"Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu~ Tepuk Jungkook pandai, nanti upah susu~"
"Susu lemak manis, santan kelapa muda~ Jungkook jangan nangis, hyung nak buat kerja~" bukan main lagi Seokjin menyanyikan lagu tersebut sambil memarut kelapa tua di belakang rumah Makcik Kiah.
Jungkook mensepetkan matanya memandang ke arah Seokjin yang mula mentertawakannya. "Apa hyung ni! Tak ada maknanya Kook nak nangis. Hmph!"
"Oh ya! Lagipun, sekarang kan tengah puasa. Nak upah susu celah mana ni? Lubang hidung hyung?"
"AMBOI, AMBOI! Lubang hidung hyung ni menjadi pujaan hati perempuan dekat luar sana tau! Bukan beshe-beshe—" Seokjin mengembangkan hidungnya ke arah Jungkook. Kalau boleh, biar anak tikus masuk dalam tu.
Jungkook memutarkan bebola matanya. Sudahlah dia dimarahi oleh Makcik Kiah kerana kambing yang Makcik Kiah paling sayang hampir dilanggar oleh motorsikal mamak roti semasa dia mencuci kandang kambing tadi.
Padahal bukan salah dia, kambing tu yang suka hati mak bapak dia jalan tak tengok kiri kanan. Suka hati main lintas macam jalan tu atuk dia yang buat.
Eh? Apa aku cakap ni? Jsjsjsjsj.
Si arnab ni merajuk ke. Jadi, menempek celah ketika Seokjin je la dari pagi tadi. Seokjin pergi mana, dia ikut. Dan macam lembu ke cucuk hidung gayanya.
"Sini kejap, Jungkook." Panggil Seokjin.
"Apa benda?"
"Sini je la!"
Jungkook bingkas bangun. Dia melangkah ke arah Seokjin lalu bertinggung di hadapan lelaki itu. Berkerut Jungkook dibuatnya apabila tiba-tiba saja sesuatu berapa di atas kepalanya.
YOU ARE READING
☆ミ Salah Tempat, Bangang! ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
RandomApa yang kau rasa, kau nak pergi tempat lain. Tapi disebabkan satu kejadian/situasi, kau tiba-tiba je sampai dekat tempat lain? "Korang ni, aduh. Salah tempat dah ni, bangang!" "Semua salah babi hutan tu!" . . ©2020