35 ; Simpang Siur (Bahagian 2)

229 39 21
                                    

Maaf sebab berkurun tak update 😓

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 35


"Taehyung! Turunkan aku cepat! Tinggi sangat ni!" desak Yoongi yang menggigil ketakutan untuk diturunkan ke bawah secepat mungkin.

"Ish hyung ni, duduk diamlah! Kalau berat sama macam anak kucing tak kalut, ni berat kalah bapak gajah!" hambur Taehyung kegeraman akibat lengannya mulai lenguh.

Mana tidaknya, dia terpaksa menampung berat Yoongi seorang diri dengan mengangkat tubuh jejaka itu dengan gaya pengantin.

"Turunkan sajalah! Aku rela mengesot daripada terbang macam ni."

Akibat tidak tahan mendengar Yoongi merengek, akhirnya Taehyung mula menuruni ke bawah dengan selamat.

"Hah, mengesotlah sorang-sorang! Kita orang pergi terbang dulu." pamit Taehyung lalu mengibas-ngibas sayapnya.

"Taehyung~" dia kembali memusing ke arah Yoongi yang sedang bermain hujung jari.

"Buatlah aku terbang macam dia orang yang lain. Takkanlah kau nak biarkan hyung yang comel ni mengesot bawah sorang-sorang?

Kalau ada raksasa tiba-tiba ngap aku, jangan nak buat drama pukul 7 pulak lepas ni." sengaja Yoongi menyuntik kata-kata berbaur membodek agar Taehyung berlembut hati dengannya.

"Yelah hyung. Tapi ni sakit sikit tau. Jangan nangis pulak."

"Aku jantanlah, buat apa nak nangi- hiks." Yoongi menahan kesakitan tatkala merasai sesuatu menjalar keluar dari belakang badan.

Tidak lama selepas itu, muncullah bulu-bulu hitam likat yang memenuhi segenap sayap.

"Dah! Cuba hayunkan." ujar Taehyung sebelum memberi tunjuk ajar buat Yoongi.

Yoongi pun menggerakkan sayapnya, sepertimana yang dibuat Taehyung.

"Tak boleh pun." jejaka berona putih pucat itu mencebik geram kerana tidak dapat mengepak sayapnya sepantas Taehyung.

"Tak boleh apanya? Elok saja hyung terbang." mata sepet Yoongi membeliak besar, baru sedar dirinya berada di awang-awangan.

"Aku dah boleh terbang, YEEHA!" hanya gelengan kecil yang mampu diberikan oleh Taehyung sebagai reaksi sejurus ralit memerhati Yoongi yang berterbangan ke sana sini penuh teruja.

Mahu saja Taehyung kembali berterbangan seperti yang lain, tiba-tiba dia terdengar esakan seseorang yang secara tidak langsung mencuit perasaan kasihan dari lubuk hati.

Perlahan-lahan Taehyung memasang telinga, mengikuti iringan esakan yang kian ketara kedengaran acapkali langkahnya dihayunkan.

Alangkah terkejutnya jejaka itu disaat menatap seseorang yang erat mendakap sesuatu, bersama linangan air mata.

"Aang? Appa?"

....


"Terima kasih." ucap Aang tersedu-sedan sejurus meraih bungkusan roti daripada salah seorang mereka.

Perasaan kasihan mula menjentik hati-hati jejaka itu tatkala merenung Aang melahap terus roti pemberian Jimin itu. Ternyata sudah berhari-hari dia terperangkap di Love Maze tanpa makanan.

"Em. Macam mana kau boleh ada dalam ni?" laju Aang menoleh Jimin yang mengambil tempat bersebelahannya.

"Sebenarnya aku sendiri suruh Appa terbang masuk ke sini, saja nak meronda-ronda. Tapi bila nak keluar dari sini, memang dah tak boleh."

"Tapi kenapa?"

Aang pun menuding ke arah langit membiru di atas sana.

"Kau nampak kan langit tu? Macam tak ada halangan kan? Tapi itulah perangkapnya.

Perangkap ini sama konsep tumbuhan Venus, pemakan serangga. Sekali masuk, tak boleh keluar. Tapi kelainannya cuma halimunan, tak dapat dilihat dengan mata kasar." tertunduk Aang memberitahu.

Jungkook yang perasan dengan perangai aneh Aang lantas bertanya.

"Aang kenapa ni?" cemasnya tatkala Aang kembali lirih menangis.

"Kalau aku tak bawak Appa ke sini, pasti dia takkan apa-apa hiks!" hujung sepersalinan yang sedikit lusuh digenggam penuh kekesalan.

"Jangan khuatir pasal Appa. Seokjin, Hoseok, Namjoon hyung tengah berusaha untuk pulihkan luka Appa." Jungkook cuba meraih kepercayaan Aang untuk tidak gusar akan keadaan haiwan gergasi itu.

"Tapi kan, benda apa yang gigit Appa? Bukan main besar luka dia." Taehyung menampar belakang tapak tangan Yoongi, yang tidak segan silu mengajukan soalan sensitif pada Aang.

Namun, mulutnya begitu ringan untuk membalas persoalan jejaka berona putih susu itu.

"Dua hari lepas, kami didatangi seorang gadis, sangat manis rupawannya. Wajahnya tak ubah dengan seseorang yang kami tercari-cari selama ni.

Malangnya, kami dah tertipu. Yang kami ekori itu sebenarnya raksasa pemakan mangsa. Kami cuba lepaskan diri, tapi Appa lindungi aku terlebih dulu. Akibatnya, sebahagian tubuhnya dibaham raksasa tu." masing-masing terdiam, tidak mampu mengungkap apa-apa perkataan hatta suku perkataan.

Ya, situasi Aang amat serupa sepertimana berlaku kepada Taehyung tadi.

Suasana tiba-tiba bertukar hening. Dalam diam, rata-rata menghadiahkan renungan tajam Yoongi. Jikalau Yoongi tidak mencetuskan situasi dengan soalan sebegitu, pasti tidak berlaku keadaan begini.

Tidak lama selepas itu, derapan seseorang yang laju berlari memecahkan suasana sunyi.

"Hyung, apa jadi ni?" cemas Taehyung memandang Seokjin yang kelihatan cukup memilukan.

"Aang, kau orang. Aku datang sini nak khabarkan sesuatu."

"Apa dia? Cakaplah cepat!" hujung kolar Seokjin direntap kasar oleh Aang, cukup tidak sabar untuk ketahui perkhabaran yang bakal disampaikan jejaka itu.

"Yang sebenarnya, Appa..."

🍉🍉🍉🍉🍉

Sapa-sapa nak tolong sambungkan, jari dengan sel otak taknak bekerjasama hiks 😭

【✔️】ON || 𝐁𝐓𝐒Where stories live. Discover now