" Doktor! Macam mana dengan keadaan Fateh?" Adam yang mengikut Fateh dari ambulans sampailah ke wad kecemasan berasa bertanggungjawab ke atas kawannya itu.
" Encik Fateh berada dalam tahap yang kritikal sekarang. Dia memerlukan penderma jantung yang sepadan dalam masa yang terdekat. Jika tidak, dia memang tidak mampu untuk bertahan lama. Tapi tidak mengapa encik, saya baru sahaja mendapat maklumat bahawa bekalan jantung akan sampai sekejap sahaja lagi. Encik Fateh sememangnya amat bernasib baik." Doktor itu menepuk perlahan bahu Adam sebanyak dua kali dan terus beredar daripada situ.
Adam yang berada dalam keadaan yang sedih dengan berita yang menimpanya terus bergerak menuju ke bilik Fateh. Dia mahu melihat keadaan yang rakan baiknya itu.
"Adam!" Langkah Adam terus terhenti.
"Mak! Mak buat apa dekat sini? Bukannya mak kena ada di balai polis ke? Mana abah?" Adam mula menjadi cemas.
" Adam, polis beritahu yang Ain ada mendaftar untuk menjadi penderma organ sebelum dia meninggal. Jadi, diorang bawa mayat Ain ke sini untuk........"
" Mak! Mak! Bangun mak!" Belum sempat mak menghabiskan kata-kata, badan mak tiba-tiba menjadi longlai. Mak pengsan.
Adam yang telah serabut masih dapat berfikiran waras seperti arwah adiknya, Ain. Dia terus meminta bantuan daripada jururawat yang lalu di situ untuk memberikan rawatan kepada emaknya.
Manakala, Rania yang tidak tahu langsung akan kejadian yang sedang berlaku pada saat itu, tiba-tiba mendapat khabar yang gembira.
" Rania" Ibu dan bapa Rania serta doktor yang bertugas untuk merawat Rania, datang ke bilik Rania.
" Papa! Bila papa sampai? Dah lewat malam ni, ada apa pa? Doktor, kenapa ni?"
Mereka tidak menjawab pertanyaan Rania.
" Kenapa senyap ni?" Rania yang kehairanan mula menyatakan persoalan.
Bapa dan ibu Rania tiba-tiba memeluk anaknya itu.
Rania terkejut dengan tindakan ibu dan bapanya itu. Rania tidak berkata apa-apa, dia hanya mengukirkan senyuman seperti biasa. Apabila ibu dan bapanya sudah kelihatan tenang, doktor yang sudah lama tercegak di situ , mula berbicara.
" Cik Rania, pihak hospital sudah menemui penderma hati yang sesuai untuk cik Rania." Rania terdiam, air matanya mula mengalir keluar.
"Papa......Mama.......... Rania boleh terus hidup............. " Rania terus menangis teresak-esak.
Sebulan yang lepas,......
Sedang alpa Ain dengan telefon pintarnya, seorang pelayan kafe tiba-tiba datang berdiri di hadapannya.
" Cik Ain, happy birthday! Terima kasih kerana menjadi pelanggan setia kafe Yuzu!" Ain hanya memandang mini kek yang diletakkan ke atasa meja di hadapannya oleh pelanggan itu tanpa mengucapkan kata-kata.
" Ahh! Ni adalah servis kafe. Semua maklumat cik Ain, kitorang dapat daripada borang pendaftaran kad keahlian yang cik isi masa cik nak dapatkan member kad tu. Jemputlah makan cik!" Sebelum sempat Ain membuka mulut, pelayan itu terus beredar dengan pantasnya.
Ain yang tidak suka berdrama, terus menjamah kek yang diberi secara percuma kepadanya dan dia terus beredar.
" Aku dah cukup 18 tahun harini. Jadi, aku tak perlukan sign penjagalah? Hmm, akhirnya aku dah dewasa! Let's complete our mission."
Akhirnya, Ain selamat sampai ke destinasi yang dituju.
"Maafkan saya cik, macam mana saya nak apply untuk jadi penderma organ?" Staf yang bertugas terus membantu Ain dalam proses untuk dirinya menjadi seorang penderma organ.
" Cik, kalau saya nak khaskan pendermaan organ kepada orang yang saya nak dermakan boleh ke?"
Jenazah Ain selamat dikebumikan pada keesokan harinya di tanah perkuburan yang berdekatan dengan tempat dia terlibat dengan kemalangan. Fateh yang berada dalam keadaan koma sejak semalam tidak dapat mengikuti proses pengebumian Ain. Rania masih tidak diberitahu oleh ibu bapanya mengenai pemergian Ain yang secara mengejut. Mereka tidak mahu anak kesayangan mereka berada dalam keadaan terkejut sehingga tidak dapat menjalani pembedahan dengan baik. Kerana itu, mereka terpaksa rahsiakan.
Selepas beberapa hari, pembedahan Fateh dan Rania yang dilakukan serentak berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, diorang masih hidup. Cuma perlukan masa untuk sembuh daripada pembedahan.
Selepas beberapa minggu,......
" Fateh! Kau tahu kan pasal Ain acciddent langar lari dengan orang mab...." Rania yang sedang berkerusi roda terus menerjah masuk ke dalam bilik Fateh. Mak dan abah Ain serta Adam turut ada di situ, jelas sekali wajah mereka menunjukkan kesedihan yang sedang mereka tanggung itu sungguh berat sekali.
"Rania!" Papa dan mama Rania turut memasuki bilik Fateh untuk mengerja Rania yang berada dalam keadaan yang terkejut kerana baru sahaja mendapat tahu akan perkara yang berlaku ke atas Ain.
"Pak cik, mak cik, Rania, kalau tak keberatan, silalah tunggu sebentar di sini." Adam menghulurkan kerusi kepada mereka.
Keadaan menjadi sangat sunyi. Hanya bunyi deruan angin yang masuk melalui tingkap yang terbuka luas.Buat seketika, mereka semua terdiam.
Adam menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan sepucuk surat. Rania cuba menahan air matanya daripada mengalir. Dia menahan dengan sekuat hatinya.
Adam mula membaca isi kandungan surat itu dengan nada yang sangat sayu.
Kepada orang-orang yang aku sayang,
Di saat anda membaca surat ini, mungkin saya sudah tidak wujud lagi di atas muka bumi ini. Terima kasih, terima kasih banyak-banyak kepada mak dan abah yang telah menjaga Ain sejak dari dalam kandungan sehinggalah ke nafas terakhir saya. Abang Adam pun, terima kasih sebab bersabar dan banyak mengalah dengan Ain. Ain tahu yang Ain ni seorang yang pentingkan diri sendiri. Dulu Ain tak kisah pun tentang kehidupan orang lain, yang penting orang tak ganggu Ain. Tapi lepas Ain jumpa Rania, pemahaman Ain selama ini terus berubah. Kita senyum bukan untuk semata-mata untuk diri kita sebenarnya. Bila kita senyum, secara automatiknya , orang di sekeliling kita pun rasa gembira bila lihat kita senyum. Senyum bukannya kena bayar ke apa, just senyum, senang je kan? Tambahan pulak tu, senyum tu kan sedekah. Betul tak Fateh? Macam yang kau selalu kata lah, senyuman akan menyebarkan virus positif kepada orang lain. Alang-alang aku dah tak ada di sini, boleh lah aku nak kata sesuatu. Tak kira lah siapa yang sedang membaca surat ni kan. >-< Fateh, aku suka kau. Tu je, yang lain jangan judge. Apa-apa pun, Ain doakan semua yang sedang membaaca surat ni supaya di terus bahagia dan dipermudahkan segala urusan. Last, jangan menangis, tolong senyum! Kita hanya berpisahan di alam dunia sahaja, semoga kita berjumpa nanti di syurga. Doakan Ain masuk syurga tau. Saya sayang anda semua!
Yang Sentiasa Senyum,
AIN SAFIYAH
Fitrah bagi manusia untuk menyukai seseorang. Fitrah manusia juga untuk roh berpisah dengan jasad apabila sudah dipanggil oleh Yang Maha Esa. Yang masih hidup, perlulah meneruskan kehidupan. Dunia ini hanyalah persinggahan sahaja. Semoga kita semua berjumpa kembali di syurga kelak.
Teruskanlah kehidupan anda dengan mengukirkan senyuman yang lebar. Semoga senyuman anda itu mampu mengembirakan hati orang yang anda sayangi.
- THE END -
YOU ARE READING
CERPEN:Jangan Menangis, Tolong Senyum !
Short Story"Dunia memang sentiasa berlaku kejam terhadap kita. Jadi, kita kena kuat, mostly secara mental. Ain, nanti kalau aku dah tak ada dekat dunia ni, kau jangan nangis meratapi aku tau. Aku nak kau sentiasa senyum bila teringatkan aku." ---Rania "Kau ni...