1 ; Lolipop

1.5K 148 59
                                    

Annyeong remi-remi! Selamat datang ke karya keberapa belas ntah hahahaha, harap korang sudi baca chapter pertama ni

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 01

Dia merenung seketika lolipop yang baru saja dibeli dari kedai serbaneka. Tanpa melengah masa, si jejaka berlesung pipit merobek pembalut plastik sebelum dibawa masuk ke dalam mulut.

Dalam menikmati gula-gula berperisa bubble gum itu, tiba-tiba bahunya direngkuh seseorang yang memecut berlari, sampaikan lolipop yang dikulumnya jatuh ke bawah. Habis lolipop kesukaannya.

Dia mendengus kasar sejurus menghantar pemergian gerangan yang melanggarnya, sehingga lesap daripada pandangan.

Tidak lama selepas itu, dua anggota polis berhenti di hadapannya, berkeadaan termengah-mengah. Dari pengamatannya, mereka seperti mengejar seseorang.

"Tumpang tanya, ada nampak tak lelaki yang berpakaian sweater dan berambut perm?" pertanyaan salah seorang anggota berkuasa itu mengundang imbas kembali dalam benak fikirannya.

Lelaki yang melanggar bahu tadi sememangnya ada ciri-ciri yang disoal. Mungkin lelaki tadi yang dimaksudkan anggota polis itu.

Tanpa bersuara, dia sekadar menggunakan bahasa badan. Jari telunjuk dituju ke arah timur, sehala dengan laluan yang dilewati lelaki tadi.

"Baik, terima kasih maklumkan" dua orang polis bergegas meninggalkan seusai ucapan terima kasih dititip.

Dia pun turut menghayun kaki sehingga melewati belakang kedai yang merupakan laluan kurang tumpuan khalayak . Langkah berjaga-jaga diambilnya memandangkan wabak penyakit berjangkit menular di kawasan bandar.

Semasa melangkah pulang ke rumah, tiba-tiba satu suara bernada sayu menyapa deria pendengarannya.

"Kim Namjoon, aku tahu apa yang kau fikirkan sekarang" terhinjut bahu dibuatnya mendengarkan suara yang separa sayu.

"Kau tengah fikirkan bagaimana nak bendung penyakit yang kian menular tu kan?

Walhal, kau tiada langsung ilmu sepertimana yang diperoleh pengamal perubatan lain?

Tak apa, aku boleh bantu kau, tapi setiap pertolongan perlu ada balas budinya"

Kerutan pada dahi jendulnya terbentuk, buntu dengan suara yang meniti nama berserta buah fikiran. Tahu-tahu saja kotak fikirannya berlegar-legar mengenai perihal itu.

Kepalanya menoleh ke belakang lantaran punca suara jelas kedengaran dari sana.

Raut wajah hampa mula terlakar, tiada apa yang menarik perhatian. Yang ada pun pastinya longgokan sampah dan bangkai-bangkai haiwan perosak.

Apabila dia menoleh semula ke depan dan mula mengatur langkah, Namjoon terpijak sesuatu.

Kening ternaik tatkala objek di tapak kasutnya kelihatan aneh. Tidak, unik baginya. Dia pun membongok tubuh sebelum mengambil bongkah kayu yang berukiran corak bunga.

Jari jemari menari-nari atas permukaan bongkah tersebut, untuk ketahui objek apa sebenarnya disentuhnya kini.

Persoalannya hampir menemui jawapan setelah bola matanya memutar pada butang berbentuk bulat, yang tertulis perkataan 'ON'.

Niatnya sekadar mencuba, jadi Namjoon pun menekan butang berkenaan menggunakan tapak tangan.

Sambil-sambil itu, matanya dipejam serapat-rapatnya disulami perasaan yang teruja. Mana tahu kalau-kalau jasadnya dibawa ke dimensi lain melalui bongkah di tangannya.

Dia pun kembali mencelik untuk melihat 'perubahan' dialami.

"Hampeh betul, ingat betul tadi. Kena tipu bulat-bulat rupanya" bongkah kayu pada genggamannya sudah dilempar jauh. Geram dirinya dipermainkan sebegini.

Dengan hati yang kian membara marahnya, dia pun mengatur langkah dengan menghentak-hentak. Namun tidak sampai sepuluh tapak, Namjoon jatuh terjelepok ke bawah.

Kini dia diserang perasaan gelabah tatkala kedua-dua belah kakinya lesap sedikit demi sedikit. Matanya juga kian membeliak apabila tangan pula perlahan-lahan menghilang.

"TOLONG!" teriakan yang bertalu-talu tidak dapat didengari ekoran keseluruhan tubuhnya kian terlerai.

Kini, jasad Kim Namjoon lesap dari pandangan.

🍉🍉🍉🍉🍉

Ni baru sorang, masih berbaki enam ketoi lagi kosabajap hehehe

Ni baru sorang, masih berbaki enam ketoi lagi kosabajap hehehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
【✔️】ON || 𝐁𝐓𝐒Where stories live. Discover now