kerana dia episode 4

13 2 0
                                    

Kerana dia
Episode 4 (akhir)

Selepas kejadian di toilet minggu lalu, aku langsung tak nampak sarah. Setiap malam aku tengok bawah katil sarah tapi sarah tak ada. Setiap malam aku tunggu sarah tapi hampa. Sarah tak balik ke bilik.
Ros:" mana lah sarah ni." monolog aku didalam hati. Perasan bersalah mula menghantui diri. Kalau lah aku tak marah sarah teruk macam tu mesti semua ni tak akan jadi.

(di kantin sekolah)
Faiha:"hai. Fikir apa tu?" tanya faiha sambil menghulurkan teh ais makcik kantin.
Ros:" aku risaukan sarah." jawab aku risau.
Faiha:" kau tak payah la fikir sangat. Sarah memang jarang tidur dekat bilik.
Ros:" habis tu dia tidur mana? "tanya aku sambil memandang faiha.
Bella:" kat mana lagi kalau bukan dekat tingkat 4 dorm B tu . " kata bella sambil menarik kerusi untuk duduk.
Ros:" lamanya kau beli nasi. Berjanggut dah aku tunggu. "
Bella:" ramai sangat yang beratur tadi. Tu yang lambat. " kata bella sambil menghulurkan nasi kepada aku.
" thanks " kata aku sambil memandang faiha dan bella.
Faiha:"kau tak payah risau sangat. Sarah tu ok je."
Ros:" macam mana aku tak risau weh. Sarah tu kawan aku. Kalau jadi apa² dekat dia macam mana?" riak risau mula terpancar diwajah.
Bella:" sayang sangat kawan dia tu." perli bella.
Ros:" aku sayang semua kawan² aku. " jawab aku hampir menangis.
Faiha:" aishhh. Dah mula dah drama air mata dia."
Bella:" dah² jangan nangis. Tak elok menangis depan rezki." bella cuba memujuk aku.
Faiha:" makan dulu. Nanti kitorang teman kau cari sarah yee." janji faiha.

Aku berjalan menuju ke arah bilik dini.
Tukk. Tukk. Tukk." Assalamualaikum kak. " aku mengetuk pintu dan memberi salam
"waalaikumussalam. Iya dik? Cari siapa?" jawab salah seorang penghuni bilik tersebut.
Ros:" maaf menganggu. Kak dini ada tak?"
"dini tak balik lagi. Dia ada hal dekat sekolah. Ada apa ye dik?" tanya akak senior tersebut.
Ros:" saya ada hal penting nak bincang dengan kak dini. Kalau kak dini balik, akak bagi tahu dia saya cari ye." pesan aku sebelum berlalu pergi.
"Baiklah nanti akak sampaikan."

Bella:" kau dari mana ros? Puas aku tunggu kau." tanya bella apabila melihat aku memasuki bilik.
Ros:" aku pergi bilik kak dini tadi. Kau ni pun aku hilang sekejap dah rindu." usik aku.
Bella:" hahhaha, banyak lah kau punya rindu. Kau pergi bilik ketua aspuri buat apa? " tanya bella hairan.
Ros:" aku nak mintak izin naik tingkat 4 la. Kan nak cari sarah. " jelas aku.
Bella:" oooo. Ok ok. " jawab bella.
Ros:" faiha mana? Selalunya ada je muka dia dalam bilik kita ni. "
Faiha :" assalamualaikum. Hah. Mengumpat aku la tu."
"waalaikumussalam" jawab kami serentak.
Bella:" hah, faiha. Panjang umur kau."
Faiha:" bincang apa je tu?" tanya faiha ingin tahu.
Ros:" tak dek apa pun. Cakap pasal si sarah tu je."
Faiha:" kenapa dengan sarah? Dah jumpa ke?
Bella:" tak cari lagi. Nak jumpa apanya." perli bella
Faiha:" ehhh, ye tak ye jugak kan?" akhirnya pecah juga tawa kami bertiga.

Kami solat maghrib dan isyak berjemaah di surau asrama. Selesai berjemaah seorang demi seorang berlalu meninggalkan surau. Aku, bella dan faiha masih didalam surau.
Dini:" assalamualaikum."
" Waalaikumussalam" jawab kami serentak sambil pusing kebelakang.
Dini:" kenapa ros cari akak tadi?" tanya dini minta kepastian.
Bella:" kalau ye pun, duduk la dulu kak. "  pelawa bella.
Ros:" saya nak mintak izin akak naik tingkat 4 dorm B." agak perlahan suara aku. Risau kak dini marah dengan permintaan aku.
Dini:" tak boleh. Akak tak benar kan. " serious kak dini menjawab.
Ros:" tapi kak. Sarah hilang. Dah seminggu tak balik bilik." jawab aku penuh harapan.
Faiha:" betul tu. Kitorang last nampak dia minggu lepas. Lepas tu tak nampak dah." celah faiha.
Dini:" tapi bahaya la. Kalau jadi apa² macam mana?" kata dini sambil memandang kami.
Ros:" kalau jadi apa² dekat sarah macam mana? Akak nak bertanggungjawab?" pantas aku menjawab.
Dini:" aishh, sarah ni. Tak habis² menyusahkan. Ingat dah berubah." marah kak dini.
Ros:" menyusahkan kenapa? " tanya aku ingin tahu. Faiha memberikan isyarat supaya aku diam. Aku hanya mendiamkan diri dan memandang dini.
Dini:" boleh. Tapi 1 syarat." akhirnya dini memberikan keputusan.
" Apa syaratnya kak" jawab kami bertiga teruja.
Dini:" bagi tahu warden dulu dan akak ikut sekali."
"ok kak" jawab kami serentak.

kerana dia Where stories live. Discover now