BAB 2

56 1 0
                                    

"YaAllah yaTuhanku, kau berikan lah aku petunjuk dan hidayah mu, kau kembalikan la aku, nafsu ku, hati dan perasaan ku, kepada fitrah asal yang kau berikan kepada lelaki biasa, sesungguhnya kau tuhan yang maha esa, lagi maha mengampun"

Itu lah doa harian aku selepas solat fardhu, meminta kepada Allah, Tuhan yang maha berkuasa untuk membawa aku keluar dari jalan yang sesat ni

**********

"baik semua, dalam masa 5 bulan ni, kesemua pelajar tingkatan 5 akan menjalani marathon spm, semua akan start belajar matapelajaran spm seperti menjawab soalan spm" terang Puan Hayati, guru matapelajaran Perniagaan dan juga guru kelas kepada 5 Gigih

"ada lagi satu pengumuman, dalam masa 3 bulan yang akan datang, sekolah kita akan buat majlis graduasi bagi pelajar tingkatan 5 yang bertempat di dewan sekolah kita, semua pelajar diminta untuk membayar RM70, tarikh akhir membayar adalah seminggu sebelum majlis bermula, Naim, awak tak perlu bayar sebab kesemua petugas bagi majlis graduasi akan ditanggung oleh pengetua"

masuk telingga kanan, keluar telingga kiri

fikiran aku melayang, masih teringatkan peristiwa pagi tadi, peristiwa bahawa aku terserempak dengan Jordan didepan tandas, Jordan yang melihat aku seperti baru lepas menangis terus kucup dahiku, Arghhhhh... buat serabut fikiran aku je fikir tentang mamat cina tu

KRING !!!!!!

loceng waktu rehat telah berbunyi, aku dengan pantas terus membawa bekal makanan ku ke bilik khas yang disediakan oleh pihak sekolah untuk ahli kelab photography, aku kesuntukkan masa untuk mengedit gambar - gambar untuk dihantar ke syarikat penerbitan majalah

"heyyy Naim, aku nak masuk bilik ni boleh? aku takda port nak lepak" ujar Hanif, dengan tanpa rasa bersalah, dia bawak sekali girlfriend dia, Alycia, aku pun benarkan je, yaa la... dua- dua pun kawan aku, walaupun aku nak move on, tapi aku masih kena layan diaorang sebagai kawan

"Naim, tolong bagi sd card dslr 1 tu "
aku hanya menurut permintaan Isya, Isya adalah antara kawan rapat yang terdapat dalam geng kami iaitu sebanyak 5 orang, aku, Isya, Lin, Fatin dan Zul, kami memang rapat, rapat sejak tingkatan 1, kesemua geng kami adalah ahli kelab photography sekolah

aku hanya menjalankan kerja aku, tanpa menghiraukan gurau mesra antara Hanif dan Alycia walaupun hati aku terasa seperti dirobek

' sabar Naim... kau dalam proses move on ' bisik hati kecilku

"NAIM !!!! " jerit Zul

"kau dah kenapa" balas aku

pelik melihat Zul berlari ke arah bilik kami dengan menjerit nama aku, macam dikejar hantu

"Cina hensem tu cari kau, alah... model rumah merah yang tinggi tu" jelas Zul dalam keadaan tercunggap, penat berlari agaknya

"kalau dia cari aku pun, perlu ke berlari cari aku ni"

"dia ugut aku, kalau dia tak jumpa kau dalam masa 5 minit, dia nak jerit terpekik melolong nama kau" jelas Zul

aku dengan perasaan marah yang membara terus berlari ke arah dataran perhimpunan untuk mendapatkan si Jordan tinggi lampai

"apa yang kau..." tak habis aku bertanya, Jordan terus mencium ku di pipi kanan ku, dengan pantas aku terus menampar Jordan serta pipi ku kemerahan menahan malu.

**********

" HEIII JORDAN !!!!! " tengking Encik Khairul, ketua unit disiplin lelaki

yaa... aku buat laporan kepada unit disiplin prihal Jordan mencium ku di pipi

"Jordan.. kamu tu pelajar cemerlang sekolah ni, kenapa bergaul dengan si Naim ni, dia cuma pelajar biasa" sambung Encik Khairul

ewah ewah orang tua ni, aku ni mangsa gangguan sexual, yang kau nak bidas prihal perbezaan kelas dah kenapa

"CIKGU... SAYA MANGSA GANGGUAN SEXUAL, APA HAK CIKGU NAK KAITKAN DENGAN PERBEZAAN KELAS SAYA DAN DIA" aku membentak dan terus keluar dari bilik disiplin dan bergegas ke kelas, aku tak sempat menjamah bekal makanan yg aku bawa dari rumah.

macam biasa, pelajar kelas hadapan dan pelajar cemerlang akan bebas apabila melakukan kesalahan, mereka cuma akan dimarah sedangkan pelajar biasa biasa akan dikenakan hukuman

yaa la, kalau mereka di hukum, siapa lagi yang mahu naikkan nama sekolah

setelah waktu persekolahan tamat, aku menunggu bapaku untuk menjemput ku

"Heyy cutety, i betul betul nak minta maaf, i tak dapat kawal diri i" ucap Jordan dari belakang aku, aku terkejut

"hurmmm" aku mengeluh

"bukkk" bunyi tumbukan yang kuat itu mengejutkan aku

yaaa... ada seseorang sedang ditumbuk

Jordan ??? yaa Jordan ditumbuk, ditumbuk oleh siapa ?? aku tak nampak, pandangan aku dihalang oleh orang ramai yang sedang berkumpul, aku cuba menyelit dan aku kaget

Hanif ??? menumbuk Jordan ??? atas alasan apa ?

aku hanya membutakan mata dan berlalu pergi, tak mahu terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah yang mereka lakukan, langsung tak matang.

setelah beberapa minit berlalu, sebuah kereta hyundai berwarna putih crystal berhenti dihadapan ku, yaa itu kereta bapa ku

**********

malam telah tiba, seperi biasa, aku menyiapkan kerja sekolah yang diberikan dan mengulang kaji pelajaran, setelah selesai mengulang kaji, aku terus membuka laptop dan menonton drama korea ku

"Ting" bunyi notifikasi menandakan mesej baru masuk

"Ting"
"Ting"
"Ting"
"Ting"

bertalu talu mesej masuk, aku bukan apa... aku dapat agak gerangan siapa yang selalu kacau aku malam malam tanpa sebab.

aku membuka Whatsapp dan membaca mesej yang di hantar oleh Jordan

"Naim... I'm so sorry about that kiss"
"can you forgive me"
"Naim... please, atleast give me a chance to be your friend"
"please reply my massenge as soon as posible"

aku hanya meninggalkan bluetick

"Ting" mesej baru masuk, aku mengalah, aku terus buka whatsapp untuk memaki Jordan

"weiii Naim, kau tau tak sebab apa si Hanif dan Jordan Bergaduh ???"

mesej dari Zul ???

"hurm... sebab berebut Alycia ??" balasku

"otak kau !!! sebab Hanif dapat tahu yang Jordan cium kau" balas Zul

wait, what ???!!! kalau aku bercium dengan Jordan, Kalau aku bercinta dengan Jordan, Kalau aku kahwin dengan Jordan sekali pun, apa masalah Hanif ???

aku meninggalkan mesej Zul dengan tanda tick berkembar berwarna biru

Halalkah cinta ku ?Where stories live. Discover now