Kerana dia
Episode 1.
Hai guys, assalamualaikum ada yang still ingat ros ke? 🤔 Hari ni aku nak cerita sikit kisah 8 tahun lepas. Time ni aku form 3, so boleh agak kan umur aku berapa sekarang. Cerita ni bukan la cerita hantu so jangan ingat ada nenek tua dalam cerita ni yee. Yang ada cuma si sarah yang pelik.Aku merupakan pelajar baru di sekolah tersebut.
Kerana mempunyai masalah keluarga yang tak dapat dielakkan aku berpindah ke kampung sebelah ibu. Aku tinggal bersama nenek dan atok. Kerana sekolah yang agak jauh dari rumah, nenek mendaftarkan aku ke asrama. Dalam keadaan yang tak rela aku tetap juga tinggal di asrama bagi memudahkan perjalanan ke kesekolah. Loghat percakapan berbeza membuatkan aku sedikit sukar untuk mempunyai kawan. Loghat kelantan yang pekat membuatkan aku sedikit sukar untuk berkomunikasi dengan rakan yang lain. Nak dijadikan cerita, semasa aku mendaftar masuk asrama aku ada terlanggar seseorang.
Ros:" maaf, saya tak sengaja." gadis itu hanya menghadiahkan jelingan yang mengerikan.Dini:" tak payah rapat sangat dengan dia ros." pesan kak dini. Kak dini merupakan pelajar tingkatan 6 dan ketua aspuri.
Ros:"tapi kenapa kak?" tanya aku ingin tahu.
Dini:"dia tu pelik sikit. Tak ada siapa yang nak kawan dengan dia." terang kak dini.
Aku hanya mendengar sambil berjalan bersebelahan kak dini. Aku ditempatkan di block A dan aras bawah sekali. Tak ada la aku nak naik turun tangga setiap kali nak ke bilik.
Dini:" ni katil awak ye ros. Kalau ada apa² panggil je akak dekat bilik." pesan kak dini sebelum beredar keluar.
Ros:" baiklah kak, terima kasih. " kata aku sambil mengemas katil.Malam menjelma.
Aku hanya duduk di katil sambil memerhatikan pelajar lain. Masing² rancak berborak. Apa yang diborakkan pun tak tahu. Dari siang tadi aku tengok katil sebelah hanya kosong. "mungkin dia masih bercuti." monolog aku didalam hati.
Faiha:"ehhh, ada budak baru la. Korang tak tegur dia ke? " kata faiha kepada rakan yang lain. Faiha merupakan senior tingkatan 5 dan biliknya hanya disebelah bilik aku.
Bella:" tak nak aku. Dia nampak macam pelik je. Elok la kalau dia berkawan dengan si sarah tu. Katil pun dah sebelah-sebelah." kata bella agak kuat. Aku hanya mampu melemparkan senyuman seikhlas hati. "siapa Sarah?" hati aku mula berteka-teki. Tanpa aku sedari faiha sudah duduk disebelah aku.
Faiha:"hai, faiha." kata faiha sambil menghulurkan tangan.
Ros:" saya ros." jawab aku sambil menyambut huluran tangan faiha.
Faiha:" kenapa tak berborak sekali dengan dorang? Ros takut ke?" tanya faiha.
Ros:"saya malu la. Lagi pun dorang macam tak nak kawan saya je." agak perlahan suara aku.
Faiha:"dorang memang macam tu. Abaikan je dorang." kata faiha sambil menjeling kearah rakannya yang lain.
Faiha:" saya cuma nak ingatkan. Hati² dengan sarah. Kalau dia ada kacau awak. Awak bagi tahu je saya."pesan faiha sebelum berlalu pergi.
Aku hanya memandang faiha dengan pandangan yang penuh tanda tanya.Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Warden memberikan arahan supaya semua lampu dimatikan. Disebabkan katil aku berada dihujung sekali memang aku la yang menjadi mangsa untuk tutup suiz lampu. Keadaan mula sunyi. Aku mula berselubung 1 badan. Air mata mula mengalir, perasaan rindu keluarga mula mengetuk pintu hati. Hampir setengah jam aku menangis meluahkan segala rasa yang terbuku dihati.
"kreekkk" bunyi seakan ada seseorang duduk dikatil sebelah. Aku hanya diam membatukan diri.
"kreekkkkkkkk" bunyi yang panjang beserta tawa seorang wanita. Sungguh mengerikan. Aku mula membaca segala ayat yang aku ingat.
"hai budak baru" sapa seseorang.
Dia cakap dekat aku ke? Aku mula gelisah.
"pandang la bawah ni." suara perempuan tersebut mula kedengaran kembali. Kerana rasa ingin tahu lebih banyak dari rasa takut. Aku berani kan diri untuk tengok siapa yang berada dikatil sebelah.
Perlahan aku menurunkan selimut ke paras leher.
"nak tengok ke tak ni" kaku aku memandang syiling. Hampir 5 minit berkira-kira akhirnya aku beranikan diri untuk melihat kesebelah.
Namun tiada sesiapa. Suara ketawa seorang budak mula kedengaran. "shut, diam la nanti orang dengar." agak kuat suara tersebut memarahi seseorang.Ros:"siapa tu?" tanya aku agak perlahan takut mengganggu yang lain.
"sini la." jawab seseorang.
Aku menundukkan badan untuk melihat ke arah bawah katil sebelah. Tiba-tiba seorang perempuan muncul dalam keadaan terbaring dengan senyuman yang mengerikan.
"ya Allah," terjerit kecil aku akibat terkejut.
"perempuan yang aku langgar petang tadi." monolog aku didalam hati.
Perempuan tersebut hanya memandang aku dengan pandangan yang mengerikan.
Ros:"kenapa kau duduk bawah katil tu?" tanya aku memberanikan diri.
Sarah:"aku suka duduk bawah katil. Ada ramai kawan² aku."
Ros:"kawan?" tanya aku pelik.
Sarah:"kau nak kenal dengan kawan aku tak?" tanya sarah dengan suara yang agak perlahan.
Ros:" aku kenal dengan kau dulu la ya. Baru aku kenal kawan² kau." kata aku sambil memandang ke arah bawah katil. Mata aku melilau mencari "kawan" yang dimaksudkan oleh sarah.
Sarah:" tak payah cari. Kau memang takkan nampak."
Aishh perasan pulak si sarah ni.
Ros:"duduk la atas katil, susah la aku nak cakap kalau kau duduk bawah katil tu.
Akhirnya sarah keluar dari bawah katil dan duduk di atas katil miliknya.
" ros. " kata aku sambil menghulurkan tangan.
" aku sarah" kata sarah sambil senyum menampakkan gigi taring miliknya.Sejak dari malam tersebut hubungan aku dan sarah semakin rapat. Aku selesa berkawan dengan sarah walaupun perangai nya yang agak pelik.
Bersambung - - -