19

7.9K 207 26
                                    

Heidi dari tadi gelisah apabila berhadapan dengan datuk gatal di hadapannya merangkap pemilik hotel yang Heidi mahu membuka restoran miliknya. Hotel itu baru sahaja siap dibina, jadi Heidi mengambil peluang ini untuk membuka cawangan barunya di hotel 4 bintang itu.

Restoran mewah yang berhawa dingin ini menyebabkan Heidi lebih tidak selesa apabila mata gatal datuk di hadapannya itu meliar memandang setiap inci wajahnya.

"aku jolok jugak mata si tua ni, tak padan dengan berbini empat,anak 16  orang, cucu tak kira lagi berapa tu.Kau ingat aku macam perempuan murah ker"kutuk Heidi di dalam hati.

"Heidi, you betul tak nak makan apa apa sementara kita tunggu anak kawan I sampai? "tanya Datuk Alif.

"It's okay datuk, lagipun saya dah makan tadi dengan anak saya"ujar Heidi

Datuk Alif tersenyum manis. Janda hot dihadapannya dipandang lama. Dengan wajah bujur sireh,kulit flawless dan putih melepak membuatkannya mudah tergoda walaupun Heidi hanya mengenakan abaya hitam dengan padanan tudung bawal biru laut. Solekannya pun tipis sahaja. Tak seperti bini keempatnya yang berumur 26 tahun itu,makeup kalau boleh mahu seinci.

"I think Faiz ni lambat sampai,mungkin tersangkut traffic jam"kata Datuk Alif.

"Saya bersaing dengan dialah sekarang ni Datuk? "Tanya Heidi sopan.

"yes Heidi because both of your restaurant ada kualiti dalam hotel I"

"Tapi Datuk,saya dengar yang saingan saya ni dah ada beberapa cawangan restoran dekat Malaysia dan luar negara Datuk, tak terkecuali hotel hotel 5 star dekat negara kita. Saya rasa macam tak layak pulak nak beat dengan dia"

"You kena cuba Heidi "Datuk Alif cuba mengenggam tangan Heidi yang berada di atas meja.

Heidi mengalihkan tangannya.

"maaf Datuk "Kata Heidi

Datuk Alif senyum.

"makin kau jual mahal makin aku geram dekat kau"kata hati Datuk Alif.

"Assalamualaikum Uncle"sapa seseorang.

Heidi memalingkan kepala untuk lihat siapa gerangan itu.

Heidi terkesima.

Lelaki tu.Lelaki yang ingin sekali Dia lupakan.Ayah kepada putera kesayangannya. Tengku Izzham Arfaiz.Lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. Lelaki yang dicintainya dulu malah sehingga kini. Lelaki itu nampak lain. Tubuhnya semakin kurus. Wajahnya nampak seperti baru dicukur.

Tengku Izzham tersenyum pada Heidi. Dia tahu rancangan Heidi untuk membuka restoran Di hotel Datuk Alif, jadi dia mengambil peluang untuk berjumpa dan merapatkan hubungannya dengan Heidi melalui cara ini.Sebenarnya dia tidak berapa minat mahu membuka cawangan restoran miliknya di hotel milik datuk berhidung belang seperti Datuk Alif.Dia risau akan keselamatan bekas isterinya apabila bersama si datuk tua ini! Lagi lagi bekas isterinya kini lebih menarik selepas bercerai kerana sudah berhijab. Manis sangat. Tak kira apa cara,dia akan dapatkan Heidi semula demi menebus kesalahannya dulu.

"duduk faiz"jemput Datuk Alif.

"thank you Uncle"

"kenalkan Faiz, ni Cik Heidi. Dia yang uncle kata saingan kamu tu.Kamulah ni last minit baru beritahu nak buka restoran dekat hotel Uncle.Serba salah Kalau uncle nak tolak. Jadi kamu beatlah dengan Cik Heidi kita yang lawa ni"Datuk Alif senyum gatal apabila habis berbicara.

"Hai Cik Heidi,saya Tengku Izzham Arfaiz. "Kata Tengku Izzham pada Heidi.

"Saya Heidi Naura"heidi langsung tidak memandang Tengku Izzham, Dia hanya memandang alas meja.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now