"Kook.""Jungkook."
"Jeon Jungkook."
"Yah, arnab."
Jungkook yang bersila di atas katil itu langsung tidak mahu menoleh ke arah si pemanggil. Dia berpeluk tubuh sambil menghadap ke arah luar jendela. Buat pekak je dari tadi.
"Sudah-sudahlah merajuk. Seokjin hyung bising kang, hyung tak tahu." Ujar Taehyung sambil berura-ura hendak meninggalkan bilik itu.
Kepala yang tidak gatal Taehyung garu. Merajuk sungguh mamat ni. Sebab Namjoon bagi kambing makan kubis nak buat kimchi tu je. Fuh-
"Jomlah makan. Mak nyah tu mengamuk kang." Pujuk Jimin yang baru saja muncul di ambang pintu bilik itu.
"TAK NAK!"
Taehyung pandang Jimin.
Jimin pandang Taehyung.
Mereka menganggukkan kepala sambil mengeluh berat. Tubuh Jungkook dihampiri lalu diheret menuju ke ruang tamu. Memang la si Jungkook ni berat. Bersusah-payah mereka berdua mengheret Jungkook yang sengaja mengeraskan tubuhnya.
"Dah kenapa tu?" Soal Makcik Kiah.
"Merajuk." Balas Namjoon tanpa menghiraukan Jungkook yang menjelingnya.
Seokjin menarik tubuh Jungkook mrnghampirinya. Dagu Jungkook ditarik agar mulutnya terbuka lalu dia menyuapkan timun bersama sedikit sambal belacan ke dalam mulut Jungkook. Dagunya ditolak kembali.
"Engko makan, kunyah cepat. Eyy, merajuk sebab tu je pun. Macam tak boleh beli kejap lagi." Seokjin menggeleng perlahan.
Jungkook mencebik.
"Makan, biar hyung suap baby tua yang sorang ni." Kali ini, nasi pula yang disuapnya.
Jungkook masih berpeluk tubuh. Wajahnya masam saja. Tapi mulut buka jugak masa Seokjin nak suap. Dasar baby tua! Mengada betul eyy.
"Sedap jugak eh sambal belacan ni. Seokjin, nanti balik Korea buatlah eh." Ujar Hoseok mencelah kesunyian yang melanda itu.
YOU ARE READING
☆ミ Salah Tempat, Bangang! ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
RandomApa yang kau rasa, kau nak pergi tempat lain. Tapi disebabkan satu kejadian/situasi, kau tiba-tiba je sampai dekat tempat lain? "Korang ni, aduh. Salah tempat dah ni, bangang!" "Semua salah babi hutan tu!" . . ©2020