminta izin sambil membulatkan mata, tahu la comel, tak perlu la nak goda aku, aku tak termakan godaan syaitan
"boleh je" balas aku acuh tak acuh
"abang buat apa kat sini, bukan dekat China ke"
"cuti sem, jadi abang balik Malaysia la" balas Abang Aqil
aku hanya mengiyakan aja dan terus ke dapur untuk menyiapkan kudapan dan minuman untuk Abang Aqil
sedang aku sibuk menyiapkan kudapan dan minuman, badanku dipeluk dari belakang
"apa abang ni??!!" aku tersentak dan tertolak Abang Aqil secara tidak sengaja
"rilex la, kita sama laki, takda hal la nak peluk peluk" balas abang Aqil
aku dengan pantas terus menghidangkan kudapan dan minuman dan berlari masuk bilik, seram, takut dan berdebar, berdebar nak menatap mata dia yang coklat kehitaman dan bibir merah bak delima
sedang aku sibuk melayan Kdrama diatas katil, mata ku kian layu dan terus terlelap, tidur tanpa mengunci pintu, mengundang mahluk jahat menghampiriku
setelah setengah jam aku dibuai mimpi, aku tersedar dek kerana bunyi bising berhampiran ku
Jordan ??? Abang Aqil ??? kenapa diaorang bergaduh???
"apa you buat ni Jordan???" marahku sambil menolak Jordan menjauhi Abang Aqil
Abang Aqil terus berlari keluar dari rumah tanpa sebarang perbalahan
"apa yang you buat??? kenapa you pukul abang sedara i ??? " aku memarahinya kembali
"abang sedara you try to rape you, you cuba tengok badan you" balas Jordan dengan nada sebak, seakan akan sedih, aku pun tak pasti dia sedih sebab apa
aku terus berdiri depan cermin, aku separuh bogel, hanya berbekalkan boxer sahaja, dan dileherku ada kesan gigitan, baru sahaja menyedari kesan gigitan di leher ku, terus terasa sakit disitu
aku malu, malu berdiri di depan Jordan dengan keadaan yang separuh bogel, terus aku berlari mengambil pakaian dan memakainya didalam tandas
setelah selesai memakai pakaian, aku terus ke arah Jordan
"macam mana i nak percaya yang Abang sedara i yang rogol i ??? " tanya aku
" cuba ingat balik pakaian abang sedara you masa dia lari keluar rumah, and one more thing, kalau dia tak bersalah kenapa dia lari ??? "
aku cuba mengingati, yaa... abang sedara aku ketika itu hanya berbekalkan boxer dan jeans yang separuh terlondeh, serta tidak berbaju, dan aku terus teringat peristiwa semasa aku menyiapkan kudapan abang sedara aku, dia peluk aku dari belakang, yaa... mungkin benar kata Jordan
"hurmm... thank you Jordan" balasku dengan segan silu
"its okay, my pleasure" balas Jordan
"macam mana you boleh masuk rumah i ??? "
"i datang sebab nak temankan you, i dengar you duduk sorang, jadi tadi i datang, pintu tak berkunci, jadi i terus cari you di setiap bilik, tu yang i nampak abang sedara you" balas Jordan
"Ohhhh" itu je yang aku mampu balas
aku dan Jordan mengemas barang yang berselerakkan akibat pergaduhan yang tercetus tadi.
jam menunjukkan pukul 22:30, Jordan meminta izin untuk bermalam di rumah aku, aku membenarkan, risau jika Abang sedara aku datang kembali, aku tidur di katil manakala Jordan tidur di sofa berhadapan dengan katil aku
**********
setelah peristiwa aku hampir dirogol, hubungan aku dengan Jordan bertambah erat, aku mula membuka ruang untuk dia menjadi kawan aku
Jordan mula mengajar aku dan membantu aku mengulangkaji kerana aku lemah matapelajaran mathematik manakala Jordan bijak dalam kesemua matapelajaran
hubungan kami hanya sebagai kawan, tak lebih, aku melayan Jordan dengan baik kerana rasa terhutang budi
Jujur aku kata, Jordan seorang lelaki yang budiman, baik, sopan, pemurah, manakala aku pula seorang lelaki yang pendiam, tidak kesah apa yang berlaku dan kurang empathy
![](https://img.wattpad.com/cover/231545664-288-k987017.jpg)
YOU ARE READING
Halalkah cinta ku ?
RomansaNaim, seorang lelaki homosexual yang telah menyukai rakannya, Hanif, semenjak berusia 10 tahun, kemunculan Alycia dalam hidup Hanif membuatkan Naim mengambil keputusan untuk melupakan Hanif, namun, kemunculan Jordan dalam hidup Naim ketika berusia...