kerana dia episode 3

13 0 0
                                    

Kerana dia
Episode 3.

Jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi.
Bunyi bising seperti orang bercakap menyedarkan aku.
"apa yang bising sangat ni. Tak reti cakap slow² ke?" marah aku tanda tidak puas hati kerana tidur aku diganggu. Aku bagun dan duduk di tepi katil. Suasana diam.
Ros:" tadi bising sangat. Aku dah bangun diam pulak." bebel aku tak puas hati.
Masing² tidur dengan lena.
" kreekkkk" bunyi katil.
Ros:" kau buat apa lagi tu sarah."
Sarah :"macam mana kau boleh tahu aku ni." kata sarah sambil keluar dari bawah katil.
Ros:" aku bukannya baru kenal kau sehari. Kau buat apa tak tidur lagi ni."
Sarah:"aku bising sangat ke sampai kau bangun ni?" tanya sarah.
Ros:" sebab bising la aku bangun." jawab aku geram.
Sarah:" sorry la, aku dah suruh kawan aku diam. Tapi dia still bising." kata sarah sambil memandang ke arah locker.
Ros:" kawan mana pulak kau ni sarah. Semua orang dah tidur. Kau je cakap sorang²." aku turut sama memandang ke arah locker. Namun tiada sesiapa.
Aku memandang sarah dengan pandangan hairan.
Ros:" yang tangan kau penuh darah ni kenapa sarah?" tanya aku risau.
Sarah:" aku bagi kawan aku makan. Dia tak nak makan benda lain. Dia nak makan darah je."
Ros:" kau ni mengarut lah Sarah. Mana kau dapat darah ni.
Sarah:" tu."  kata sarah sambil menunjuk kedalam plastik yang dipenuhi pad.
Ros:"aishhh kau ni sarah. Kotor la. Dah la. Aku nak tidur." kata aku sambil merebahkan badan ke katil. Aku buat-buat tidak dengar apa yang diperkatakan oleh sarah.
"mungkin betul apa orang cakap yang sarah ni tak betul." fikir aku didalam hati.
Sarah:" kau patut percayakan aku kawan kau ni lebih dari orang lain." kata sarah dengan nada berbisik.
Puas aku cuba melelapkan mata. Akhirnya aku terlelap.

Bella:"wehh ros. Kau kenapa?" tegur bella.
Ros:"ehhh, kau bella. Masa bila pulak kau ada depan aku? mana budak² kelas aku? " tanya aku hairan.
Bella:"mana nak sedar kalau asyik berangan je. Kau ingat mamat mana pulak ni?" usik bella.
Ros:"mamat mana pulak kau ni. Ada² je la."
Bella:" kau tak nak balik ke or kau nak tidur kat sekolah ?"
Ros:" dah jom la balik." kata aku sambil menggalas bag. Hati aku masih risaukan sarah.
Aku rasa seperti ada yang tidak kena dengan sarah. Siapa kawan yang dimaksudkan oleh sarah? Persoalan demi persoalan mula menghantui minda aku. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang.

Sedang leka aku membaca novel di atas katil.
Faiha:" hah." jerit faiha.
Ros:"kau ni. Terkejut aku. Kalau aku mati macam mana?" marah aku.
Faiha :" kau ni, nak gurau sikit pun tak boleh." mencebik faiha.
Aku terus fokus membaca. Malas nak layan si faiha ni.
Faiha:" kau baca novel apa tu? Bella mana? " tanya faiha apabila aku hanya mendiamkan diri.
Ros:" bella mandi." jawab aku sambil menghulurkan novel kepada faiha.
Tak sampai 5 saat faiha memulangkan semula novel.
Faiha:" ishhh, takut aku. Kenapa kau baca novel hantu? Tak takut ke?. "
Ros:" novel je pun. Bukan betul²." jawab aku malas. Layan si faiha ni sampai esok pun tak kan habis.
Faiha:" tepi la sikit. Aku nak baring." faiha menolak aku ketepi.
Ros:" katil sendiri ada still jugak nak katil aku. "
Belum sempat aku menghabiskan ayat.
"Arrggghhhhh"  bunyi jeritan datang dari arah toilet.

(boleh bayangkan tak toilet asrama? 2 bilik berkongsi toilet yang sama. Kiranya toilet ada kat tengah² antara 2 bilik tu. Dalam toilet ada banyak tempat mandi "macam tandas awam" dan ada tempat untuk basuh baju. Dan ada tangki air dekat bilik mandi yang paling hujung.)
Aku dan faiha terus berlari ke arah toilet.
Ros:"bella, kau ok tak?" tanya aku risau.
Bella mula menggigil ketakutan, bibirnya pucat seperti tiada darah yang mengalir.
Faiha menghampiri dan memeluk bella untuk menenangkan bella. Bella hanya diam tak bersuara.
Ros:"kenapa ni bella?" tanya aku lagi.
Bella hanya memandang ke arah tangki air. Aku dan faiha turut memandang ke arah yang sama.
Terkejut aku apabila melihat sarah sedang duduk di atas tangki air tersebut.
Ros:" Sarah!!! Kau buat apa atas tu?" agak tinggi nada suara aku menahan marah.
Sarah:"aku main sorok² dengan kawan aku." perlahan sarah menjawab.
Faiha:"sudah² la tu sarah. Biar lah dia pergi dengan tenang."
Sarah:" siapa yang mati?" tanya sarah sambil memandang ke arah kami dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Ros:" dah la tu faiha. Tolong aku pimpin bella." faiha akur.

Kami bertiga duduk diruang rehat yang disediakan pihak asrama.
Ros:" korang cakap nak cerita pasal sarah hari tu." kata aku mengingatkan mereka.
Faiha :" 2 tahun lepas ada budak mati dekat tingkat 4 block B. " terang faiha memulakan bicara.
Ros:" kenapa dia mati?" tanya aku berminat ingin tahu.
Bella:" kena buli dengan senior. " sambung bella.
Ros:" buli sampai mati? Serious la korang?" tanya aku seakan tidak percaya. Tiba² perasaan bersyukur mula menyapa diri. Kerana tidak berlaku perkaran yang tidak diingini sepanjang aku menetap di asrama.
Faiha:"iya. Dia kena selam dalam kolah tempat basuh baju sampai lemas." tanpa sedar ada air mata yang mengalir.
Bella:"yang kau nangis ni kenapa ros?" tanya bella hairan.
Ros:" aku cuma terfikir bertapa terseksanya dia waktu tu, aku tak boleh bayang kalau aku yang ada dekat tempat dia."
Faiha :" dah la ros, jangan risau. Kitorang ada untuk kau." kata faiha sambil mendepakan tangan.
Aku dan bella memeluk faiha. Suasana mula hiba.

Apa kaitan sarah dengan mangsa buli tersebut? Dan siapa pula kawan yang bermain dengan sarah.?

Bersambung - - -

kerana dia Where stories live. Discover now