31 5 12
                                    

"ain, ke mari" encik lee melambaikan tangannya ke arah ain yang lambat-lambat berjalan ke arah meja makan itu.

"Dah kenapa kau ni lambat-lambat?" Berkerut dahi laila melihat wajah masam ain.

"Suka hati lah" gumam ain perlahan. Kaki yang tadi lemah menapak dilajukan sedikit. Berkerut juga dahi gadis seorang itu.

"Ada apa yang papa nak cakapkan ke?" Sudah lali mungkin dengan reaksi di wajah encik lee, akhirnya ain buka mulut yang malas untuk bercakap itu.

"Papa harap ain terbuka hati dan minda untuk dengar ini" wajah tua lelaki itu bertukar serius sahaja.

Ain hanya senyap sahaja. Tidak mengiakan mahupun menidakkan. Muka poker ditayangkan. Sarapan dihadapannya tidak terusik.

Encik lee yang merenung si gadis itu dalam-dalam, batuk sedikit. Melegakan tekak yang terasa tersekat untuk mengeluarkan pernyataan yang fikirnya akan mengundang api kemarahan ain. Anak buahnya yang satu itu.

"Jadi, seperti yang ain tahu.. semalam ada tetamu datang" encik lee terdiam sebentar, mencari keberanian yang agak terkubur. Ain ni bukan boleh bawa gurau sangat, nanti mesti budak itu lari rumah.

Ain pov

Pahal pulak papa lee ni macam orang baru lepas meminang dia? Kena marah dengan mama lee juga dia ni kalau ada niat kahwin lain.

"Darwish meminang kamu" ayat tu aku dengar perit papa lee katakan.

Wait...  WHATTTT???

"what a nonsense, pa?" Berkerut dahi aku. Gigi aku ketap payah, menahan rasa marah yang hampir meletus.

Biar betik? Aku muda lagi weyh takkan lah ada orang meminang. Sudah lah aku tak kenal siapa si DARWISH tu. Entah siapa-siapa je.
Kalau hensem tak apa lah jugak, kalau muka kerek-kerek aku reject dulu ah.

"Dengar dulu ain, jangan marah papa. Papa tak bersalah, mereka yang masuk meminang" papa lee bercakap dengan kadar yang laju. Gelabah. Tahu takut.

Iyla dari tadi aku perhati senyap sahaja. Dah kenapa dia ni? Selalu kecoh je.

"Jadi ain terima atau tidak?" Papa lee kembali serius tidak sampai 15 saat berlalu. Mendengarkan suaranya yang serius, aku terus memandangnya agak 'tajam'. Tapi...

"Bagi ain masa dan ruang" itu sahaja yang mampu ucapkan. Ya, itu sahaja. Aku buntu, aku tak mahu silap langkah.
.
.
.
.

Kolej,

"Wah dia sudah marilah" ye, itu dia sekumpulan gadis tahi ayam paling aku menyampah. Sis redo satu kolej dengan diorang ni. *Mata juling ke atas tangan kat bahu*

Well as usual aku tak layan, cuma pandang dengan riak kosong je.

"Wah dia tak layan kaulah melissa" salah seorang geng medusa tergelak-gelak. Sesekali menarik kain bajunya yang singkat. Dah tahu singkat sibuk nak pakai, kau fikir kau seksi ke gitu?

"Hoii, berani ya kau weirdo" sinis medusa kesayangan readers tergelak.

"Rasakan ni" tangan melissa pantas merampas air coffee milik gadis yang lalu disebelahnya dan seperti biasa air itu laju meluncuri ke atas kepala aku membasahi setiap sudut anggota badan.

"Tch- kau tunggu" gumam aku perlahan. Tak tunggu masa aku blah dari duduk lama-lama pandang muka dia.

Tanpa disangka seorang lelaki tak dikenali datang membaluti badan aku dengan jaket biru miliknya. Serta merta, wangian dior sauvage eau de perfume dihidu aku. Macam mana aku boleh tahu wangian ni? Mana mungkin aku tak kenal wangian yang sama seperti arwah papa aku sendiri. Ya memang sebijik.

Tindakan refleks membuatkan aku terus memandang lelaki yang sedang memarahi medussa and the gang. Padan muka hahaha.

"Jangan ganggu dia lagi, kau tak tahu siapa dia yang sebenarnya" ayatnya yang satu ini buatkan aku berkerut , apa maksud dia? Dia tahu ke aku ni siapa?

"Jom ain" bahu aku ditarik tanpa persetujuan aku. Aku hanya memandang lelaki ini tanpa menoleh sikit pun. Bukannya terpesona walaupun mukanya agak tampan. Meh i don't care. Tapi sebab ayat dia tadi.

"Dah boleh berhenti tenung aku dah kut" perlahan-lahan mata hazelnya memandang aku dengan senyuman geli hati yang terukir.

"Haii, aku darwish" semakin lebar senyumannya dikuntumkan. Tangan yang dihulurnya aku pandang sepi.

"Ouh kaulah darwish tu" kening kiri aku angkat selamat lima saat. Hati berasa gusar sedikit. Ada seseorang sedang memerhatikan kami.

pyschometry IIWhere stories live. Discover now