Bab 18

9.5K 1.4K 366
                                    

Kami menginap dua malam di Barat Perhentian Resort. Dekat kawasan ni, tak ada penempatan penduduk kecuali resort resort sahaja. Jadi, bekalan makanan boleh didapati dari kedai di resort itu sendiri.

Untuk makan pula, The Barat sendiri menyediakan cafe untuk tetamu mereka, dan disinilah kami, sedang enak menjamu selera.

Di meja makan itu, kami berenam mula berkongsi bermacam cerita. Sekejap saja, Haraf, Am, Henna dan dua orang kembar ini dah mula selesa berkawan. Mungkin sebab mereka ni semua masuk air, perangai tak behave, ada je lawak lawak dan benda bodoh yang mereka buat.

Tiba tiba aku rasa kaki aku dipijak, terus aku mengangkat kepala, kelihatan Haraf yang tersengih kambing.

Dia ni!

Aku apa lagi, balas baliklah. Beria aku pijak kaki dia, kemudian dia ingin memijak kakiku kembali tapi aku mengelak. Punyalah berperang kaki sampaikan lutut aku terlanggar meja, terus air di dalam gelas masing masing berkocak.

Lantas, rakan rakan yang lain mula memandang ke arah kami berdua. Mereka tak berkata apa, hanya memandang kami kemudian buat senyuman mengusik.

Ah bencinya.

"Apa pandang aku macam tu," marahku kemudian buat buat tak tahu. Hanya teruskan makan dan abaikan tindakan mereka itu.

Ei boleh pulak aku buat benda tak malu dekat sini!

"Eh korang..." Aku memanggung kepala kembali, memberi fokus kepada Mai.

"Petang nanti kita snorkeling lepastu malam nanti ada pertunjukkan api, tak sabar!" Kata Mai teruja.

"Bila nak buat BBQ? Aku dah tak sabar nak bakar bakar ni!" Am mula menyoal. Dan memang nampak teruja gila dia ni, mentang mentanglah bakar membakar makanan ni kepakaran dia.

"Kita buatlah esok malam, last night kita dekat sini. Malam ni kita join dulu pesta apa diorang buat," cadang Henna pula.

"Esok petang kita picnic, lepastu bolehlah kalau nak beli apa apa hadiah nanti," Haraf menyampuk. Terus mata aku bersinar apabila mendengar perkataan picnic.

"Mirror selfie!" tambahku. Aku memang berkenan sangat tengok orang dalam instagram duk upload gambar diorang berkelah lepastu ambil gambar ramai ramai dekat cermin. Cantik!

"Haah, okey jugak!" Mar menyokong. Dan ya, bukan Mar sahaja, memang cadangan itu dipersetujui oleh semua orang di meja itu.

Snorkeling, pertunjukan api, picnic, shopping, BBQ.

Ah tak sabar pula! Semua benda dah bermain main dalam fikiran. Dan apa yang pasti, dalam dunia yang sentiasa sibuk dan kekurangan masa, aku benar benar ingin menulis sebanyak mungkin kenangan manis bersama kawan kawan aku.

Juga, Haraf.

***

Okey, apa aktiviti kita petang ni? Semestinya snorkeling! Excited betul rasanya. Sampai aku terlupa terus nak pakai goggle, kes nak terjun laut punya pasal.

Aku sedikit berdecit apabila aku masih tidak dapat menyarungkan goggle itu di wajah, akibat tudung aku yang sikit sikit nak ke belakang. Ish, aku freehair kang haa.

Tiba tiba ada satu tangan mencapai goggle di tangan.

"Itu pun tak pandai ke?"

Ya, Haraf sedang menolong aku untuk memakai goggle tersebut.

"Pegang tudung awak, saya taknak ada orang freehair dekat sini macam dalam hutan dulu," usik Haraf bersama senyuman.

Aku menjulingkan mata ke atas. Ewah, mengutuk ya.

Hero Dalam Irama | TERBITWhere stories live. Discover now