Kerana dia
Episode 2.Sebulan kemudian.
Aku berjalan pulang ke asrama kerana sesi persekolahan telah tamat. Agak lewat aku pulang kerana aku perlu menghadiri kelas tambahan. Almaklumlah nak PMR kan. Walaupun sudah sebulan aku bersekolah aku tetap tidak mempunyai kawan selain sarah.Jalan yang agak sunyi kerana hari yang hampir senja. Aku merasakan seperti ada seseorang yang mengekori aku. Langkah dilajukan. Derapan tapak kaki semakin hampir. "aduhhh, sakit la." sedikit tinggi suara aku akibat terkejut kerana tangan aku direntap.
Ros:"ehhh, faiha. Sorry ingat siapa tadi." kata aku apabila melihat faiha.
Faiha:" kenapa ros berkawan dengan sarah?." agak tidak senang nada faiha.
Ros:"kenapa tak boleh kawan dengan sarah?" tanya aku tidak puas hati.
Faiha:"sarah tu gila ros. Semua orang ingat kau gila sebab berkawan dengan sarah."
Ros:"sorry faiha. Aku nak cepat." kata aku sebelum berlalu pergi. Agak tidak senang apabila orang berkata buruk tentang sarah.Selesai solat maghrib dan isyak di surau, tiba² ada seorang pelajar perempuan menjerit dari dorm A. Suasana mula tegang. Aku berlari ke arah bilik 3A iaitu bilik faiha. Apabila aku sampai di muka pintu aku melihat ustazah sedang memeluk faiha untuk menenangkan dirinya.
Aku mula panik apabila melihat keadaan faiha yang agak tidak terurus. Faiha memandang aku dengan pandangan yang sangat menyayat hati.
"apa yang dah jadi dengan faiha ni?" monolog aku di dalam hati. Ustazah mengarahkan yang lain untuk bereda ke dalam bilik masing-masing.
Tiba-tiba faiha hilang kawalan dan berlari kearah aku. Aku mula hilang arah.
Faiha :" tolong aku ros, tolong aku." rayu faiha sambil memeluk aku.
Ros:" tolong apa? Apa yang dah jadi ni.?" tanya aku risau.
Faiha:"aku mintak maaf ros sebab berkasar dengan kau tadi." kata faiha sambil menangis. Kejadian petang tadi mula berlayar dimata.
Aku mula teringat sarah. Ni mesti sarah punya angkara.
Ros:" bagi tahu aku apa sarah dah buat." kata aku sambil memandang faiha.
Faiha menarik aku ke arah katilnya. Terkejut aku melihat bangkai tikus berlumuran darah penuh di atas katil milik faiha. Faiha menghulurkan sekeping nota bercalit darah.
"jangan kau sakiti sahabat aku!!!" aku membaca tulisan yang tercatit pada kertas tersebut.Aku terus berlari ke bilik. Perasaan marah mula menyapa diri.
Ros:" sarah mana kau." agak tinggi suara aku memanggil sarah. Semua yang ada didalam bilik mula memandang aku dengan perasaan pelik. Mungkin mereka tidak pernah melihat aku bercakap apatah lagi untuk marah teruk begitu.
Ros:" korang ada nampak sarah tak?" tanya aku sambil mencari sarah.
Bella:" tak. Kami tak nampak." jawab bella takut-takut.
Puas aku mencari sarah. Di bawah katil. Di toilet. Di surau. Tapi sarah tiada. Sejak kejadian tersebut aku mula rapat dengan bella dan faiha.Seminggu aku mencari sarah. Tapi sarah tiada. Aku mengambil keputusan untuk pergi kekelas sarah.
Ros:" assalamualaikum, sarah ada tak?" tanya aku.
"sarah tak ada. Seminggu dah dia tak datang kelas." jawab rakan sekelas sarah.
Ros:" ohhh, tak apa la. Terima kasih." jawab aku hampa.Asrama aspuri mempunyai 2 dorm. Dorm A dan dorm B yang terletak berhadapan. Setiap dorm mempunyai 4 tingkat tetapi pihak asrama hanya membuka dorm B sampai tingkat 3 sahaja. Kata warden tingkat 4 ditutup kerana pernah berlaku kes buli yang melibatkan kematian suatu ketika dahulu. Selepas berlaku peristiwa tersebut pelajar mula diganggu. Histeria berlaku setiap malam. Kerana tidak tahan diganggu semua pelajar dipindahkan ke tingkat bawah dan tiada sesiapa yang dibenarkan naik ke tingkat 4.
Sampai di dorm.
Bella:" lambat kau balik ros."
Ros:" aku cari sarah tadi. Tu yang lambat." kata aku sambil membuka locker untuk mengambil barang mandian.
"huhuhuhu" tangisan seorang perempuan mula kedengaran.
Bella:" kau dengar tak ros apa aku dengar?" tanya bella.
"shut" aku memberi isyarat supaya bella diam.
"huhuhuhuhu" tangisan memilukan mula kedengaran.
Bella mula menghampiri aku. Tangisan tersebut datangnya dari arah locker sarah.
Aku dan bella mengambil keputusan untuk membuka locker sarah. Belum sempat aku membuka locker sarah tiba-tiba sarah menyapa.
Sarah:"aku dekat atas bukan dekat dalam." serentak aku dan bella mendongak ke atas locker. Pelik. Tadi hanya aku dan bella yang berada dibilik
Aku memandang sarah yang sedang menangis.
Ros:"mana kau pergi sarah. Puas aku cari kau."
Sarah:" kau dah tak perlukan aku." jawab sarah hiba.
"kau dah ada kawan baru. Kau dah tak sayang aku." sambung sarah lagi.
Ros:"aku mintak maaf ye sebab marah kau malam tu. Aku tak ada niat. Aku cuma kecewa sebab kau buat macam tu dekat faiha."
Bella hanya diam mendengar.
Sarah:"aku cuma nak pertahankan kawan aku. Salah ke?"
Bella:" niat kau baik tapi cara kau salah." sampuk bella.
Sarah:" kau diam!! Kau tak pernah rasa macam mana sakit hilang kawan." tinggi suara sarah menahan marah.
Bell:"sorry." jawab bella sepatah.
Faiha:" weh ros, kenapa tak mandi lagi?" tiba-tiba faiha muncul didepan pintu.
Faiha:" yang kau ni dah kenapa bella? Macam nampak hantu je." tanya faiha apabila melihat aku dan bella hanya mendiamkan diri.
Ros:"aku nak mandi la ni. Tadi aku cakap dengan sarah."
Faiha:" mana sarah?" tanya faiha hairan.
Serentak aku dan bella memandang locker. Namun sarah tiada.Selesai bersiap aku, bella dan faiha berjalan menuju dewan makan. Dewan makan hanya bersebelahan dengan dorm A. Dan berhadapan dorm B.
Bella:" kita duduk sini je la." kami memilih meja yang berdekatan dengan tingkap.
Sedang leka menjamu selera.
Faiha:" ros, bella. Cuba kau tengok tu." kata faiha sambil memandang block B. Aku dan Bella turut memandang ke arah yang sama.
Ros:" kenapa wehh?" tanya aku hairan. Tiada apa yang pelik di mata aku. Yang ada hanya block B.
Faiha:" kau tengok tingkat 4." arah faiha.
Bella:" siapa tu? "
Ros:" tu bukan sarah ke? Apa yang dia buat dekat situ? "
Bella:" ni mesti kes hari tu." jawab bella.
Ros:" kes apa?" tanya aku ingin tahu.
Faiha:" nanti balik dorm kami cerita."
Ros:" ok. " jawab aku sepatah.Apa yang berlaku sebenanrnya pada sarah? Dan apa yang sarah buat dekat tingkat 4 dorm B?
Nantikan sambungan di episode 3 yee. 🌹