Aku kenal A since kecil-kecil lagi. So, I know everything about her. Dia asalnya taknak share story dia ini sebab trauma. But, dia ada mesej penting from her story. So, sekarang ini baru dia rasa terbuka hati untuk share.
A ini someone yang lain daripada org lain. Sensitif kat benda-benda sekeliling. Sejak kecil dia boleh nampak makhluk halus. Dia tak syak apa-apa. Sebab dah terbiasa. Dia cakap dengan aku, kadang-kadang dia tak boleh beza hantu dengan manusia. Sebab, rupa diaorang lebih kurang sama je. Wallahualam. Haha.
Long story short, bila dia dah habis SPM and masuk universiti, dia ini tak ramai kawan. Orang kenal dia, tapi dia jarang lepak dengan orang. Dia suka menyendiri. Dia boleh jalan seorang-seorang keliling universiti dia pukul 1 - 2 pagi, and nothing happened to her.
Dia kata, bila jalan malam-malam seorang-seorang kat universiti dia itu, dia tak seorang-seorang. Ada je 'kawan' lain teman. Kalau ada makhluk lain nak ganggu dia, 'kawan' dia itu akan protect dia. So, dia selamat daripada gangguan benda dan manusia.
Little that she knows, that 'kawan' has another agenda. Ye, benda itu saka. And that saka wants her. Saka tu sentiasa buat orang tak nak dekat dengan A. Saka itu memangg sengaja buat A ini suka seorang-seorang. She thinks it's normal. But dia punya tahap loner itu lain macam.
A tak nak balik rumah sepanjang dia dah masuk universiti. Lepas SPM itu, berapa kali je dia balik itu pun terpaksa. Sebab dia dah suka sangat berjauhan daripada family and selesa seorang-seorang. Dia cakap, rimas balik rumah annoyed dengan family dia. Asyik nak gaduh je nanti.
Benda ini berlanjutan sampai dia 1st year degree. Lepas habis 1 sem degree, sebab cuti panjang, dia kena balik la. Then, bila balik dia asyik nak mengamuk sebab tanpa pengetahuan dia, mak dia dah berbulan pasang ruqyah setiap hari. So bila dia balik, dia panas and rasa baran memanjang.
Since rumah dia itu dah dipagar dengan Ruqyah, benda dalm badan dia rimas. Dia susah tidur, setiap kali nak tidur mak dia pasangkan Ruqyah and dia rasa panas satu badan. Esoknya marah-marah. Then mak dia pun decide nak bawa dia pergi berubat kat pusat prubatan Islam apa entah aku lupa.
Dia cakap hari nak pergi pusat rawatan itu, dia punya baran lain macam. Tak jumpa serkup tudung dia boleh hentak-hentak campak semua barang dalam bilik dia. Mak dia time itu dah suspect la anak dia ini ada benda kacau. Tapi, A tak sedar. Ye la, benda itu dah lama kot dalam badan dia. Sejak kecik.
Then, tiba kat pusat rawatan, ada 2 bahagian. First, dia disuruh buat ujian psikologi. Ujian itu menunjukkn dia normal. Pastu ada satu lagi form kena isi. Form itu ada list tanda-tanda ada gangguan. Tapi orang itu tak bagitahu. Just suruh A tanda je. Lepas itu, orang itu kata A ini dah teruk gangguannya.
Sebab A punya result, dia tanda banyak gila. About 90% dalam banyak-banyak tanda-tanda gangguan itu. Then, orang itu suruh pergi bilik sebelah. Bilik sebelah itu ada lah ustaz yang dah bersedia nak merawat A. A cakap masa dia masuk bilik itu dia rasa bengang memanjang. Tapi sebab mak suruh dia turutkan.
Then, ustaz pun mula lah membaca ayat-ayat Quran. Biasa orang kalau kena gangguan ini menangis. Tapi, A ini tidak menangis. Kau tahu dia buat apa? Dia mengaum macam singa. Kira macam menjerit marah yang datang dari lubuk hati lah cerita dia.Lepas first fight itu, A pun sedar. Ustaz bagi balik. Tapi, ustaz rasa benda itu masih ada. So ustaz pun buatlah appointment. Beberapa hari kmudian, ustaz datang rumah A lepas solat Isyak.
Time ini biasa-biasa je dia punya rawatan itu. Ala, kau google tengok lah cara mana-mana ustaz rawat, A ini macam itu juga lah melawan, menangis, meraung. Benda dalam badan A itu kata dia sayang A. Dia jaga A sejak kecik. Dia dah berkeluarga dalam badan A. Ada 8 ekor dalam badan A. Anak-beranak jin jantan itu.
So, ustaz mengislamkan jin itu, isteri dan anak-anaknya. Lepas family jin itu dah Islam, ustaz hantar ke Mekah. Macam mana dia hantar? Aku tak tau. Itu ilmu ustaz itu lah. Jangan tanya aku. Haha. Then, diaorag semua ingat benda dah settle. Takda masalah dah. But, rupanye itu hanyalah permulaan...
YOU ARE READING
1001 KISAH SERAM
HorrorNovel ini menceritakan tentang cerita cerita seram dan juga urban legend di dalam masyarakat melayu Malaysia dan juga Indonesia.