Hai, nak tanya sikit. Korang ingat lagi tak bila kali pertama korang jumpa kawan baik korang ? Sekolah atau universiti? Ataupun dekat perpustakaan? Kalau aku, first time aku jumpa Rania masa dekat hospital. Aku pergi situ sebab nak buat body check-up sebelum masuk universiti. Biasalah kan,untuk pendaftaran pelajar, pihak uni memang minta. Pasal Rania tu, cerita dia macam ni..........
Masa dekat hospital selepas dah buat check-up, mak aku pun nak buat lah juga. Jadi, aku kena tunggu mak aku pula. Dalam masa menunggu tu, aku menjadi bosan. Aku pun berjalan lah ke sekitar hospital sehinggalah aku sampai di bahagian kanser,tempat pesakit kanser tinggal.
Semua manusia yang memakai baju hospital tu, jelas di wajah diorang yang diorang berada dalam kesedihan. Namun, dalam kebanyakan pesakit di situ terdapat seorang gadis muda yang sentiasa mengukirkan senyuman lebar. Aku sebenarnya tak kisah pun tentang kehidupan orang lain. Tapi, aku tertanya-tanya macam mana seseorang yang dah tahu yang diri dia takkan hidup lama, boleh tersenyum, boleh membahagiakan orang lain.
Jadi, aku melangkah keluar daripada ruangan itu dan mencari mak aku. Setelah selesai semua, dari segi pembayaran apa semua. Kami berdua bergerak pulang ke rumah.
Sebaik sahaja sampai di rumah, mak aku membuka kata.
"Ain, jom pergi hospital balik" Aku yang terkelu lidah hanya mampu memandang wajah mak aku dengan perasaan yang baik.
" Mak tertinggal sampul yang ada keputusan check-up dekat kaunter."
" Takpalah mak, mak turun dulu. Biar Ain je pergi ambil. Sekarang dah pukul berapa ? Mak nak kena masak lunch untuk abah kan?" Aku pun memakai kembali tali pinggang keledar.
Mak melihat jam tangan aku.
" Dah lewat ni. Ain pergi baik-baik tau." Aku menunjukkan tanda peace kepada mak aku dan aku pun beredar.
Aku terus letak kereta di kawasan meletak kereta lah. Lepastu, tutup enjin, turun dari kereta dan kunci pintu. Benda asaskan? Aku pun berjalan macam biasa, tiba-tiba aku terdengar bunyi "pak". Bunyi macam orang kena tampar. Aku pusing ke kanan tak ada. Elok aku pusing ke kiri, aku nampak gadis yang sama tadi aku nampak di hospital yang sama, dah terduduk di atas lantai tar. Aku perhatikan gelagat diorang dan cuba dengar apa yang diorang gaduhkan. Aku bukanlah mak cik bawang ke apa, aku cuba untuk jadi saksi di situ, mana tahu nanti diorang perlu kan saksi ke,kan?
" Aku tak sangka macam ni rupanya perangai kau ! Menyesal aku bertunang dengan kau ! Kita putus!" Lelaki yang memakai baju kemeja merah, yang mungkin juga tunang kepada gadis tu terus beredar dengan penuh amarah.
" Kak, kak memang nak macam ni ke? Kenapa kak tak nak beritahu dia? Kak tahu tak yang kak sebenarnya yang terseksa! Bukan dia" Lelaki kedua yang memakai t-shirt hitam yang aku rasa dia ni adik kepada gadis tu, dia pun beredar jugak. Tinggal lah gadis tu seorang diri. Aku tunggu lah sekejap, lepastu barulah aku pergi bantu dia. Dalam masa aku perhatikan dia, dia tak menangis pun. Dia tahan air mata dia.
" Cik, ok ke? Biar saya tolong hantar cik ke bilik cik?" Aku menghulurkan tangan aku kepada gadis tu dan dia sambut sambil tersenyum.
" Terima kasih, macam mana cik tahu yang saya tinggal di hospital ni?" Dia mengabus habuk yang ada di blouse merah jambunya itu.
"Pagi tadi saya ada ternampak cik masa saya datang hospital untuk buat check-up." Aku membantu dia berjalan sehinggalah sampai di biliknya.
" Terima kasih cik..?"
" Ain, panggil Ain saja."
"Terima kasih Ain, saya Rania." Kitorang bersalam sebagai tanda perkenalan.
YOU ARE READING
CERPEN:Jangan Menangis, Tolong Senyum !
Conto"Dunia memang sentiasa berlaku kejam terhadap kita. Jadi, kita kena kuat, mostly secara mental. Ain, nanti kalau aku dah tak ada dekat dunia ni, kau jangan nangis meratapi aku tau. Aku nak kau sentiasa senyum bila teringatkan aku." ---Rania "Kau ni...