"so macam mana kau boleh ada niat nak pergi jepun, man?" soal Ain sebelum menghirup coffee latte, air kegemaran Darwish. Lama juga ain mahu meng'order' air sebentar tadi. Akhirnya air itu juga yang terbit dari mulutnya tanpa sengaja dan tanpa disedarinya.
" aku sambung belajar dekat sini sebab aku bosan duduk Malaysia" jawab aiman tanpa memandang Ain dihadapannya. Dari tadi matanya tertumpu pada airnya sahaja, sikit pun tidak memandang Ain. Siapa saja tak seram bila Ain merenung tajam, Budak seorang ni bukan boleh, ada saja dia nak buat
"dahlah aku nak pergi tandas" kerusi di tolak kebelakang, langkahnya terus laju menuju ke tandas. Bukan sebab yang biasa ain menapakkan kakinya ke tandas tapi oleh kerana sesuatu telah menarik perhatiannya sebentar tadi.
"kau buat apa kat sini emylia ?" suara Ain yang agak perlahan mengejutkan emylia yang sedang tertunduk-tunduk dari tadi terus jatuh tersungkur
"a-aa-ain? aaaaaa aku nak pergi tandas" berdesup pantas emylia melarikan diri masuk ke dalam tandas.
.
.
.
.
"apa yang lama sangat dekat tandas tu? nak dekat setengah jam dah ni" aiman menggaru kepala sendiri melihatkan jam tangannya.
Beberapa minit kemudian ain muncul bersama seorang perempuan di belakangnya yang seperti tidak mahu menunjukkan mukanya kepada aiman yang sedang berkerut wajahnya.
"siapa tu ain? macam kenal je" air aiman cicipkan sedikit sebelum menanyakan soalan. Haus dibuatnya bila melihatkan wajah tidak berperasaan ain.
"dia ni? takkan kau tak kenal" ain mengalihkan tubuhnya dari menghalang emylia yang sedang menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan kecilnya. Senyuman kecil terukir dibibir emylia, perlahan-lahan tangannya diturunkan dan mata tepat memandang aiman yang tercengang ketika ini.
"what the- apa kau buat dekat sini emy?" aiman bangun dari duduknya sehinggakan kerusi yang diduduki hampir terbalik dibuatnya menunjukkan kejutan yang dirasai. Sementara ain demngan tenang mengambil tempat duduknya semula dan menghirup air yang masih tersisa.
"ni kalau ada popcorn sedap ni" dengan selamba badak ain melontarkan ayat itu sekaligus memberhentikan drama yang baru sahaja mahu bermula. Kedua-dua pelakon yang baru sahaja mahu memulakan drama memandang ain serentak memberhentikan ain yang sedang seronok menghirup airnya.
"what? just go on with your drama. No need to look at me like that dudes" leher yang terasa lenguh menyebabkan ain menggerak-gerakkan sedikit kepalanya kekiri dan kekanan.
"sit down emy, bagitahu aku kenapa kau datang sini. Aku tak rasa kau ada urusan penting dekat sini" aiman merenung tajam emylian yang masih tersenyum seperti kodo- eh.
"saya... saya- ergh... why not? it's my desicion" tanpa sebarang patah lagi, emylia berlalu pergi dengan muka yang agak keruh seperti menyembunyikan sesuatu.
"ain aku- AIN?!" saat mata aiman tertumpu pada ain, perkara yang tak diingini berlaku kembali.
mata bertukar biru gelap, menitis air mata berdarah, mulut dan hidupnya mengeluarkan darah yang menyiksanya. Ya, lagi dan lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/227860910-288-k94410.jpg)
YOU ARE READING
pyschometry II
SachbücherATTENTION!! READ THE FIRST PYSCHOMETRY BOOK. THANKS~ A sequel to pyschometry. Tidak seperti dulu, hubungan mereka semakin renggang akibat kesalahan yang sengaja dilakukan. Ya, sengaja. "aku akan buktikan yang aku tak perlu kau untuk hidup seperti...