Dua minggu kemudian,
"ahh sejuknya angin kat sini" gelas berisikan air latte diangkat dan disuakan ke mulut miliknya. Jari jemari kembali setia menaip segala maklumat peribadi yang perlu diisi ke dalam borang kemasukan pelajar. Niatnya yang selama ini terkubur kembali dihidupkan, walaupun hatinya masih rapuh saat ini, Ain masih tetap dengan pendiriannya.
Butang submit ditekan menggunakan tetikus yang membawa makna dia perlu kembali semula menjadi seorang pelajar dalam masa 4 hari lagi. Ain telah membuat perancangan yang rapi dimana pada hari ini dia akan tidur sahaja sepanjang hari tanpa mempedulikan apa-apa. Dia masih memerlukan masa untuk keluar dari bilik yang disewanya itu. Lagipula dia masih tidak mahir untuk berbahasa jepun. Ya, banyak-banyak negara, Negara jepun juga yang menjadi pilihannya. Entah kenapa semacam ada satu tarikan yang menariknya untuk berada di negara matahari terbit ini.
Sekali-sekala kepalanya dihentukkan ke dinding, menahan kesakitan yang dirasainya. Sarung tangan yang berada disampingnya direnung lama sebelum kembali menghentukkan kepala. Agaknya dah gila budak ini.
.
.
.
.
Keesokan harinya,
"issh penatlah nak keluar" celik sahaja mata Ain sudah mengeluh memikirkan rancangannya hari ini untuk membeli barang-barang keperluan yang masih tiada. Nasib baik sahaja kad debitnya tidak dipotong. Kalau tidak, memang dia terpaksa mencari kerja sambilan dan sebagai langkah berjaga-jaga Ain telah mengeluarkan wang dengan banyak.
Jaket kulit yang baru sahaja dibeli seminggu yang lepas disarungkan, tidak dilupakan sarung tangan yang paling penting. Ain bukanlah watak kartun Elsa tetapi dia hanyalah seorang manusia yang menghidap penyakit psychometry yang masih tiada ubat. Setiap kali Ain menyarungkan sarung tangan itu membuatkan hatinya kosong, sekosong tin besi di tepi jalan.
Apa yang paling disukai namun kurang digemari Ain ialah kenyataan dia hanya perlu berjalan untuk ke mall berdekatan. Suasana yang penuh dengan manusia merungsingkannya namun pemandangan yang tenang disekelilingnya mengurangkan kegusaran dihati. Dengan mengambil masa lebih kurang lima belas minit barulah mall yang hendak dikunjungi ditemui.
"eh maps ni macam saja nak kenakan aku , aku rasa macam ada jalan pintas tadi. Kurang asam betul" berkerut dahi milik Ain dibuatnya. Tangan diseluk ke dalam kocek seluar meski sudah memakai sarung tangan ,Ain masih berhati-hati agar tidak tersentuh dengan sesiapa atau apa-apa memandangkan semakin lama semakin bertambah teruk penyakitnya itu.
"konnichiwa, yokoso. Basuketto ga hitsuyodesu ka?" pekerja yang menjaga raga menyambut kedatangan Ain dengan mesra dan sopan. Namun Ain hanya melopong tak faham apa yang diperkatakan oleh pekerja itu hanya berdiri tegak seperti askar. Ilmu-ilmu Bahasa jepun yang pernah dipelajarinya cuba diingati kembali.
"I'm sorry to interrupt but the worker asked you, if you need the basket" seorang lelaki yang tidak kenali datang menyelamatkan Ain yang telah menjadi patung cendana.
" ouh you're a foreigner, I thought you're local. I'm sorry miss and thank you sir for the help" barulah pekerja itu tersedar yang seketul Ain adalah seorang Korean-Malaysian. Segera di memperbetulkan kesilapannya walaupun Bahasa inggerisnya agak tergagap.
"not a problem. Are you okay miss?" senyuman kecil dihadiahkan oleh lelaki itu buat pekerja yang sopan itu. Agak aneh buatnya apabila Ain masih tidak beranjak dari tadi seinch pun tidak bergerak.
"aiman" perlahan sahaja suara ain kedengaran membuatkan lelaki tadi agak terkejut dan terpaku. Air mata yang hampir tumpah dilap dengan laju. Segera lengan milik Ain ditarik ke tempat yang agak tenang dan tidak ramai orang.
"it's really you ha? Aku ingatkan kau dah mati" air mata mengalir perlahan membasahi pipi milik Ain. Intonasi suaranya hanya datar mengejutkan Aiman yang telah lama menghilang.
Aiman kaku saat ini, dia masih tertanya mengapa Ain boleh berada di sini dan lagi penting Ain berseorang, bukankah sepatutnya Ain bersama dengan lelaki bernama Darwish?
"aku benci dia, Aiman. Aku benci"
.
.
.
.
haii everybodyyyyyyy yeahh. Ha gila dah aku dengan pkp ni. Just nak bagitahu yang aku akan update bila aku free dan mempunyai otak tapi tak janji manatau aku malas waktu tu ha...
YOU ARE READING
pyschometry II
SachbücherATTENTION!! READ THE FIRST PYSCHOMETRY BOOK. THANKS~ A sequel to pyschometry. Tidak seperti dulu, hubungan mereka semakin renggang akibat kesalahan yang sengaja dilakukan. Ya, sengaja. "aku akan buktikan yang aku tak perlu kau untuk hidup seperti...