"sampai bila kau nak macam ni ain? sampai bila? Kenapa kau tak boleh move on ain? Kenapa?" sejak 10 minit lalu Ain hanya termenung memandang pemandangan bandar yang pesat dihadapannya dari tingkat 15 itu.
Bunyi hentakan pintu bersama salam mengejutkan wanita itu. Terjungkit sedikit bahunya. Hati berdebar-debar seakan menantikan seseorang telah lama dinantikan.
"eh apa yang kau fikirkan ni Ain? mustahil lah dia yang akan muncul, dude" ain mengetuk kepalanya beberapa kali. Rasa bebal pula dirinya.
Akhirnya bila dah sampai depan pintu, Ain tercegat. Menunggu ketukan diulang, manalah tahu dia silap dengar kan. Dahlah tadi asyik berangan je.
"ya, nak ape? aku rasa tak ade panggil customer service pun tadi" Ain angkat kening sebelah tapi dia tak pandang sikit pun orang depan dia. Nyah awat hang tak mau tengok?
"cik Anne? Erm saya bukan pekerja hotel ni" seorang lelaki tak dikenali mengetuk dinding berdekatan kepala ain membuatkan seorang ain agak terbeliak. Dekat dalam dunia Ain, hanya ada seorang sahaja yang panggil dia Anne walaupun dah banyak kali dia halang.
"uncle akram? Apa pakcik buat kat sini?Macam mana uncle boleh muncul kat sini and how did you know 나는 여기에있다 (I am here) ? " memang kalau Ain dengan Lelaki ni je yang dia banyak mulut kalau tak memang dia tak nak buka mulut seinch pun.
"lah Ain ni, macam tak tahu yang uncle ada magic boleh tahu orang tu dekat mana?" kening tebalnya diangkat beberapa kali.
"jom balik" ayat yang dibenci untuk didengari oleh seketul Ain. Muka yang tadi sedikit lega kembali keruh.
"tak nak, dia ada kat situ kan?" ekor mata Ain jelas menikam en. Akram yang berpakaian kemas. Nampak tampan walau usianya berada dalam 40-an.
"Ain kalau ada masalah, Ain patutnya berhadapan dengan masalah tu dan handle dengan cara yang betul" sebagai orang yang lebih tua pasti en akram lebih pakar dalam mengendali masalah.
"fine but wait first" pintu ditutup semula. Biasalah tu, bukannya reti nak ajak orang masuk duduk ke apa. Suka hati dia je. Mentang-mentang en. akram tu pembantu peribadi en. lee je, dia buat perangai boss dia.
.
.
.
.
.
.Rumah
Pintu dibuka dengan berhati-hati, gaya dah macam pencuri. Orang dibelakang sudah menunggu lama tetapi tidak dihiraukan.
Akhirnya berjaya juga kaki Ain menapak dalam rumah agam itu. Bila dua tapak kaki dah berada betul-betul dalam rumah tu, Ain mengira satu sehingga tiga kemudian dengan pantas dia masuk ke dalam lif tapi... cubaan Ain gagal bila kepala dia terhantuk kepada benda keras tapi lembut, Ha apetu?
"Ain, you're here. Finally" tanpa hiraukan balasan dari gadis itu. Si dia memeluk Ain dengan erat. Ain kaku seperti patung cendana.
"pergi, pergi, PERGIIIIIIIIII" Ain tolak kuat badan itu. Dia terus berlari menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Pintu terus dikunci, rambut diserabutkan. Mata mula memerah menahan empangan air mata yang bila-bila sahaja akan jatuh.
"Aku benci kau darwish"
.
.
.
.
."papa harap kamu dapat settle-kan masalah kamu, darwish. Ain tu nampak je dingin kat luar tapi dalam dia lembut tanpa orang sedar. Dia hanya trauma, bantu dia Darwish" en lee beri ceramah panjang lebar bila tengok Darwish yang kelihatan keliru.
"papa, Darwish pun tak tahu kenapa Ain buat darwish macam ni. Tiba-tiba je dia hilangkan diri tinggalkan Darwish" dahi miliknya berkerut memikirkan salah apa yang telah dilakukan.
"heh, kau kata kau tak salah? kau nak sangat tahukan kau salah apa. Nah, hadam ni" laju tangan darwish diambil dan dicengkam kuat oleh Ain. Mata Ain mula berubah biru terang tidak seperti selalu.
Darwish mula kepeningan apabila beberapa imej yang tidak familiar dengannya menerjah masuk berpusu-pusu.
Lengan yang dicengkam dilepaskan dengan kasar. Mata Ain yang masih berwarna biru itu menikam tajam Darwish.
"kau curang dengan aku, banyak kali dan aku tahu semua tu" suara perempuan bercampur lelaki keluar dari mulut ain mengejutkan semua yang berada di ruang itu.
"tapi-" tak sempat Darwish membalas, Ain jatuh mengejut namun sempat disambutnya.
"Ain......"
.
.
.
.
.sorry guyss dah lama tak update, hahahaha aku busy la. spm woii
YOU ARE READING
pyschometry II
Non-FictionATTENTION!! READ THE FIRST PYSCHOMETRY BOOK. THANKS~ A sequel to pyschometry. Tidak seperti dulu, hubungan mereka semakin renggang akibat kesalahan yang sengaja dilakukan. Ya, sengaja. "aku akan buktikan yang aku tak perlu kau untuk hidup seperti...