2:Petrichor

38 2 7
                                    


Sejak hari pertama aku berkenalan dengan Rania, aku selalu pergi melawat dia dekat hospital sambil bawakan makanan. Walaupun dia sakit, perut dia tu masih mampu menerima pelbagai makanan. Takpa,asalkan kawan aku bahagia, aku sanggup dermakan buah pinggang aku kalau dia perlukan lah. Tu pun kalau eloklah lagi buah pinggang aku.

Aku masih ada 3 bulan sebelum aku sambung belajar di luar negara. Tapi, aku tak beritahu lagi dekat Rania. Satu lagi,pasal kawan abang aku tu,Fateh, dia dah pindah keluar daripada rumah kitorang 2 bulan yang lepas. Dia tinggal seminggu je. Bagus, tenang sikit hidup aku. Sebelum ni, kerja kena kacau je setiap hari. Yang aku tak boleh nak brain bila dia dapat nombor telefon aku daripada abang aku. Abang aku ni pun satu, selamba je bagi,bukannya nak tanya aku dulu pun. Tak pasal-pasal nak kena balas Whatsapp setiap hari.

"Laa lala laaa!" Aku turun tangga menuju ke dapur untuk mengambil jus daripada peti sejuk seperti pagi-pagi yang lalu.

Lepas dah ambil jus, aku tutuplah balik pintu peti sejuk tu. Tiba-tiba, langkah aku terberhenti dengan sendirinya. Aku tengok sekeliling dapur yang terang benderang tu.

" Sunyinya.........Ehhhhh! Ain ! Kau tak boleh fikir pasal dia tu. Lupakan! Lupakan!" Korang jangan fikir yang bukan-bukan pulak. Kitorang kawan je lah. Dah lah, pergi sambung baca!

                                                                                                  ***

"Terima kasih, sila datang lagi" Aku ambil beg plastik atas kaunter tu dan terus senyum. Lepastu aku beredarlah, nak tunggu apa lagi ?

" Rania mesti gembira harini sebab aku dah belikan 10 makarun green tea untuk dia." Aku berjalan menuju ke dalam bangunan hospital selepas selesai parking kereta.

Masa dalam lif tu, abang aku tiba-tiba Whatsapp aku. Ajak aku pergi jumpa dia dekat kafe Sakura. Dia suruh aku ajak Fateh jugak. Dia ingat aku ni 'kawan perempuan' Fateh walaupun aku dah banyak kali jelaskan yang aku ni sebaliknya daripada apa yang dia fikirkan. 

Masa aku nak Whatsapp Fateh, aku tiba di depan pintu bilik Rania. Korang, aku nampak Fateh tengah duduk berbual dengan Rania. Sejujurnya, aku masih lagi waras dan berfikiran logik. Jadi, aku tak ada lah nak terjah masuk ataupun lari daripada situ macam perempuan dalam drama yang korang selalu tengok petang-petang tu. Apa yang aku buat, aku just tunggu dekat depan pintu bilik tu dan aku Whatsapp Fateh.

"Assalamualaikum Fateh, kau ada dekat mana sekarang?" Melalui pintu yang ada bahagian kaca tu, aku tengok reaksi diorang. Aku nampak Fateh sedang baca something dalam telefon pintar, kemudian dia nak taip. Tapi dia nampak macam ragu-ragu dan teragak-agak sikit bila nak taip tu.

"Kenapa Fateh? Nampak macam rusing je nak taip,gf ke? Ke nak aku tolong jawabkan?" Rania ketawa sampai terbatuk-batuk.

" Tak lah, ni bukan gf. Kawan je lah.Kau ni pun."

" Aku ada dekat rumah, ada apa Ain? Nak jumpa ke?"

Hati aku yang sudah tidak terkawal cuba untuk menawan fikiran aku yang masih lagi logik.

" Tak, bukan Ain. Abang Adam yang nak jumpa Fateh sekarang dekat kafe Sakura. Tu je" Aku terus beredar daripada depan bilik Rania, aku pergi sembunyi dalam kawasan tangga tu. Selepas Fateh beredar, aku pergilah hantar makarun tu dekat Rania.

" Rania! Macam mana keadaan kau harini,ok?" Aku masuk sambil mengukirkan senyuman yang lebar.

" Macam biasa, macam ni lah" Rania membalas kembali senyuman Ain.

"Ain" Aku terus memandang wajah Rania.

" Ya?"

" Aku perasaan yang kau dah banyak berubah berbanding dengan masa kali pertama kita jumpa." Rania mengunyah makarun yang berperisa teh hijau itu.

CERPEN:Jangan Menangis, Tolong Senyum !Where stories live. Discover now