BAB 4

52 1 0
                                    

Hari yang ditunggu tunggu oleh semua pelajar tingkatan 5 telah tiba, Majlis graduasi yang telah ditetapkan akan berlangsung pada pukul 9:00 lagi ini dan berakhir pada pukul 14:00 petang ini.

mengikut perancangan Nad, kawan sekelas ku yang kononnya serba tahu tentang fashion, dia telah mengubah aku, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki

rambut aku dia ubah, seperti alah alah model, dia meminjamkan aku kemaja, blazzer, slack, vest, tie, dan kasut kulit, kesemua pakaian ku berwarna putih, putih suci, kecuali kasut kulitku yang berwarna hitam

jujur aku katakan, aku tidak suka warna putih, aku lebih suka mengikut perancangan ku iaitu pakaian ku serba hitam

"Naim, tengok cermin sikit, kan comel, hensem je kau, jambu HAHAHAHAHAHAH" kata Nad

aku hanya buat bodoh saja

sesampai sahaja di sekolah, semua memberikan tumpuan kepada aku

'apa masalah diaorang ni, tak pernah nampak manusia ke ?' bisik hati kecil ku

aku terus berjalan menuju ke bilik khas kelab photography untuk mengambil kamera dslr dan bahan untuk setting didalam dewan

"hey Naim, takda sapa ke tegur you ??" kata jordan dari belakang

aku terkejut

Jordan... Jordan mengenakan pakaian serba hitam, Jujur, Jordan terlihat tampan, aku hampir terpukau, dengan kulit putih dan dingin seakan ais, badannya yang tinggi lampai, badan kurus dan sedikit berotot, siapa saja yang tak terpukau dengan keindahan ini ???

"tegur apa" balas ku

"you look so cute today... i feel like i want to hug you now"

aku hanya memekakkan telingga, pujian begini sudah begitu banyak ku terima

"heyy Naim, hmmmm, may i help you?? "

"hurmmm... tolong bawakkan banner ni dengan bunga" balas ku

Jordan hanya menurut perintah tanpa banyak kerenah

"Naim, meh sini aku bawak kamera kau" Hanif dengan secara tiba tiba muncul dihadapanku

aku terus menghulurkan kamera kepadanya dan mengambil barang lain, aku terus berjalan bersama Jordan dan meninggalkan Hanif di belakang, aku dan Jordan bermesraan seperti biasa

muka Hanif jelas terlihat seperti dicurangi, nampak seperti jelous, jelous?

yaaa buat apa nak jelous kau kan dah jadi milik Alycia,  sejujurnya aku tak pernah marah dengan Alycia, Alycia berhak menerima Hanif, sebab cinta mereka cinta yang halal, sementara aku ??? Cinta seorang gay, seorang Homosexual, aku harap satu hari nanti Allah akan makbulkan doa aku, jadikan aku seperti lelaki biasa, lelaki normal, jauhkan aku dari kaum nabi luth

**********

" selamat datang kepada semua hadirin dan hadiran sekalian, sebelum kita mulakan majlis, mari kita menjemput Encik Fairuz untuk memimpin bacaan doa" kata seoarang pengerusi majlis

aku hanya menadah tangan, kaki aku lenguh, untung... untung mereka, semua pelajar dapat duduk, kecuali kami yang bertugas, terpaksa berdiri lama untuk jalankan tugas, jalankan tugas dengan pakaian formal, tak kah akan dijadikan bahan lawak ???

Jordan datang dan menghampiriku

"Naim... you duduk la dulu"

aku cuma buat tak tahu, macam la dia tak tahu yang aku kalau jalankan tugas memang tegas, aku tak boleh duduk selagi tugas aku tak siap

Jordan menarik aku dan tolak aku ke kerusi, akibatnya aku terduduk atas kerusi

"apa you ni... i mana boleh duduk" balas aku

Jordan hanya buat bodoh, berani dia abaikan aku huh !!!

majlis graduasi berjalan dengan lancar, sesi bergambar sesama pelajar pun sudah selesai, tiba masa untuk makan, aku tidak mengambil bahagian makanan ku, aku hanya mengambil gambar suasana dewan, sungguh... aku takda mood nak makan selepas melihat Alycia memeluk lengan Hanif, sakit... sakit yang tidak berpehujung, aku perlu bersabar, ini semua dugaan aku.

"Naim, jom tangkap gambar sekali" pelawa Hanif

Hanif mempelawa aku untuk bergambar bersamanya, aku hanya buat tidak tahu

terus Hanif menarikku ke kawasan bergambar

"wow main kasar, main tarik tarik pulak" ujar Jordan secara mengejut

belum sempat aku ditarik ke kawasan bergambar, Jordan sudah merentap tangganku terlebih dahulu

"you duduk sini, i ambilkan makanan you" ujar Jordan

aku hanya duduk... tidak berbicara sama sekali dengan rakan sebelahku

lalu Jordan terus menghidangkan makanan untuk aku, aku hanya termenung memerhatikan makanan tersebut manakala Jordan memerhatikan aku

aku berpaling ke arah Jordan

"kenapa you cium i haritu, bukan sekali but 2 kali ?? "

"hurmmm " Jordan seolah memikirkan jawapan

"because, i suka you " balas Jordan

"ohh... i pun suka you, sebab you baik" balas aku

"Noo !!! i suka you, its like... Love, yes, I love you" balas Jordan

"apa you merepek ni Jordan, jangan main main boleh tak ?? " balas ku

sungguh, Jordan sudah keterlaluan, jika ingin bergurau, jangan bergurau prihal hati dan perasaan orang

" i serius, i fall in love with you since form 4, and i'm not brave enought to flirt with you, just... this time i have a little bit brave to talk to you, to be your friend" balas Jordan

fikiranku serabut, ingin melupakan Hanif malah Jordan pula singgah dalam hidup aku, sudahlah aku berharap aku dapat membawa diri keluar dari dunia homosexual, dari dunia LGBT.

"kenapa you suka i ??? " tanya aku, aku tertanya tanya sebab apakah Jordan menyukaiku, adakah kerana wajah ku yang putih melepak, atau kerana wajahku terlalu jambu ?

"did i need a reason to like someone ?? " pertanyaan dibalas dengan pertanyaan

aku terus bangun dari meja dan bergegas ke bilik kelab photography, sementara menunggu majlis Graduasi tamat, duduk lama lama disitu hanya mengundang rasa bersalah... Jordan telah lama menyukaiku, telah banyak dia menolong ku, tetapi perasaan aku tidak berputik untuk dia

setelah majlis tamat, aku bergegas ke perhentian bas didepan sekolah, aku terpaksa naik bas kerana ayahku berada di luar negeri, terpaksa naik bas bersama pakaian formalku, syukur, bukan aku sorang sahaja yang menaiki bas bersama pakaian formal, ramai lagi pelajar yang menaiki bas bersama aku.

setelah menaiki bas, aku terpaksa berdiri dan berhimpit dengan orang ramai, bas tersebut padat dengan pelajar dan penumpang lain

'haihh... macam mana diaorang boleh berhimpit dalam bas setiap hari, dengan bau peluh' gemam hati kecilku

setelah beberapa minit, aku terasa seperti dipeluk dari belakang, aku menoleh dan...

"Haii Naim, kau taknak pun tangkap gambar dengan aku tadi"

Hanif ??

"kau kenapa peluk aku ni" aku bertanya dengan nada yang meluat

"aku taknak orang lain terlanggar kau" balas Hanif

aku hanya mendiamkan diri sehingga tiba di perhentian bas taman perumahan aku

"aku hantar kau sampai rumah ehh ?? " tanya Hanif

"takyah la, aku boleh jaga diri sendiri" aku terus berlalu bergerak ke rumah aku yang memerlukan 15 minit jika jalan kaki dari perhentian bas ke rumah

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Halalkah cinta ku ?Where stories live. Discover now