9 ; Si Pengembara

550 77 23
                                    

𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 09

"Dia...dia..."

"Apa yang berlaku ni sebenarnya?" satu suara asing didengari mereka tiba-tiba mencelah.

Taehyung dan Jimin mula menoleh ke arah seseorang yang menghampiri lokasi mereka terpacak berdiri.

"Korang ni asal sini ke?" ramah jejaka itu mengajukan soalan.

"Tak kami pengembara. Saja singgah sekejap dekat sini, nak berehat" bohong Taehyung yang tak henti-henti tersengih.

Sambil-sambil itu, dia menghantar pandangan tajam pada Jimin, cuba menyuruhnya untuk cepat bertindak. Takut terkantoi hal yang mereka bertengkar tadi.

"Oh ya, kitaorang dari sempadan, em- di balik benteng sana" tokok Jimin, sebagai penambah rasa dalam perbualan.

"Yeke? Macam tak ada jalan keluar nak tembusi benteng tu je. Pasti ke korang ni asal sana?" soalan cepumas yang diajukan menggugat mereka berdua.

Mati akal si Taehyung untuk membalas soalan jejaka itu, namun mujur Jimin kembali membuka mulut.

"Sebab tak ada mana-mana pintulah, kitaorang panjat guna tali, kan?" Jimin mengenyit mata, cuba menyuruh Taehyung mengiyakan apa yang diperkatakan.

Dia pun mengangguk, acah-acah yakin.

Jejaka berpakaian jaket serba hitam sekadar tersenyum, rasa bertuah bertemu pengembara sepertinya di penghujung tanah lapang.

Tangan salah seorang daripada mereka berdua cuba diraih, untuk bersalaman sebagai tanda perkenalan.

"Aku Hoseok, pengembara macam korang berdua. Korang?"

"Taehyung. Ni Jimin" tutur Taehyung lalu berjabat tangan dengan Hoseok.

"Jadi boleh aku sertai korang? Bosanlah jalan sorang-sorang, tak ada teman nak berbual" soal Hoseok sambil menguis hujung kasut berjenama Converse.

"Boleh je" pelawa Jimin sambil merehatkan lengan pada bahu Hoseok, cuba beramah tamah dengannya.

"Ehem!"

Deheman seseorang telah mengganggu perbualan pertama mereka bertiga.

Pantas mereka berpaling ke belakang bagi ketahui gerangan yang berdehem tadi.

"Maaf kalau kacau korang menyembang. Mesti korang orang jauh kan?" mereka pun mengangguk pasti.

"By the way aku Seokjin, marilah ikut aku" mereka bertiga pun berangkat pergi dari situ setelah menerima ajakan jejaka berbahu lebar untuk ikutinya.

Setelah beberapa minit mengerahkan tenaga untuk menghayun langkah, akhirnya mereka tiba di suatu tempat baru.

Tergamam mereka bertiga semasa terpacak berdiri di sebuah kediaman yang dipenuhi dengan variasi mergastua yang berkeliaran ke sana sini.

"Tercegat apa dekat situ? Jemput masuk rumah" tak henti-henti Seokjin mengajak mereka untuk bertandang masuk ke dalam.


....


"Kucing ni sakit teruk ke?" kaki kecil digoyangkan penuh gentar, takut kucing belaan rakannya mengalami penyakit serius.

Disebabkan rakannya tidak dapat turut bersama, jadi dia mewakilkan diri untuk berjumpa dengan Namjoon. Lagipun jejaka berlesung pipit ini amat disenangi orang sini sebagai doktor haiwan, selain dari ahli penyelidik dan ahli zoologis.

"Kucing ni baik-baik saja, Encik Min Yoongi. Cumanya saya nak syorkan agar kurangkan sukatan makanan harian kucing montel ni dan bawak dia pergi jalan-jalan sikit.

Bukannya apa, takut nanti tak berjalan lepas ni, entah-entah bergolek ke sana sini macam bola" Namjoon menitipkan nasihat pada Yoongi sebelum mengakhiri katanya dengan jenaka.

Tergelak halus Yoongi dibuatnya, sehingga menampakkan gusi merahnya.

"Baiklah, saya akan maklumkan pada kawan saya nanti. Terima kasih doktor"

"Panggil saja Namjoon"

Setelah berjabat tangan, Yoongi meminta diri untuk pulang. Jadi Namjoon pun mengiringinya sehingga ke pintu pejabat.

Sambil membimbit sangkar kucing baka Maine Coon, Yoongi perlu melalui ruang tamu memandangkan ruang pejabat berada di dalam kediaman ini.

Sementara melihat klienya berlalu pergi, Namjoon mula teringatkan sesuatu, jadi dia melangkah ke bilik tidur yang dihuni seseorang.

Sudut bibir sedikit tersungging setelah tombol pintu dipulas. Akhirnya jejaka yang ditemui Seokjin mula sedarkan diri.

"Err aku dekat mana ni?" buntu dia menyoal sambil memandang Namjoon.

"Yang tu kau tak perlu tahu. Sekarang ni rehatkan diri, kau tu baru sedar dari pengsan"

"Tapi aku lapar sangat"

Terlupa pula Namjoon tentang hal itu, pastinya jejaka itu kelaparan setelah lama tidak sedarkan diri.

"Biar aku bawakan makanan"

"Tak apa aku boleh pergi dapur sendiri" ujarnya sambil cuba bangkit untuk berdiri.

Disebabkan simpati dengan keadaan jejaka malang itu, Namjoon pun menghulurkan bantuan dengan memapahnya untuk ke dapur.

Dalam mereka menapak ke sana, sempat Namjoon bertanyakan sesuatu.

"Nama kau siapa? Lupa nak tanya tadi"

"Jeon Jungkook. Kau?"

"Kim Namjo-" suai kenal antara mereka tergendala selepas Namjoon perasan yang Yoongi masih tercegat di pintu utama kediamannya.

Lantaran ingin tahu, dia yang masih memapah Jungkook terus membawanya ke ruang utama.

Perasaan cuak mula menerjah ekoran beberapa orang pemuda berada di pintu masuk, dalam kira-kira 5 orang termasuklah Yoongi.

Cuak Namjoon kian memuncak apabila wajah seseorang ditatapnya.

"Kau?"

Jejaka yang dimaksudkan Namjoon lantas menyorok di belakang Seokjin. Mana tidaknya, memori lalu mula berlegar-legar dalam benak fikirnya setelah ekor matanya meliar ke arah Namjoon dan Jungkook.


🍉🍉🍉🍉🍉

Anggaplah kesembilan-sembilan chapter pertama ini sebagai pengenalan. Plot permulaan bakal menyusul di chapter seterusnya.

Sorry kalau jalan cerita awal-awal ni tak berapa best

【✔️】ON || 𝐁𝐓𝐒Where stories live. Discover now