33 ; Tembok Konkrit

268 48 15
                                    

Wow berkurun tak update fanfic ni muehehehe, btw munculkan diri korang dengan vomment kalau nak fanfic ni ada penamat 🤡

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 33

"Aku rasa kita dah sampai."

Langkah mereka berenam terhenti seusai terdengar Namjoon bersuara dengan yakin.

Mereka kini berhadapan dengan tembok konkrit yang teguh berdiri.

"Jadi, macam mana nak masuk ni?"

Tiada siapa mampu keluarkan pendapat sendiri yang boleh dikira sebagai jawapan buat soalan Jimin.

Dengan ekor matanya yang agak tajam, Jungkook memerhati persekitaran tembok, cuba mencari mana-mana petunjuk. Mahu tahu jikalau ada, pasti mereka dapat memasuki ruang dalam di balik tembok itu.

"Yoongi hyung, tadi hyung kata cincin batu kelabu tu ada kaitan dengan tembok besar ni kan?"

"Itu yang Sharlene cakap, kenap— woi!" terbantut Yoongi daripada meneruskan percakapan ekoran cincin batu kelabu yang tersemat pada jari manisnya direntap kasar oleh Jungkook.

Tanpa mempedulikan amukan Yoongi, Jungkook menghayun langkah menjauhi mereka berenam sambil fokus membelek cincin yang dirampasnya. Tidak, lebih kepada ralit.

"AUCH!"

Dia meringis kepedihan setelah objek keras dan padu menyapa kuat permukaan dahinya. Sedar tak sedar, Jungkook sudahpun terpacak berdiri betul-betul hadapan tembok itu.

"Apa kau cuba buat tu?"

"Diam sajalah!"

Terkedu Taehyung disebabkan Jungkook membalas tengkingan, tahu menyibuk saja apa yang dikerjakannya.

Tanpa menghiraukan mereka yang lain, Jungkook mula menyentuh-nyentuh permukaan kejung tembok bagi mencari sesuatu, mana tahu jikalau ada butang tersembunyi yang mengundang tembok terbuka.

Tiba-tiba, hujung jarinya memasuki rekahan tembok yang melekuk dari dalam. Melalui tekaannya, lekukan itu sama saiz seperti cincin dibawa bersama.

Sekadar mencuba, Jungkook pun memasuki cincin ke dalam ruangan kecil itu.

Secara automatik, tembok itu mula perlahan-lahan bergerak dari arah bertentangan.

Keadaan ini sememangnya mengejutkan mereka berenam lantaran tidak menduga tembok sebesar ini hanya kekal teguh berdiri sampai kesudahnya. Namun jangkaan itu begitu meleset.

Mana tidaknya, tembok ini menyembunyikan pintu rahsia yang menghubungkan suatu tempat mereka bakal kunjungi nanti. Dan itulah satu-satunya laluan untuk pulang ke dunia realiti.

Jika pintu itu tidak dijumpai Jungkook, pasti mereka semua terperangkap di sini buat selama-lamanya.

"Ternganga apa lagi? Masuklah!" nada kasar Jungkook terpaksa gunakan untuk menyedarkan mereka yang termangu di hadapan tembok itu dari tadi.


.....


"Wow, nama apa tempat ni?" soalan Jimin sekali lagi dibalas kesepian ekoran mereka berlima yang lain buntu melihat persekitaran yang bersimpang siur.

"Entahlah." selamba Jungkook membalas sambil tangannya kembali mengambil cincin kelabu dari dalam lekuk itu.

Pintu tembok konkrit mula tertutup rapat seusai cincin dibawa keluar dari tempatnya.

"Nama tempat ni Love Maze. Tempat ni bahaya sikit, jadi kita semua jaga sesama sendiri. Sebab kita semua kena keluar dari sini, hidup-hidup.

Jangan sesekali biarkan salah seorang kita terperangkap di sini, kalau kau orang nak kita semua keluar dari dunia ni." tiba-tiba Hoseok bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Apa bahayanya? Dan macam mana kau tahu nama tempat n—"

"Bahayanya nanti kau orang akan ketahui. Pasal aku tahu nama tempat simpang siur ni, erm malaslah nak bagitahu." begitu pantas Hoseok mencantas pertanyaan Taehyung, lagipun dia betul-betul tiada angin baik untuk menjelaskan secara lanjut.

Nanti diberitahu perkara itu, pasti rata-rata mereka tidak mempercayainya. Jadi, biarlah mereka ketahui sendiri.

"Okey, dah kau macam tu. Jomlah cari jalan kelua—" ajakan Taehyung kian mengendur tatkala anak mata teralih pada lambaian seseorang yang menyembunyikan diri di balik dinding.

Seperti sesuatu merasuki tubuhnya, Taehyung dengan perlahan-lahan mengangkat kaki, mahu mendekati gerangan yang lemah gemalai pergerakan tangannya.

Setelah sepuluh langkah ke hadapan, Taehyung terpempan tatkala menoleh ke arah seseorang yang menantikan ketibaan di lorong. Sungguh, keberadaan orang itu di sini langsung tidak diduganya.

"Caron sayang? Kamu ke ni?" gadis di hadapannya sekadar membalas reaksinya dengan segaris senyuman kecil.

Mahu saja Taehyung mengelus pipi mulus miliknya, gadis itu mula menjatuhkan tangan jejaka itu daripada menyapa sisi wajahnya, sebelum dia mengundur menjauhi Taehyung.

"Apa ni sayang? Janganlah main-main!"

Akibat tidak puas hati, langkah Taehyung dimajukan ke depan, cuba mengikuti rentak langkah Caron yang kian ke belakang.

Gadis itu tidak membalas apa-apa dengan suara, sebaliknya senyuman dilakarnya makin manis. Ini membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan disaat memandangnya.

"Taehyung, berhenti! Kau dalam bahaya sekarang!" secara spontan Taehyung menghentikan derapan kaki akibat terdengar pekikan Seokjin dari belakangnya.

Setelah menoleh, kelihatan keenam-enam rakannya melemparkan air muka yang begitu cuak, seperti terlihat sesuatu yang menggerunkan.

"Apa bahayany—" terkedu Taehyung untuk menghabiskan percakapannya setelah terpandang Caron yang berubah menjadi sesuatu yang dia sendiri tidak dapat berfikir kewujudannya.

Apa yang dikuti Taehyung tadi sebenarnya bukan Caron, tetapi...

"LARI!"

🍉🍉🍉🍉🍉

Mianhae idea makin ke laut hiks 😿

【✔️】ON || 𝐁𝐓𝐒Where stories live. Discover now