Bab 10

10.9K 1.6K 655
                                    

Aku membuka mata perlahan lahan apabila terasa ada cahaya yang terkena wajah. Terus, aku lihat ada satu permandangan yang sangat cantik.

Dari celahan pokok pokok yang tinggi ini, ada cahaya yang malu malu melintasinya. Cantiknya, biasanya aku hanya lihat dalam gambar yang aku jumpa di pinterest atau explore instagram.

"Basuh muka awak, Dayangku Nur Aima. Kena gerak sekarang kalau nak cepat sampai," tiba tiba suara Haraf menegur. Dia sedang menghulurkan sebotol air mineral, itu pun hanya tinggal sedikit saja lagi.

Aku mencapainya dan mula berdiri.

"Dah pukul berapa?"

"Tujuh pagi,"

Oh..agak lewat ya aku bangun harini. Penat sangat. Mujur juga cuti, dan mujurlah Haraf ni tak kejutkan aku, kalau tak, memang aku jadi singa.

Aku mula membasuh muka dan cermin mata yang tergantung di leher baju mula dipakai.

Seterusnya, aku melangkah ke kawasan yang terpancar cahaya matahari pagi itu. Aku menghadap ke arah cahaya tersebut dan tersenyum lebar. Entahlah, aku suka buat macam ni kalau pagi pagi, rasa segar.

"Dayangku Nur Aima, boleh awak pusing belakang?" Haraf menyoal. Terus aku memandangnya pelik. Pusing belakang?

"Kenapa?"

"Pusing jelah,"

Aik..aku bocor ke? Tak mungkinlah. Dahtu kenapa nak suruh aku pusing belakang tiba tiba?

Namun aku hanya menurut, perlahan tubuh aku dipusingkan ke belakang, dalam kepala dah macam macam aku fikir, kenapa dia suruh buat macam tu. Nak skodeng aku ke apa dia ni?

"Hmm betullah. Tak semua bidadari ada sayap,"

Dengar sahaja ayat manisnya itu, terus aku tersenyum. Tak sempat nak kawal! Mujurlah aku membelakanginya.

Aku berdehem kecil dan kemudian wajah mula control cool. Aku menoleh dan buat muka jelik.

"Pagi pagi pun dah bagi ayat macam ni, dah berapa kali awak guna ayat tu dekat perempuan lain?"

Haraf terus ketawa.

"Eh ni baru saya guna okey. Itu pun sebab nampak awak berdiri dekat cahaya matahari, nampak macam bidadari baru turun bumi,"

Lagi, balasannya itu buat aku malu tiba tiba. Cepat aku ketap bibir, tak mahu bibir aku melebar. Alahai dia ni! Ada je ayat nak buat lutut aku longgar.

"Jangan nak menyakai dekat sini ya, Haraf Aidan. Sebelum awak merepek lebih lagi, boleh kita teruskan perjalanan sekarang?"

Haraf ketawa lagi, dia terus menggalas begnya dan mula membetulkan rambutnya yang sedikit serabai. Oh, bila kena cahaya matahari, warna rambutnya itu makin jelas keperangan. Ya Allah, uniknya. Sumpah aku cakap, sesuai sangat dengan warna kulitnya.

"Aik? Tadi kata nak jalan, dahtu awak tenung saya kenapa? Nak jalan masuk dalam hati saya pulak?"

Teguran Haraf itu buatkan aku termalu sendiri. Ada pula dia cakap macam tu! Ah kau juga gila, Dee. Nak tenung pun boleh cover sikit? Ish!

"Mana adalah, jangan nak perasan," Aku mula menoleh dan terus berjalan ke hadapan. Mengabaikan Haraf yang dari tadi asyik nak buat sexy smirk.

"My lady, kita tak pergi arah sana, kita pergi arah sini,"

Erk..

Haa tulah dia, buat palatau lagi.

Haraf tergelak kecil dan mula menapak ke arah yang bertentangan, aku pula hanya membuntuti langkahnya itu tanpa banyak bunyi. Baik aku diam je, nanti adalah ayat dia nak menyakat aku.

Hero Dalam Irama | TERBITWhere stories live. Discover now