25

7.6K 187 11
                                        

Heidi menelan air liur.

Dato Tengku iddham dengan Datin Nora turut terkejut melihat keadaan mereka berdua.

Tengku Izzham menjauhkan bibirnya yang hampir mengenai pipi Heidi. Dia pun agak terkejut .

Mereka berselisih ketika mahu keluar dari lif.

"Balik nanti terus jumpa walid"bisik Dato Tengku iddham di telinga Tengku Izzham.

Heidi hanya mendengar sayup sayup sahaja. Sempat dia senyum nipis pada bekas mertuanya.

Keluar sahaja dari lif Heidi menarik nafas lega.

"Apa walid Tengku cakap dekat Tengku? "Tanya Heidi sebalik sahaja mereka berdua memasuki perut kereta.

"nothing"

Heidi angguk. Taknak bagitahu ler tewww.Eleh dia yang gatal nak cium aku! Gerutu hati Heidi.

"kita nak pergi mana Tengku? "

"Tanya lagi soalan tu, Abang cium betul betul kang. Walid takdek dekat sini"Tengku Izzham senyum gatal.

"ishh"hanya itu sahaja yang Heidi mampu kata.

Tengku Izzham membelokkan keretanya untuk memasuki kawasan hospital.

"Kita buat apa dekat hospital ni Tengku? "

"Teman Abang melawat kawan abang eh Naura"Tengku Izzham memandang Heidi.

"Siapa? "

"my friend "

Heidi angguk.

Mereka beriringan masuk ke hospital swasta itu.

Mereka berhenti di depan bilik yang menempatkan kawan Tengku Izzham.

Heidi membaca nama pesakit yang terletak di pintu.

Emylin Grace Gilbert.

"Saya balik dulu Tengku "Kata Heidi. Dia benci melihat nama itu.

"Naura please.... Grace nak sangat jumpa Naura.Dia nak minta maaf dekat Naura"Tengku Izzham memegang lengan Heidi.

"Dah terlambatlah Tengku "Heidi merentap lengannya .

"Naura"Tengku Izzham menghalang Heidi.

"Don't waste your time Tengku "

"Dia tenat Naura"

Heidi tahu gadis itu menderita penyakit aids.Tapi hati Heidi sakit apabila melihat wajah Grace. Dia bukan perempuan yang berhati lembut. Dia perempuan biasa. Dulu mungkin dia berhati lembut tetapi selepas bercerai dia mengeraskan hatinya.

"please sayang... Jumpa dia, mana tahu kali ini kali terakhir Naura jumpa dia. Doktor kata dia dah takdek peluang sayang."

Heidi teringat pesan uminya.

"Angah sayang, memaafkan kesalahan orang lain adalah dituntut dalam agama Islam. Islam adalah agama perdamaian dan kemaafan.Cuba angah ingati balik kisah Nabi Yusuf AS yang mana baginda telah dibuang ke dalam sebuah telaga buta ketika masih kecil. Perbuatan itu dilakukan oleh adik-beradiknya akibat rasa cemburu mereka terhadap baginda AS.Apabila Nabi Yusuf sudah menjadi orang yang berkuasa di Mesir, baginda AS tidak berdendam. Malah, baginda memaafkan adik-beradiknya.
Benar, memaafkan kesalahan orang lain merupakan sifat orang mulia. Dalam al-Quran pun disebut banyak kali supaya kita memaafkan orang lain"

Heidi pandang anak mata Tengku Izzham.

Heidi angguk.

"Fine"

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang