32

6.3K 165 8
                                    

Heidi keluar dari dapur restoran ke bahagian depan. Restoran baru dibuka jadi tidak ramai yang datang. Jadi tidaklah dia sibuk sangat.

Heidi perasan pekerjanya dua orang yang jaga bahagian kaunter asyik memandangnya saja.Sekejap pandang fon, sekejap memandangnya.

"apa masalah budak Ina dengan Kyla ni"kata hati heidi.Kaki dihalakan ke arah Ina dan Kyla.

"Kenapa Ina, Kyla? Pandang saya macam nak beritahu something? "Tanya Heidi pada dua orang gadis muda itu.

"Tak dek apa apa Cik Heidi." Kyla cepat cepat mahu menyimpan telefonnya.

"Eh? Kenapa tak beritahu jer Cik Heidi pasal ex husband dia tu? "Lurus Ina bertanya pada Kyla.

"ishhh kau ni inaaaa"marah Kyla pada Ina.

Heidi tertanya tanya.

"Beritahu saya about what Ina?ex husband saya? Kenapa dengan dia? "Tanya Heidi dengan perasaan berdebar debar.

"Ex husband Cik Heidi handsome"kata Kyla.

"Dia pergi Pusat urut ******* dekat Thailand "Kata Ina

Serentak Ina dengan Kyla menjawab.

Heidi pening. Mana satu nak percaya ni? Mana satu perkara sebenar yang nak diberitahu.

Tapi Heidi yakin yang Ina punya pernyataan merupakan perkara sebenar.Ini kerana semua pekerja restoran tahu yang Ina merupakan seorang yang jujur dan agak lurus.

Heidi pandang Kyla yang menggigit bibir.

Heidi menghulurkan tangan.

Kyla memberi telefon pintarnya pada Heidi.

Heidi membaca paparan di dada telefon pintar itu.

Bulat mata Heidi.

"ANAK AHLI PERNIAGAAN TERKENAL DITANGKAP PERGI KE RUMAH URUT ****** DI THAILAND"

Heidi geleng kepala. Tak sangka Tengku Izzham sanggup buat dia begini. Sah itu gambar Tengku Izzham. Walaupun dari gambar Heidi yakin itu Tengku Izzham. Rumah urut itu terkenal kerana mempunyai pelacuran juga.

"Ina, Kyla lain kali please jangan baca berita yang kita sendiri tak tahu kesahihannya. Saya yakin ayah izzat bukan orang macam ni. Ni semua fitnah"kata Heidi .Heidi Heidi, mulut kata lain,hati kata lain.

"baik cik Heidi"jawab mereka.

Heidi pergi ke pejabatnya yang terletak di bahagian bertentangan dengan dapur. Saja letak office disitu supaya senang dia mencipta resepi baru. Heidi memang seorang yang kreatif.

"Ish!  Patutlah lama tak call aku. Pergi mengurut dengan  awek thai rupanya. Haritu buka main kata diorang tu tak boleh lawan kecantikan aku ni.Bencilah"omel Heidi.

Heidi buka telefon. Penuh artikel tentang Tengku Izzham.

"Time aku dah boleh terima kau lah kau buat perangaikan Tengku Izzham "kata Heidi.

Elok Heidi kata begitu telefonnya berbunyi.

Tengku Izzham

Heidi hanya memandang panggilan telefon dari Tengku Izzham .

"Bila benda dah viral baru reti nak call aku eh"omel Heidi.

"huh jangan harap aku nak jawab"hatinya sakit sangat. Air mata tak perlu kata. Membanjiri wajahnya.

Heidi membiarkan panggilan dari Tengku Izzham.

----------------------

Sudah lebih 20 kali Tengku Izzham menelefon buah hatinya namun panggilan masih tidak berjawab.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now